Benarkah bayi baru lahir lebih baik tidak dibedung DAN tak perlu dipakaikan “mitten and booties”?
Jika dilihat, amalan yang turun-temurun yang diwarisi oleh masyarakat kita adalah bayi yang baru lahir MESTI dibedung dan juga dipakaikan sarung tangan dan juga kaki atas sebab-sebab yang tertentu seperti :
- untuk mengelakkan bayi kesejukan
- agar bayi tidak mudah terkejut
- supaya bayi merasa seperti masih berada dalam kandungan ibunya
- mengelakkan bayi mencakar muka atau badannya sendiri dan lain-lain lagi…
Tetapi, sebaliknya, terdapat KAJIAN dan BUKTI KUKUH yang menyatakan bahawa, terdapat KEBAIKAN & KELEBIHAN tertentu sekiranya bayi baru lahir tidak dibedung, tidak dipakaikan sarung tangan & kaki serta sepatutnya bayi diletakkan dalam posisi MENIARAP seawal usia 1 hari. Dan kebaikan juga kelebihan ini sangat berkait rapat dengan PERKEMBANGAN SISTEM OTAK BAYI BARU LAHIR.
APAKAH RASIONALNYA dan SEBAB AMALAN-AMALAN INI DIKATAKAN BAGUS?
Di bawah ini adalah jawapannya. Info yang sangat berguna ini saya perolehi semasa saya menghadiri Kursus Ibu Bapa Professional di Institut Nury awal tahun ini :
Bayi yang baru lahir tidak memiliki kebolehan berada di dalam ruang. Atau dalam ayat yang lebih mudah ialah mereka tidak tahu bahawa tangan dan kaki mereka itu adalah sebahagian dari diri mereka sendiri. Jika tidak dipakaikan sarung tangan dan sarung kaki, lebih mudah untuk bayi mengetahui dan mengenal pasti bahawa tangan dan kaki mereka itu adalah anggota badan mereka sendiri. Sebagai contoh,bayi dapat tahu bahawa tangan adalah sebahagian dari diri mereka apabila mereka memasukkan tangan ke dalam mulut.
Dan apabila bayi ditiarapkan, tangan dan kaki mereka akan dapat menyentuh permukaan tilam dan proses ini secara automatiknya akan mengaktifkan serta merangsang deria sentuhan bayi.
Selain dari itu, antara KEBAIKAN meniarapkan bayi tanpa dibedung dan dipakaikan “mitten dan booties” ialah :
❤ Bayi akan mula menggerakkan tengkuk dan kepala (kiri ke kanan dan vice versa). Pergerakan ini akan menguatkan tengkuk dan leher bayi.
❤ Bayi lebih rasa “secure” bila terkejut (Moro Reflex) kerana permukaan lantai/tilam wujud untuk mereka “peluk”.
❤ Memberi ruang kepada otak dan kepala bayi membesar (tiada masalah “flat head”).
❤ Bayi mudah sendawa
❤ Bayi yang ada reflux atau kerap muak takkan tertelan atau tersedak muntahnya sendiri.
❤ Bagi bayi belum tanggal tali pusat, mereka secara automatik akan mengangkat punggung mereka dan ini akan menguatkan otot bahagian pinggang. Dan pada masa yang sama tali pusat akan lebih cepat gugur disebabkan graviti.
Okay, mungkin sesetengah dari kita tidak bersetuju dengan cara-cara di atas. Tetapi, cara-cara yang saya nyatakan dan pelajari dari Kursus Nury di atas adalah cara-cara yang sudah TERBUKTI memberi kesan yang positif terhadap pertumbuhan dan perkembangan bayi. Kebanyakan bayi yang tidak dibedung, jarang dipakaikan “mitten & booties” serta ditiarapkan di awal kelahiran mencapai tahap perkembangan (“milestones”) yang lebih awal. Malah ada yang sudah boleh merangkak seawal usia 4 bulan! 😉
Walaupun demikian, saya tidaklah menolak 100% peratus amalan membedung bayi dan memakaikan “mitten & booties” seperti yang sering dipraktikkan oleh kebanyakan orang termasuklan ibu saya sendiri. Malah, kita boleh bersikap “flexible” dan “play by situation”.
