5 Remedi Alami Ini WAJIB Ada Di Dapur Setiap Rumah

5 Remedi Alami Ini

Tahukah anda?

Jika anda sentiasa pastikan 5 bahan ini ada didapur rumah anda setiap masa, anda dah tak perlu susah hati atau risau lagi jika anda atau ahli keluarga anda diserang apa-apa penyakit. 

5 bahan atau remedi alami yang “powerful” ini bukan sahaja terbukti berkesan dalam merawat masalah-masalah kesihatan yang sering dialami , malah jika DIAMALKAN secara istiqamah, seluruh ahli keluarga kita tidak akan mudah dijangkiti sebarang penyakit pun… ūüėČ

Jadikanlah dapur rumah anda sebagai FARMASI terbaik untuk keluarga anda. Kerana merawat & mengelakkan penyakit dengan menggunakan remedi alami & bahan semulajadi adalahjauh  lebih baik daripada menggunakan ubat-ubatan hsopital.

Seboleh-bolehnya sebelum diserang penyakit, kita berusaha sedaya upaya untuk memastikan tubuh badan kita sihat dan kuat dengan mengamalkan 5 REMEDI ALAMI yang berikut sebagai rutin harian secara konsisten :

 1. MADU

honey-3 a) Madu sangat berkhasiat sebagai makanan PEMBERI TENAGA. Amalan pengambilan madu setiap pagi dapat membantu memberikan tenaga yang berpanjangan dan ini sangat membantu kita dalam melaksanankan tugasan seharian dengan produktif.

b) Madu juga membantu MENINGKATKAN SISTEM IMUN dan kekebalan tubuh jika diamalkan secara istiqamah. Amalkan memakan madu setiap hari untuk menguatkan tubuh dan mengelakkan dari mudah dijangkiti penyakit.

c) Madu juga sangat berkesan dalam membantu merawat & melegakan masalah BATUK, KAHAK & SELSEMA. Ini kerana ianya bersifat antibakteria, anti virus dan juga anti radang.

d) Madu juga bersifat laksatif dan ini dapat membantu dalam proses PENCERNAAN yang lancar.

e) Untuk yang mengalami masalah SUKAR TIDUR, amalkan pengambilan madu yang dicampurkan dalam segelas susu setiap kali sebelum masuk tidur pada waktu malam. Ianya dapat membantu anda mendapat tidur yang lebih lena kerana kandungan asid amino, vitamin dan mineral yang terkandung didalamnya bertindak sebagai penenang semulajadi.

f) Madu juga sangat bermanfaat untuk mengatasi MASALAH KULIT seperti jerawat atau luka kerana ianya bersifat antiseptik. Untuk masalah jerawat, hanya sapukan madu ke bahagian yang bermasalah dan biarkan semalaman. Untuk luka, sapukan madu ke bahagian luka untuk mengelakkan jangkitan kuman.

g) Madu juga merupakan PEMANIS SEMULAJADI yang jauh lebih berkhasiat dan bagus daripada gula putih. Sebaiknya gunakan madu sebagai pemanis minuman dan kurangkan atau elakkan penggunaan gula putih yang berlebihan dalam pemakanan kita sehari-hari.

2. BAWANG PUTIH

Garlic a) Menguatkan SISTEM IMUN & KEKEBALAN tubuh badan.

b) Berkesan melegakan masalah SELSEMA & BATUK.

c) Kandungan IODIN yang tinggi dalam bawang putih adalah remedi yang sangat efektif dalam merawat masalah HYPERTHIROID.

d) Membantu dalam rawatan masalah KARDIOVASKULAR & mampu menurunkan tekanan darah tinggi 

e) Mengurangkan KOLESTROL dan membantu merawat masalah jantung.

f) Mengandungi ANTIOKSIDAN yang dapat membantu mengelakkan penyakit Alzheimers & Dementia.

g) Membantu MENYAHTOKSIKKAN LOGAM BERAT dalam tubuh.

h)  Menyihatkan TULANG.

i) Menstabilkan GULA DALAM DARAH kerana ianya dapat meningkatkan kadar insulin dalam darah sekaligus mengelakkan penyakit diabetis.

j) Berkesan merawat masalah jangkitan KULAT & FUNGUS.

