My Life As a Work-At-Home-Mom!

Bismillahirrahmanirrahim…

*Dengan sesungguh hatimya saya berdoa supaya entry ini menjadi penguat semangat untuk saya terus aktif berblogging semula. YaALLAH..rajinkanlah jari-jemariku untuk terus menulis dan menyebarkan ilmu dan manfaat berguna untuk perkongsian bersama sahabat-sahabtaku di luar sana..AMIN…

Assalamualaikum wbt kawan-kawan!

Kabare? Mudah-mudahan semuanya berada dalam keadaan yg sihat sejahtera hendaknya. Saya ALHAMDULILLAH…sihat wal afiat..gumbira dengan my current life. Happy sokmo!

Meh nak share sikit tentang life saya setelah hampir 6 bulan bergelar WAHM. Seronok, gumbira, lebih tenang tetapi MAKIN BUSY & PENAT. Tapi takpe..as long as tak stress macam zaman kerja full time dulu takper. Saya lebih rela tension & penat buat kije rumah dari stress & pressure buat agreement, meeting & kena marah dengan boss. Sekarang hanya ada dua orang jek yg marah saya – HUBBY & EMAK. Ok la…acceptable…x stress mana pon.. 😉

Sekarang saya busy. Busy sangat-sangat! Bila dah tak ade majikan ni, saya rasa kesibukkan berkali-kali ganda dari dulu. Kalau dulu semasa bekerja sebagai seorang peguam/penasihat undang-undang di ITNM, lepas antar anak ke Taska, saya hanya perlu duduk di meja saya dan fokus untuk menyiapkan tugasan-tugasan seperti mederaf agreement, MoU, memo etc etc. Selesai semua tu saya boleh kuar lunch, layan FB, email dan Google sana sini. Siap singgah opis hubby kat seberang jalan lagi lepak2 minum teh ais. Tapi, sejak jadi WAHM, lunch pon x sempat nak amik! Dari pagi ke malam on duty. Kije kat rumah seolah2 non-stop! Pelik kan? Dulu saya rasa saya basuh baju selang 2 hari. Tapi sekarang tiap-tiap hari mendobi. Tu baru bab basuh baju, bab layan anak-anak, bab kemas rumah, lipat kain dan lain-lain lagi…tu pun saya tak berapa nak masak2 sgt…

Kadang-kadang saya terpk, camne laaaa mak saya boleh buat semua benda yang saya tak buat skrg yeh? Mak saya ada anak 9 orang. Hari-hari boleh masak. Boleh ajar kami adik-beradik baca buku. Mandikan kami setiap seorang. Not to mention time kami semua demam ramai-ramai….Camno tu eyh??? Pelik..pelik…

Apa-apa pun, saya tak mau mengomel, merungut sana sini… this is my decision.. i chosed this…so there’s no REGRET AT ALL! Saya akan terus lalui segala cabaran menjadi seorang WAHM yang berjaya and there is no turning back! Saya YAKIN saya pasti dapat capai setiap kehendak yang saya mahukan..insyaALLAH….

Next entry, saya akan share dengan kalian semua tentang jadual saya sebagai WAHM…saje nak kongsi & hopefully kalian pun boleh share dengan saya kalian punya routine as WAHM…boleh saya belajar dari kalian pula kan? 😉

Ok..berjumpa di entry yang selepas ini okay! Nite2…

Wassalam! 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

7 Comments

  1. izwa April 17, 2012
  2. sue April 18, 2012
  3. sarah April 18, 2012
  4. herny April 26, 2012
  5. sayang disayang April 27, 2012
  6. mona October 13, 2012
  7. Raihana November 12, 2012

Leave a Reply

*

CommentLuv badge