Otak Dalam Balang Kaca v. Otak Dalam Tengkorak

Otak Dalam Balang Kaca v. Otak Dalam Tengkorak (1)

Saya tertarik dengan satu kisah yang diceritakan oleh Dr. Azura Alfian semasa saya menghadiri Kursus Ibu Bapa Professional di Institut Nury pada bulan Mac yang lalu iaitu mengenai kisah anak yang mengalami masalah SAWAN yang teruk. Dan anak ini dikategorikan sebagai anak yang mengalami masalah “kecederaan otak” atau “brain injured child”.

Ceritanya begini…


Menurut Dr. Azura, salah satu kaedah rawatan yang harus dilakukan oleh doktor pakar neurologi dalam usaha untuk membantu menyembuhkan anak-anak yang mengalami masalah sawan yang teruk dan tidak boleh dirawat dengan ubat-ubatan, adalah dengan melakukan pembedahan otak (“neuro surgery”) yang mana bahagian otak yang didapati bermasalah akan di”remove” dari bahagian kepala pesakit bagi mengelakkan pesakit diserang sawan yang teruk secara berterusan. Jika bahagian otak yang bermasalah tersebut tidak dibuang, ianya boleh menerukkan lagi keadaan pesakit dan juga membahayakan nyawanya.

Dalam satu kes, seorang anak “A” ini terpaksa menghadapi prosedur tersebut kerana mengalami masalah sawan yang teruk dan tidak dapat dirawat dengan ubat-ubatan. Disebabkan itu, anak “A” ini terpaksa melalui prosedur pembedahan tersebut untuk menghentikan masalah sawannya yang teruk. Lalu, sebahagian otaknya yang didapati menjadi punca kepada permasalahan sawan tersebut dibedah dan dikeluarkan dan bahagian otak tersebut disimpan di dalam sebuah balang kaca.

Memandangkan anak “A” ini adalah anak yang dikategorikan sebagai anak yang mengalami kecederaan otak atau “brain injury”, maka anak “A” ini diberikan program khas yang berbentuk stimulasi-stimulasi khusus yang tertentu dalam sesi terapi bagi membantu anak “A” ini meneruskan kehidupannya senormal mungkin dengan menggunakan bahagian-bahagian otak yang masih ada.

Lama kelamaan, anak “A” ini mula menunjukkan perubahan yang positif hasil dari sesi terapi yang dijalankan. Setelah dinilai (“assessment”), anak “A” ini telah pun berjaya mencapai tahap perkembangan yang sangat memberangsangkan yang mana perkembangan fizikal dan kognitifnya adalah SAMA seperti seorang anak yang normal!

Sebagai perbandingan mudah untuk difahami, jika anak “A” adalah seorang anak yang dikategorikan sebagai kanak-kanak yang mengalami masalah kecederaan otak, maka seorang anak yang normal adalah kanak-kanak yang tidak mengalami sebarang masalah berkaitan otaknya dan kita gelarkan anak ini sebagai anak “B”.

Jika dibandingkan, perbezaan UTAMA di antara anak “A” dan anak “B” ialah, anak “A” adalah seorang “brain injured child” manakala anak “B” adalah anak yang mempunyai otak yang normal dan sihat tanpa sebarang masalah kesihatan.

Tetapi, apa yang menarik & mengagumkan ialah, anak “A” yang “brain injured” ini boleh dan mampu mencapai tahap perkembangan anak normal yang tiada sebarang masalah otak yang mana jika difikirkan secara logik, SEPATUTNYA pencapaian dan perkembangan anak “B” adalah 2x ganda dari anak “A”. Betul?

Jadi, jika difikirkan sedalam-dalamnya, apakah tahap PENCAPAIAN yang sepatutnya dicapai oleh seorang anak yang NORMAL? Jika anak yang cedera otaknya MAMPU mencapai tahap perkembangan kognitif seorang anak normal, seharusnya anak yang normal LEBIH BERUPAYA untuk mencapai tahap kecemerlangan yang lebih jauh dari itu. 

Kesimpulannya, sebagai ibu bapa yang memiliki anak yang NORMAL, kita perlu sentiasa berusaha untuk merangsang dan membantu anak-anak kita untuk mencapai tahap kecemerlangan yang maksimum dengan menggunakan kelebihan OTAK mereka sedari kecil lagi. Hargailah anak-anak kita kerana Allah Taala telah mengurniakan mereka OTAK yang normal dan sempurna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

No Responses

Leave a Reply

*