11 Cara Rawat Batuk & Selsema Anak Di Rumah Tanpa Ubat

11 Cara Rawat Batuk & Selsema Anak Di Rumah (1)

Nak tahu cara nak rawat batuk & selsema anak tanpa sebarang ubatan? Mari saya kongsikan beberapa cara yang saya amalkan setiap kali anak saya diserang batuk & selsema. 


Pada musim jerebu begini, perkara yang paling merisaukan dan merunsingkan ibu bapa ialah apabila anak-anak mula menunjukkan tanda-tanda tidak sihat serta diserang batuk dan juga selsema yang berpanjangan.

Bukan setakat anak-anak sahaja yang tak sihat, malah satu keluarga juga boleh berjangkit dan seisi rumah akan mengalami masalah yang sama.

Batuk dan selsema yang dialami oleh anak-anak PERLU dirawat dengan segera dengan cara yang betul dengan secepat mungkin sebelum ianya menjadi semakin serius sehingga menyebabkan masalah jangkitan paru-paru yang serius seperti bronchitis, pneumonia atau asma.

Antara tanda-tanda yang menunjukkan anak-anak telah mengalami masalah jangkitan paru-paru ialah apabila mereka mulai DEMAM, TIDAK AKTIF dan HILANG SELERA MAKAN.

Jika ianya menjadi semakin serius, besar kemungkinan anak perlu dimasukkan ke dalam wad untuk pantauan doktor dan juga perlu diberikan rawatan khusus seperti rawatan nebulizer, sedut kahak, “chest physio” serta diberikan antibiotik.

Jadi, SEBELUM masalah batuk dan selsema anak-anak menjadi semakin teruk, adalah sangat-sangat disarankan untuk ibu bapa memulakan rawatan secara alami di rumah dengan hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi.


Berikut adalah antara 11 CARA & KAEDAH rawatan alami (“natural remedies”) yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dirumah untuk merawat masalah batuk & selsema yang dialami oleh anak-anak :

1) AIR MADU + MINYAK HABBATUSSAUDA’ 

Berikan anak minum AIR MADU yang dicampurkan dengan MINYAK HABBATUSSAUDA’. Masukkan sesudu kecil Madu ke dalam air suam, kemudian titiskan 2 -3 titik minyak Habbatussauda’ ke dalam air tersebut. Pastikan minyak Habbatussauda’ yang digunakan adalah dalam kategori “food grade”.

(Nota : Cara ini hanya boleh diaplikasikan pada anak yang berusia 1 tahun ke atas. Madu & Habbatussauda’ TIDAK SESUAI diberikan kepada bayi yang berusia 1 tahun ke bawah).

2) STEAMING 

Lakukan STEAMING dengan merebus air sehingga menggelegak di dalam “rice cooker” atau tuangkan air panas ke dalam sebuah baldi. Riba anak dan halakan muka anak ke permukaan wap untuk tujuan mencairkan kahak. Kaedah ini membantu untuk melonggarkan mukus di dalam paru-paru dan hidung yang menyebabkan anak sukar bernafas dan juga hidung tersumbat. Kahak dan hingus yang cair disebabkan wap air tadi akan keluar dengan banyak melalui hidung anak.

Lakukan selama 15 minit dan setelah selesai, sedut cairan hingus dan kahak yang keluar dengan menggunakan penyedut hingus sehingga habis.

(Nota : Lebih elok jika diletakkan minyak bawang putih atau bawang putih yang diketuk sedikit ke dalam air panas tersebut sebelum melakukan steaming. Ini kerana bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang dapat membantu membunuh bakteria penyebab kepada masalah batuk dan selsema).

3) MANDI SAUNA 

Jika di rumah ada “hot shower”, anda boleh lakukan kaedah steaming ini hanya di dalam bilik air. Caranya, buka air panas di dalam bilik air pada kadar paling maksimum. Kemudian, tutup pintu bilik air selama lebih kurang 5 – 10 minit untuk membiarkan keseluruhan bilik air berwap seperti bilik sauna.

Selepas itu, anda dan juga anak masuk dan duduk di dalam bilik air yang telah berwap tadi selama lebih kurang 15 minit. Sama seperti keadah steaming di atas, apabila kahak dan hingus anak mulai cair dan keluar melalui hidung, sedut dengan menggunakan penyedut hingus sehingga habis.

