Bakal Ibu Alahan Lahir Zuriat Pintar

As-salam mommies…tengah cari-cari info tentang alahan/loya mengandung, saya terjumpa this article…and i think it would be good to share it with uols… πŸ™‚

Bakal ibu alahan lahir ZURIAT PINTAR

11 Mei 2009

Kajian loya, muntah petanda IQ janin sihat

OTTAWA: Bakal ibu tidak sepatutnya bosan dengan alahan yang dialami pada awal kehamilan kerana kajian mendapati ia mungkin petunjuk mereka memiliki bayi dengan IQ tinggi.

Penyelidik mendapati wanita yang melaporkan berasa sakit pada beberapa minggu pertama selepas disahkan hamil mendapat anak lebih bijak dan petah.

Kira-kira empat dalam lima bakal ibu mengalami alahan. Ketika keadaan itu tidak difahami sepenuhnya, saintis percaya ia dicetuskan oleh kebanjiran hormon yang dilepaskan untuk melindungi uri dan janin.

Kajian terdahulu menunjukkan loya adalah petanda kehamilan sihat dan dikaitkan dengan kurang risiko masalah jantung pada bayi dan risiko rendah keguguran.

Penyelidik di Hospital bagi Kanak-Kanak Sakit di Toronto kini percaya ia juga boleh dikaitkan dengan perkembangan otak bayi.

Mereka menjalankan kajian pertama untuk melihat kesan jangka panjang loya pada otak bayi dan menghubungi 121 wanita yang menghubungi hotline bagi ibu baru hamil antara tahun 1998 dan 2003.

Tiga puluh wanita tidak mempunyai masalah alahan, manakala selebihnya melaporkan gejala seperti keletihan, muntah dan loya.

Pasukan itu melakukan ujian IQ dan tingkah laku kepada kanak-kanak berkenaan apabila mereka berusia tiga dan tujuh tahun.

Kanak-kanak yang ibu mereka mengalami alahan berkemungkinan memperoleh markah IQ lebih tinggi berbanding mereka yang ibunya tidak menunjukkan sebarang gejala, kata penyelidik dalam Journal of Pediatrics.

Mereka juga mendapat keputusan lebih baik dalam ujian kepetahan berucap dan matematik mudah walaupun apabila faktor lain seperti IQ ibu, sejarah merokok dan alkohol serta latar belakang sosial diambil kira.

Satu kekurangan dalam kajian ialah dalam banyak kes ibu diminta mengingati kembali betapa teruk mereka sakit beberapa tahun sebelumnya. Ia juga perlu diulang dalam kumpulan wanita lebih besar.

Dr Gideon Koren, yang mengetuai kajian, mengaku rumusan berbunyi β€˜agak luar biasa’ tetapi berkata perubahan hormon yang membawa kepada alahan mungkin sesuatu yang baik.

Source from : Berita Harian

*If this fact is really proven, then all mommies yang kena alahan teruk mesti sangat happy kan? πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

16 Comments

  1. eima March 16, 2011
    • Harlinda Halim March 16, 2011
    • mama raziq March 25, 2011
      • noor September 3, 2018
  2. mamajong March 16, 2011
    • Harlinda Halim March 16, 2011
  3. eliss March 16, 2011
    • Harlinda Halim March 16, 2011
  4. MamaYatie March 16, 2011
    • Harlinda Halim March 16, 2011
  5. amirah March 16, 2011
    • Harlinda Halim March 17, 2011
  6. mummy chot March 16, 2011
    • Harlinda Halim March 17, 2011
  7. deena awanis March 17, 2011
    • Harlinda Halim March 17, 2011

Leave a Reply

*