Preparing Solid Food for Danish! – Part I

Weekend baru ni adalah weekend yg sgt besh! Sy punyai byk mase untuk mendalami ilmu & dunia baru yg sangat adventurous –> preparing solids for Danish! Hehea..bannyak resepi menariks yg sy DAH baca & BAKAL buat untuk my dear baby. Abg…sowy dear…nak masak utk abg asik “takde mase” jer..tapi untuk Danish “banyak” lak masa Minah sengal nih! (berkata-kata suamiku di dalam hati keciknye… =p!).

Haaaa…for this time around sy nak cite sket je la tentang serba sedikit preparation yg sy buat. Tak complete lg…but setakat ni yg sy SUDAH prepare and pelajari. For this week Mommy Danish yg rajin ni prepare kan stok bubur + carrot + apple utk Danish. Care-carenye adalah begini ye tuan-tuan & puan-puan :-

1) Saya basuh beras 3 senduk bersih-bersih dan keringkan. Memandangkan umah sy x de oven lagi, sy gune je la kuali biase untuk keringkan. Caranye lepas dah basuh beras tu, campakkan ke dalam kuali dan pasang api pd level yg sangat perlahan. Rata-ratakan beras kat dalam kuali tu supaya setiap biji dapat dikeringkan secara menyeluruh. Around 5 minutes camtu je. Jangan sampai garing laks beras tu! Tujuan panaskan dalam kuali juz untuk KERINGKAN beras yg dibasuh td kay!

2) Dah kering, keluarkan dari kuali dan masukkan dalam blender. Blend sampai hancusss bebetul. Hasilnye akan jadi begini…..

Rice powder

3) Bile dah setel, masukkan dalam air-tight conatiner/bekas kedap udara dan disimpan leklok untuk kegunaan sepanjang minggu. Bila nak masak, baru guna. Untuk permulaan, saya agak “rajin” dan akan masak setiap pagi sebelum ke kantor untuk bekalan Danish. Tapi x taw la pasni tetibe malas lak…*So, ni cite untuk “zaman rajin” saya ye! =)*

4)  Untuk masak bubur, boilkan dulu air dalam periuk kecik. Bile air dah mendidih, amik 3 sudu besar rice powder td dan masukkan dalam air mendidih tu. Untuk Danish, 3 sudu besar adalah 2-kali makan – LUNCH & DINNER. Cara ni sgt la menjimatkan masa coz bubur anda akan masak dalam masa setengah jam paling maximum! Sangat seronok!

 Masukkan dalam boiled water


5) Okie…untuk veggie, saya pilih carrot and fruits i picked apple. Untuk carrot pilih carrot yg besar & segar DAN apple sy amik Red Delicious untuk memanfaatkan kemanisannye. Kedua-duanye saya basuh bersih-bersih, kupas kulitnye and cut into chunks/cube atau ape sahaje bentuk yg terhasil dari hasil potongan anda.

6) Kemudian saya rebus carrot dan apple tersebut dalam dengan kuantiti air yg SEDIKIT sahaja. Rebus dalam periuk yg berasingan ye. Jangan campor laks taw! Rasionalnye guna air yg sedikit ialah untuk retain/mengekalkan khasiat & nutrisi carrot/apple td. Kalau air banyak, nanti khasiat sume hilang. Tujuan rebus adalah untuk MELEMBUTKAN sahaja. So, rebus dlm 10 minit je camtu kay….

Rebus dengan air yg sedikit

7) After 10 minutes camtu, carrot & apple dah lembut, saya masukkan dalam blender and tuangkan sket air rebusan td untuk smoothkan proses blender. Blend carrot & apple td sampai betul-betul hancur dan jadi puree kay. So, illustrationnye seperti di bawah nie ye….*Saya tak tunjuk pic apple coz saya dah siap buat dan baru teringat nak snap gambar2 nie mase tengah wat carrot puree nie… =p*

 

 Dah jadi puree pun…

8) Bile dah siap di”puree”kan, saya masukkan carrot & apple tadi ke dalam ice-tray yg baru je sy beli. Masukkan gune sudu secara perlahan-lahan ye…. Saya beli ice-tray yg bertutup ye supaya bile di masukkan dalam fridge/freezer makanan tersebut bersih & selamat dari contamination. Ni pic ice-tray yg sy maksudkan…

 Ade tutup siap….

 Saya ada 6-ice-tray…senang nak wat frozen food stock banyak2!

 

 Carrot puree…

 

Apple puree…

9) Saya tinggalkan sedikit carrot & apple puree tadi untuk dimasukkan ke dalam bubur nasi Danish yg sedang di masak. Yg dah bubuh dalam ice-tray tadi sy masukkan dalam freezer untuk dijadikan stok minggu nie….selamat…..fewww….

 Letak dalam freezer sebagai stok…

10) Dan untuk bubur yg dimasak tadi, please make sure yg bubur tersebut SENTIASA di kacau sebab kalau tak kacau bubur tu akan melekat kat dalam periuk tu. Bile dah masak, saya tutup dapur dan terus saya tuangkan bubur ke dalam mangkuk. Saya masukkan sesudu carrot & apple puree tadi ke dalam bubur tu. Kacau bagi rata & sebati kay….

Campurkan carrot & apple puree ke dalam bubur…

 

 Kacau sebati….

11) And IT’S READY for serving! Hehea…dah siap sume sy pakaikan bib Danish and suapkan die makan…Yum..yum….Danish makan dengan happynyeee……

12) Oh ye…lagi satu…memandangkan saya masakkan bubur Danish setiap pagi sebelum ke kantor, jadi saya akan masukkan bubur yg baru dimasak dan still panas tersebut ke dalam food flusk dan bagi kat Kak BS  sebagai bekalan Danish for the day…..

Funky-funky food flusk…hehea…

Seronok rupenye masak-memasak untuk baby ni eh…pasni saya akan bersharing lagi dengan kengkawan tentang other recipes! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

37 Comments

  1. IbuHakimHaikal December 28, 2009
  2. harlinda halim December 29, 2009
  3. Azrina December 29, 2009
  4. harlinda halim December 29, 2009
  5. Pah Zarihan December 29, 2009
  6. harlinda halim December 29, 2009
  7. Mimie Fazira December 29, 2009
  8. harlinda halim December 29, 2009
  9. Lenny December 30, 2009
  10. harlinda halim December 30, 2009
  11. airis December 30, 2009
  12. harlinda halim December 30, 2009
  13. Pah Zarihan December 30, 2009
  14. Anonymous December 30, 2009
  15. kak chah December 30, 2009
  16. harlinda halim December 30, 2009
  17. harlinda halim December 30, 2009
  18. harlinda halim December 31, 2009
  19. J January 3, 2010
  20. harlinda halim January 3, 2010
  21. inopy January 3, 2010
  22. harlinda halim January 3, 2010
  23. su January 4, 2010
  24. harlinda halim January 4, 2010
  25. zie February 6, 2010
  26. harlinda halim February 10, 2010
  27. anananan April 2, 2010
  28. anananan April 2, 2010
  29. harlinda halim April 6, 2010
  30. dina_wafa April 6, 2010
  31. harlinda halim April 6, 2010
  32. asma April 15, 2010
  33. asyraf June 24, 2010
  34. aileen March 18, 2011
  35. sakila May 24, 2011
    • Harlinda Halim May 25, 2011

Leave a Reply

*