Hari Raya Kitorang Tahun Ini – Part 1 (Lontong Legend)

Orang lain dah jenuh bercerita tentang Hari Raya 2011…i kat sini baru terhegeh-hegeh nak ngapdet blog! Dah dekat nak beranak nie, makin menjadi-jadi kepemalasan dalam diri…adoyaiiii…rase mcm nak pejam mata pastu bukak balik dah ade baby tecik kat sebelah..boleh? Time beranak pon kalau boleh nak tidor jek…hik hik hik… ;p pemalas tahap cimpanzi neh!

Hari Raya tahun 2011 adalah hari raya yang BEST. Sebab BEST adalah ianya merupakan turn beraya hari pertama di Teluk Intan, Perak yakni kampung saya! Yeay! Hehehehe…siok sebab dapat berhari raya pertama, kedua dan ketiga dengan family saya. So, sakan tak sakan lah kan…melantak lontong air tangan emak yg menjadi igauan dan feveret sepanjang zaman…sampai rasa nak demam sebab terlebih makan!

Tema tahun ni kaler biru laut gitew…tapi cam biase, saya maleh nak pakai baju raya di hari pertama sebab saya tau saya kene dok kat dapor dan potong nasik impit bebanyak. Maklum le seupu sepapat semua pakat serbu umah kami pagi raya sebab nak merasa “Lontong Legend Mak Cik Ida” tuh..hehehehe….

Banyak gambor ditangkap…tapi semua ala-ala kureng menareks disebabkan ketidakhadiran si cantik manis Harlinda Halim…hehehehe…x per2…next entry saya hapdet gambar2 yg best2 okay! 🙂

Ini lah Lontong Legend Mak Cik Ida…spesel from Teluk Intan with Lovesssss… ;)!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

Leave a Reply

*

CommentLuv badge