(Nota : Jika anak DEMAM, tidak digalakkan menggunakan cara ini kerana bimbang suhu badan anak semakin panas dan demam menjadi tinggi)

4) GARLIC SOCKS 

Selepas mandi, sapukan minyak bawang putih atau minyak habbatussauda’ ke bahagian tapak kaki, dada, belakang badan dan pelepah hidung anak, urut perlahan sehingga meresap sambil berselawat dan membaca doa-doa yang berkaitan bagi memohon kesembuhan anak. Pada waktu malam, sarungkan stokin pada anak selepas sapuan minyak tersebut.

**TIP KHAS**

Cara membuat MINYAK BAWANG PUTIH (Garlic Oil) dirumah :

✎ Cucuk 3 ulas bawang putih dengan garpu dan bakar di atas api dapur sehingga melepuh

✎ Letakkan dalam piring/mangkuk kaca dan tuangkan minyak Palestine Extra Virgin Olive Oil (PEVOO) atau Virgin Coconut Oil (VCO) ke dalan piring/mangkuk tersebut.

✎ Kemudian, lenyek dan gaulkan bawang putih bersama minyak tersebut.

5) BAWANG MERAH 

Kopek bawang merah besar, hiris dan tumbuk sedikit bagi mengeluarkan jusnya dan letakkan di dalam piring. Letakkan piring tersebut di sebelah bantal berdekatan dengan tempat tidur anak.

(Nota : Bawang Merah berfungsi untuk menyerap toksin, membunuh kuman/bakteria).

6) SEMBURAN HIDUNG (Saline Nasal Spray)

Saline Nasal Spray atau semburan saline ini adalah bagi mengatasi masalah HIDUNG TERSUMBAT. Semburan ini boleh didapati di mana-mana farmasi dan ianya adalah semburan yang berasaskan bahan-bahan 100% semulajadi yang mana bahan utamanya terdiri daripada air laut semulajadi yang telah diproses mengikut kesesuaian pemakaiannya.

Jenama Saline Nasal Pray yang saya cadangkan dan yang pernah saya gunakan ialah STERIMAR.

8) SUP TULANG AYAM (Chicken Broth Soup)

Sup Tulang Ayam atau Chicken Broth Soup sangat sesuai diberikan kepada anak ketika anak tidak sihat. Lebihkan bawang putih, halia dan juga masukkan bahan-bahan tambahan seperti Habbatussauda’, VCO dan juga Extra Virgin Olive Oils untuk menjadikan sup tersebut lebih berkhasiat. Chicken Broth Soup ini adalah menu yang sarat dan penuh dengan bahan-bahan berkhasiat yang bersifat antibakteria, antivirus, anti inflammatori dan ianya dapat menguatkan sistem imun anak yang tidak sihat. 

9) TIDUR DENGAN MENINGGIKAN BAHAGIAN KEPALA 

Untuk mengelakkan ketidakselesaan, tinggikan bahagian kepala anak semasa tidur malam dengan meletakkan 2 lapis bantal. Cara ini juga membantu untuk anak bernafas dengan lebih lancar dan selesa.

11) KERAPKAN SESI PENYUSUAN atau MINUM AIR YANG BANYAK 

Jika anak masih menyusu badan, susukan anak dengan kerap kerana kandungan dan khasiat susu ibu terbukti dapat membantu anak pulih dengan cepat. Jika anak sudah besar sedikit, berikan air masak yang secukupnya untuk mengelakkan anak mengalami masalah dehidrasi.


Selain dari itu, pastikan juga anak mendapat rehat yang cukup dan sebolehnya berikan tumpuan dan fokus kepada anak di waktu anak tidak sihat kerana jika emosi anak stabil dan tenang, ianya pasti akan mempercepatkan lagi proses penyembuhan.

Dan yang PALING PENTING adalah jangan lupa BERDOA dengan bersungguh-sungguh memohon dari Allah Taala agar anak kita diberikan kesembuhan segera sepenuhnya dari penyakit yang menimpa. Sesungguhnya penyakit itu datang dariNya dan Dia jugalah yang akan menyembuhkannya… 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

5 Comments

  1. Zainab mr September 5, 2015
  2. Papaglamz September 6, 2015
  3. fuzy September 7, 2015
  4. alip December 7, 2015
  5. cik Jaja October 4, 2017

Leave a Reply

*

CommentLuv badge