Kelebihan Bayi Yang Tidak Dibedung & Dipakaikan “Mitten & Booties”

Kelebihan Bayi Yang Tidak Dibedung & Dipakaikan

Benarkah bayi baru lahir lebih baik tidak dibedung DAN tak perlu dipakaikan “mitten and booties”?

Jika dilihat, amalan yang turun-temurun yang diwarisi oleh masyarakat kita adalah bayi yang baru lahir MESTI dibedung dan juga dipakaikan sarung tangan dan juga kaki atas sebab-sebab yang tertentu seperti :

  •  untuk mengelakkan bayi kesejukan
  • agar bayi tidak mudah terkejut
  • supaya bayi merasa seperti masih berada dalam kandungan ibunya
  • mengelakkan bayi mencakar muka atau badannya sendiri dan lain-lain lagi…

Tetapi, sebaliknya, terdapat KAJIAN dan BUKTI KUKUH yang menyatakan bahawa, terdapat KEBAIKAN & KELEBIHAN tertentu sekiranya bayi baru lahir tidak dibedung, tidak dipakaikan sarung tangan & kaki serta sepatutnya bayi diletakkan dalam posisi MENIARAP seawal usia 1 hari. Dan kebaikan juga kelebihan ini sangat berkait rapat dengan PERKEMBANGAN SISTEM OTAK BAYI BARU LAHIR.


APAKAH RASIONALNYA dan SEBAB AMALAN-AMALAN INI DIKATAKAN BAGUS?

Di bawah ini adalah jawapannya. Info yang sangat berguna ini saya perolehi semasa saya menghadiri Kursus Ibu Bapa Professional di Institut Nury awal tahun ini :

Bayi yang baru lahir tidak memiliki kebolehan berada di dalam ruang. Atau dalam ayat yang lebih mudah ialah mereka tidak tahu bahawa tangan dan kaki mereka itu adalah sebahagian dari diri mereka sendiri. Jika tidak dipakaikan sarung tangan dan sarung kaki, lebih mudah untuk bayi mengetahui dan mengenal pasti bahawa tangan dan kaki mereka itu adalah anggota badan mereka sendiri. Sebagai contoh,bayi dapat tahu bahawa tangan adalah sebahagian dari diri mereka apabila mereka memasukkan tangan ke dalam mulut.

Dan apabila bayi ditiarapkan, tangan dan kaki mereka akan dapat menyentuh permukaan tilam dan proses ini secara automatiknya akan mengaktifkan serta merangsang deria sentuhan bayi.

Selain dari itu, antara KEBAIKAN meniarapkan bayi tanpa dibedung dan dipakaikan “mitten dan booties” ialah :

❤ Bayi akan mula menggerakkan tengkuk dan kepala (kiri ke kanan dan vice versa). Pergerakan ini akan menguatkan tengkuk dan leher bayi.

❤ Bayi lebih rasa “secure” bila terkejut (Moro Reflex) kerana permukaan lantai/tilam wujud untuk mereka “peluk”.

❤ Memberi ruang kepada otak dan kepala bayi membesar (tiada masalah “flat head”).

❤ Bayi mudah sendawa

❤ Bayi yang ada reflux atau kerap muak takkan tertelan atau tersedak muntahnya sendiri.

❤ Bagi bayi belum tanggal tali pusat, mereka secara automatik akan mengangkat punggung mereka dan ini akan menguatkan otot bahagian pinggang. Dan pada masa yang sama tali pusat akan lebih cepat gugur disebabkan graviti.

Okay, mungkin sesetengah dari kita tidak bersetuju dengan cara-cara di atas. Tetapi, cara-cara yang saya nyatakan dan pelajari dari Kursus Nury di atas adalah cara-cara yang sudah TERBUKTI memberi kesan yang positif terhadap pertumbuhan dan perkembangan bayi. Kebanyakan bayi yang tidak dibedung, jarang dipakaikan “mitten & booties” serta ditiarapkan di awal kelahiran mencapai tahap perkembangan (“milestones”) yang lebih awal. Malah ada yang sudah boleh merangkak seawal usia 4 bulan! 😉

Walaupun demikian, saya tidaklah menolak 100% peratus amalan membedung bayi dan memakaikan “mitten & booties” seperti yang sering dipraktikkan oleh kebanyakan orang termasuklan ibu saya sendiri. Malah, kita boleh bersikap “flexible” dan “play by situation”.

Apa yang saya maksudkan ialah, ada waktunya kita boleh membedung dan beri anak tidur terlentang. Dan ada waktunya, kita bedung mereka dan dengan pantauan tiarapkan mereka semasa tidur.

Tak perlu terlalu “extreme”… Lakukan semua perkara secara berpada-pada dan bersederhana… 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

12 Comments

  1. Sarah September 3, 2015
  2. adaa September 3, 2015
  3. aina September 3, 2015
  4. ros September 3, 2015
  5. Fuzy September 4, 2015
  6. Nadiah Roslan September 6, 2015
  7. Idot idaya September 7, 2015
  8. Amyz September 8, 2015
  9. Jue September 9, 2015
  10. Mar May 8, 2016
  11. Attien May 9, 2016
  12. UmmuAyyash October 27, 2017

Leave a Reply to adaa Cancel reply

*