Audit Status FACEBOOK Kita

Audit Status Facebook Kita

Sebelum kita nak tulis atau share atau viralkan apa-apa status di Facebook, moh kite AUDIT dulu status kita tu. Lepas ke tak lepas nak di post/share. Supaya status kita tu bagi pahala kat kita, bukan dosa…

 

✔ Audit Tahap 1 :

–> BETULKAH? <–

Berapa banyak cerita, berita atau status yang kita nak post/share/viral tu adalah TIDAK BETUL. Kadang-kadang kita main sharrrreeee jeee sesuka hati kita.

Saya suka dengan sahabat saya yang seorang ni. Selalu peringatkan kawan-kawan yang lain, setiap kali nak share apa-apa status, kena check dulu KESAHIHAN cerita atau beritanya. Dah sohih betul, Alhamdulillah…lepas tahap 1! 😉

✔ Audit Tahap 2 :

–> PERLUKAH? <–

Mungkin perkara yang kita nak update atau share tu BETUL pada asasnya, TAPI, sebelum kita teruskan niat kita tu, cuba cek, adakah ianya satu KEPERLUAN nak update status tersebut? Ada perkara yang betul, tapi mungkin TAK PERLU di update/share.

Contohnya, baru-baru ni saya share satu artikel ni. Asalnya sebab saya yang sentap dan terasa dengan kandungan artikel tersebut. Tapi bila dah share, saya perasan saya dah melukai dan menyakiti hati orang-orang tertentu yang tak sepatutnya. Saya terus rasa tak seronok. Rasa bersalah. Makanya, saya terusss DELETE status tersebut.

Saya tak nak lah semata-mata sebab status tersebut akan menjejaskan silaturrahim saya dengan orang lain. Nanti tengah elok-elok tak dak apa, jadi bergaduh pulak. Takut ukhwah dan silaturrahim terputus nanti. Berdosa besar je kalau saya biarkan status tu di FB saya atau menjadi viral… 🙁

 

✔ Audit Tahap 3 :

–> ELOKKAH? <–

Ada perkara BETUL dan kita rasa PERLU tapi TIDAK ELOK untuk di update atau di share di FB.

Kalau kita rasa perkara ni betul dah, dan pada hemat kita “Aku PERLU share sebab nak bagi kawan-kawan aku tahu…”, TAPI, lihat kepada CONSEQUENCE atau NATIJAH kepada perbuatan kita tu. Kalau kita update atau share jugak, apa yang bakal terjadi? Mana yang lebih cenderung terjadi – PERKARA BAIK atau BURUK?

Kalau baik jadinya, Alhamdulillah. Sama-sama lah kita generate PAHALA berganda-ganda bila ilmu yang kita share tu diviralkan.

Tapi, kalau BURUK? Sampai orang yang tak pernah mengata, mula mengata, orang yang tak pernah-pernah maki orang kat FB, tetiba maki hamun tak tentu hala, orang yang tak de apa-apa kes, tetiba benci kat orang lain…TAK KE BERDOSA BESAQ tu?

 

JADI, disamping menasihati diri saya sendiri yang pernah dan mungkin masih lagi buat perkara-perkara sebegini, maka saya ingin sama-sama memperingatkan diri saya sendiri dan sahabat-sahabat FB saya supaya AUDIT lah dulu status FB kita.

Kadang-kadang status kita tu boleh memutuskan silaturrahim atau menyebabkan hubungan orang lain terjejas.

Sesungguhnya TIDAK MASUK SYURGA orang yang memutuskan silaturrahim. Na’uzubillahiminzalik.

Semoga bermanfaat buat sahabat-sabahat tersayang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

Leave a Reply

*