Apa yang saya maksudkan ialah, ada waktunya kita boleh membedung dan beri anak tidur terlentang. Dan ada waktunya, kita bedung mereka dan dengan pantauan tiarapkan mereka semasa tidur.
Tak perlu terlalu “extreme”… Lakukan semua perkara secara berpada-pada dan bersederhana… 🙂

Latest posts by Harlinda Halim (see all)
- 5 Remedi Alami Ini WAJIB Ada Di Dapur Setiap Rumah - September 22, 2015
- Anak Kerap Sakit? 10 Superfood Ini Bantu Anak Jadi Lebih Sihat! - September 7, 2015
- 11 Cara Rawat Batuk & Selsema Anak Di Rumah Tanpa Ubat - September 4, 2015
Thanks for sharing …sgt bermanfaat.good info.
Info yang bagus. Saya pun buat gini pada anak2 saya..:)
Terima lasih atas perkongsian. Anak pertama saya dulu memang x berbedung sampai mil risau.sebab utama saya x bedung anak saya sebab cuaca yg sgt panas smpi naik ruam di perut.lepas ni bila dpt anak 2nd blh la praktikkan juga,hehe
kadang-kadang terfikir, perlu bedung ke tak. Saya bedung anak awal-awal bersalin je. Kalau dia selesa tak berbedung, saya tak bedung lah. Lagipun, cuaca panas sekarang.
Gud sharing puan harlinda…. Manfaat utk ramai ibu2
Pada pandangan saya x semestinye.bedung ni ikut keselesaan bayi.anak 1st saya x suke dibedung & suke tido meniarap.tali pusat gugur pd hr ke 3.tp nasib baik lah sbb die susah sgt nk sedawa.
Anak kedua saya lebih suka dibedung & x nk tido meniarap.kalo x bedung die x bole tido.sampai x muat bedung tu baru die x pakai bedung.tali pusat gugur seawal 3 hari.susah juga nk sedawakan die.tp saya letak kepala die mengiring.
Anak 1st saya kepala cantik sbb masa bersalin 1x push je die dh keluar.anak 2nd plak kepala die besar skit.susah nk keluarkan kepala die masa bersalin.so kepala die lonjong skit.tp disbbkn die x tido meniarap.rambutnye jd cukur bantal.
So ikutla.masa anak 1st risau juga anak x bedung.tp dh die x nk x bole paksa.
Ank pertama x smpi sminggu di bedung.. tdo mniarap.. my mil tkejut tgk baby kt nursery hospital baby tdo mniarap.. dr situ mebi die dpt 1 ilmu.. bila blk kpg die yg mjawab soalan2 org2 tua yg tgk ank sy tdo mniarap.. bler ank tido mniarap ni buai pn x yah pkai lgsung..bw kemana2 senang tidor xde meragam..
Betul tu, saya dah uji pada 2 anak saya. Hasilnya mereka merangkak awal, tengkuk yang kuat dan genggaman yang kuat. Seronok kan? 🙂
Anak sy blm pandai head control. Now dh 3 months. Bile meniarap blh angkat kepala but bile dukung blm pandai control. Perlu refer physio?
Saya tak galakkan biar anak bawah setahun tidur meniarap. Pertama sebab itu cara tidur syaitan. Kedua sebab SIDS (Sudden Infant Death Syndrome) yang didapati antara puncanya ialah bayi tidur meniarap.
Assalamualaikum..bgantung jgk dgn penerimaan n ksesuaian stp bayi n suasana..ank sy bedung bila sejuk..buka wkt panas..rata2 ank sy bila masuk 2 bln sda meniarap n mrangkak bila msk 3 bln..
Thanks, very good info. Dah practise untuk anak ketiga 🙂