 

3. HALIA

ginger a) Sangat efektif melegakan masalah¬†LOYA¬†seperti “morning sickness” semasa hamil.

b) Melegakan masalah SAKIT OTOT & SENGAL BADAN.

c) Bersifat anti-radang dan mampu merawat penyakit OSTEOARTHRITIS.

d) Mengurangkan kandungan GULA DALAM DARAH dan mengelakkan masalah berkaitan JANTUNG.

e) Mampu mengurangkan SENGGUGUT ketika datang bulan jika diambil pada hari-hari awal kedatangan haid.

f) Mengurangkan masalah ANGIN dalam badan.

g) Ianya mampu mengurangkan KOLESTROL dalam badan.

 

4.  LEMON

Lemon-Water-1 a) Lemon mengandungi Vitamin C yang tinggi dan ini sangat membantu dalam meningkatkan SISTEM IMUN & kekebalan tubuh.

b) Lemon dapat menyeimbangkan KADAR PH didalam tubuh.

c) Lemon membantu melegakan masalah SEMBELIT dan sekaligus dapat MENYINGKIRKAN TOKSIK dari tubuh. Amalkan minum air lemon suam setiap kali selepas makan tengahari atau malam.

d) Lemon juga dapat membantu dalam merawat DEMAM. Ini kerana lemon berfungsi menurunkan suhu badan yang tinggi dengan menggalakkan perpeluhan.

e) Antara manfaat lemon yang diketahui umum ialah, ianya sangat berkesan dalam membantu menurunkan BERAT BADAN. Amalkan minum air lemon yang dicampurkan dengan madu setiap pagi untuk mendapatkan berat badan yang ideal secara semulajadi tanpa ubat-ubatan.

f)  Lemon juga dapat meredakan bisa akibat GIGITAN SERANGGA. Hanya gosokkan sepotong lemon ke bahagian yang disengat dan biarkan seketika sementara bisa sengatan tersebut hilang.

g) Amalan pengambilan air lemon suam setiap pagi juga dapat mencantikkan dan menyihatkan KULIT.

5. CUKA EPAL

apple-cider-vinegar a) Kandungan “acetic acid” dalam cuka epal membantu untuk menurunkan kadar KOLESTROL dalam darah.

b) Ianya dapat membantu melegakan masalah SAKIT TEKAK. Apabila diserang sakit tekak, bancuh 1/4 cawan cuka epal bersama 1/4 cawan air suam dan kumur setiap 1 jam sekali sehingga sakit tekak hilang.

c) Cuka epal juga membantu mengatasi masalah SEMBELIT. Bancuh 1 sudu kecil madu bersama 1 sudu kecil cuka epal dan campurkan dalam segelas air masak. Minum sebelum waktu makan.

d) Kajian menunjukkan cuka epal juga sangat berkesan membantu menurukankan BERAT BADAN sekiranya diamalkan pengambilannya secara konsisten setiap hari.

e) Masalah KELUMUMUR & GATAL KEPALA¬†juga dapat diatasi dengan mudah hanya dengan menggunakan cuka epal. Campurkan 1/4 cawan cuka epal bersama 1/4 cawan air masak dan masukkan campuran air tersebut ke dalam botol “spray”. Sembur kulit kepala anda dengan semburan tersebut, kemudian balutkan kepala dengan tuala kecil selama 15 minit ke 1 jam. Kemudian bilas rambut dengan air paip.

f) Dalam pemeliharaan KULIT WAJAH, cuka epal boleh dijadikan “natural toner” yang terbukti berkesan dalam mematikan jerawat pada kulit muka. Kandungan asid yang terkandung dalam cuka epal mampu melembutkan kulit wajah, membuang kulit mati, mengurangkan kemerahan dan menyeimbangkan kadar ph kulit.

g) Amalan meminum cuka epal sehari-hari juga dapat membantu menigkatkan KECERGASAN TUBUH BADAN kerana kandungan asid amino, pottassium dan enzim yang terkandung dalam cuka epal sangat berkesan dalam menghilangkan rasa letih pada tubuh badan.


Sebenarnya, ada banyak lagi khasiat dan manfaat yang terdapat pada setiap satu REMEDI ALAMI di atas. Akan tetapi saya hanya senaraikan manfaat-manfaat yang penting dan utama sahaja buat masa ini. 

Jika anda ada maklumat tambahan yang boleh dikongsikan bersama di entri ini, jangan segan silu untuk “share” ilmu kalian di bahagian komen di bawah ini ya… ūüôā

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua…insyaALLAH…¬†

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

One Response

  1. jida August 25, 2016

Leave a Reply

*

CommentLuv badge