8.8.2011 – Harlinda Halim & Ku Addy Fazly 3rd Wedding Anniversary!

Salam Ramadhan al-Karim… 🙂

Hari ini saya sangatlah happy. Happy sebab hari ini sangatlah meaningful kerna hari ini merupakan hari ulangtahun ke-3 perkahwinan saya dan mr. hubby… 🙂 🙂 🙂 senyum, senyum, senyum dan senyuuummmmm sepanjang hari!

Pejam celik pejam celik dah 3 tahun kami bersama. Mengharungi alam rumah tangga yang setakat ini bahagia dan insyaALLAH akan bahagia sampai bila-bila. Rasa macam terlalu cepat masa berjalan. Rasa macam baru jek kawen minggu lepas! Tapi bile tengok diri sendiri yang semakin “mak cik” dan hubby yang semakin “tebal” (read as : tebal poket ;p) saya rasa macam tak percaya. Camno lah makcik leh nikah dengan mamat pipi bulat tuh…ehehehe…

Jika diimbau kembali zaman dolu-dolu yakni zaman perkenalan, sehingga lah zaman percintaan dan akhirnye ke zaman perkahwinan, rasa macam baruuuuuu jek makcik jumpak dengan En. Addy Gonzales nih. Al-kisahnye, pertemuan kitorang bermula sewaktu di bangku sekolah lagik sebenarnye. Lepas PMR, dapat offer masuk sekolah agama berasmara, eh…berasrama penuh – SMKA Agama Kerian, Bukit Semanggol namanya. Kami merupakan batch pertama masuk sekolah tu sebab sekolah tu baru je bukak tahun 1999 (kami di tingkatan 4). So, time tu ade dua form sajek – Form 4 & Form 1.

Malas nak citer panjang-panjang. Kang kalau citer, tak cukup 7 episod! WAJIB jadik seploh episod cinta kitorang laks! Kih kih kih…so, diringkaskan je ler citernye ye… nak dijadikan cerita, ape yang paling best sekali masa zaman tuh, kami di shortlistedkan sebagai calon Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas..hehehe. 3 pelajar perempuan & 3 pelajar lelaki yang terpilih tersebut, kena interview dengan sekumpulan cikgu. Time dok tunggu giliran, saya dok usha-usha la jugak kan siape la jejaka-jejaka terpilih nak jadi Ketua Pengawas… ;p Untuk pelajar perempuan lak, saya time tu dah terover confident sesangat la yang saya lah yang bakal terpilih untuk dinobatkan sebagai Penolong Ketua Pengawas yang Pertama kat sekolah tuh. Hehehe…berbekalkan pengalaman berpidato, berdebat dan bersyarah sedari sekolah rendah, saya dengan confidentnye bagi syarahan dalam English dan Bahasa Arab time interview…hehehe.

Sebelum masuk interview tu, saya usha-usha sket 3 pelajar lelaki yang dok tunggu giliran. Tup! Mata terpandang sorang jejaka berkulit cerah, bermulut merah dan berkaca mata bingkai besi dengan muka cuaknye nak masuk interview. Dalam hati saya time tu dup, dap, dup, dap la jugek nengok jejaka tersebut yang smart bersongkok hitam bagai. Al-maklumle, budak sekolah agama le katakan… Hehehe…ntah knape, saya terasa yang mamat spec besi tu yang akan terpilih jadi Ketua Pengawas saya sekolah. Mungkin auranye spec besinye kot..ehehehe…

Dan seperti yg dijangka, 2-3 hari selepas tu, Ustaz secara officialnye gtaw saya yang saya terpilih jadi Penolong Ketua Pengawas dan jejaka spec besi tu akan jadi Ketua Pengawas. Heheh..aku dah gak dahhhhhh…hik..hik..hik… So, minggu depannye, sekolah pon buat la sesi “pertabalan” pengawas-pengawas sekolah. Saya dan si jejaka spec besi lak disuruh oleh chekgu berdiri berdua-duaan kat tengah pentas dan beri ucapan spesel kat semua pelajar dihadapan semua chekgu-chekgi. Mak aiii….siyes rase macam kena sanding..tapi sanding berdiri lerr…hehehehe.

So, kisah percintaan saya terhenti di sekolah agama tersebut apabile saya berpindah sekolah 3 bulan selepas itu. semua homesick punye pasal! Masuk balik sekolah lama dan tak dengar kabar berite si die….

Masuk matric UIA, kami bertemu semula dalam satu course (course undang-undang) & satu kelas yang sama. tapi kami tak sambung pon cintan-cintun time tu. Sebab banyak choice kan time tuh… ;p!

Masuk main campus UIA, 1st & 2nd year pun kami banyak sekelas. Tapi, tak heran dengan sesama sendiri sebab saya dah ade balak dan si die sibuk buat bisnes.

Last2, ujung 2nd year kitorang secara rasminye declare as a couple! Sejak dari tu, kije kami dok berdating tak hengat dunya sampai la grad dan akhirnya pada tarikh 8.8.2008  kami amek keputusan untuk membina istana bahagia bersama… 🙂

Dan masuk hari ni, genaplah 3 tahun perkahwinan kami… Bahagia memang bahagia. Tapi, lumrahlah kan, dalam menempuhi alam perkahwinan nie, pasti ade liku-liku dan ranjau berduri yang dilalui bersama. Tapi, apelah sgt nak dibandingkan dengan mak bapak kite yang dah berpuluh-puluh tahun idop bersama kan??? Setakat 3 tahun, apelah sgt kan…anak pon baru nak masuk dua. Mak abah saya dah ade 9 orang anak, 3 orang menantu dan 6 cucu (expecting 3 cucu)!

Ape-ape pon, di hari penuh makna ni, saya rasa cukup bertuah kerana saya adalah wanita beruntung kerana memiliki rumah tangga yang Alhamdulillah cukup bahagia dan kerana mempunyai seorang suami yang sangat baik hati dan menyayangi saya sepenuh jiwa raganye. Dengan kehadiran cahaya mata bernama Ku Muhammad Danish Iskandar dan sorang lagi bakal keluar bulan 10 nie, saya rasa sangat-sangat bersyukur kepada Allah SWT. What else could i asked for? Saya akan berdoa setiap hari dan sehingga ke akhir hayat saya semoga rumahtangga kami akan bahagia dan berkekalan hingga ke syurga….AMIN… 🙂

Jum uols..layan gambor-gambor makcik zaman mude-mude dulu! ;p

Zaman cintan-cintun kat kampus…

Zaman Cari Menantu… 😉

Zaman kawen-kawen….

Zaman dah beranak-pinak! 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

4 Comments

  1. mya syazmaya August 9, 2011
  2. amirah August 9, 2011
  3. azurasamsuddin August 9, 2011
  4. Zuraidah Abu Bakar August 11, 2011

Leave a Reply

*