Pumping at Your Workstation

Dah lame terniat di hati nak berkongsi cerita tentang topik ni…sources sume dah complete, mase je yg x mengizinkan jejari ini ber”blogging” sakan… so, ni nak qadha’ kegatalan tangan yg dah tersimpan selama seminggu…meh le dengor teman nak bercerita ttg cara-cara mengepam di tempat kerja anda atau tempat anda membuat kerja atau etc etc ikut suke la anda nak panggil hape… =p!

Senyum kambing dulu ye sebelum mule mengepam…. =p


Okie…secara ringkasnye la ye. Saya pasti semua kawan-kawan sekelian tau camne cara nak assemble breastpump sniri kan…But pls make sure yg all the breastpump parts dah betul-betul kering dan di pasang elok-elok. Jangan ade yang longgar kat mana2..make sure yg sume parts tu fit betul2 di tempat yg sepatutnye. Sbb kalau parts tertentu tak berapa kering dan tak fit betul-betul, ianya akan efek the suction. Mungkin suction akan jadi slow atau tiada suction langsung or tiub jadi berwap dan menyebabkan wap tersebut masuk ke dalam pump (back flow) dan menyebabkan pump anda rosak. So, please be more attentive to these issues kay!

Setelah di assemble properly, anda bleh set-up kan pump ke breast anda. Tak kire la samada anda menggunakan handsfree kit atau tidak, pls make sure yg anda berada dlm keadaan seselesa mungkin (refer gambar senyum kambing diatas…=p)

Saya letakkan bantal busyuk saya kat belakang supaya lebih selesa…

Bile dah selesa amat, on kan pump anda bermula dari suction yg paling rendah dan slowly2 increase ke suction yg tinggi sehingga mencapai ke tahap yg anda rasa selesa. Selesa means tak sakit di sebabkan terrrrlalu kuat dan tak la terlalu slow sampai tak keluar susu laks…macam saya time pakai Spectra 3 dulu, saya akan on kan pump dulu and then baru pusingkan knob utk start suction. Dgn Medela FS lak, saya start dgn level 4 dan increase ke level 6 sahaja sudah memadai. In terms of suction strenght nie, depend on individu ye…lain org lain tahap keselesaannye….

On kan pump pd suction yg rendah bile mula2 pump

Bagi saya yg menggunakan Medela FS, mode pengepaman boleh di tukar ke stimulation mode berulang-ulang kali untuk menggalakkan Let Down Refleks (LDR) berlangsung sebanyak beberapa kali sepanjang tempoh mengepam. Biasenye dengan FS saya akan dpt LDR paling banyak 3-kali. Sangat BEST ye!!!
Pandangan dari sudut atas semasa proses mengepam berlangsung
Cantek tak songket purple saya??? relevan kah soklan nie???

Untuk mengelakkan teman sekantor saya terganggu dek bunyi-bunyian manje pump medela FS saya ketika  ianya beroperasi, saya letakkan motor unitnye kat dalam lemari kat sebelah saya dan tutup pintu lemari tu. So, bunyi pump ku itu sayup-sayup sahaja kedengaran seolah-olah macam bunyi pakcik jaga berdengkur lagaknye…hehehehe… Kalau time guna Spectra 3 dulu, x de issue nak sorok2 pump kat dalam lemari sebab Spectra 3 adalah pump yg sgt senyap dan sopan…anytime je saya nak pump x de sape pun yg prasan….windu laks lat S3 ku kat umah nun


Dok senyap-senyap tau sayang….

Bile pump dah on dan suction dah di adjust bersesuaian dengan keselesaan kite, kite biarkan je pump tu on hingga 20-minit. Anda boleh teruskan kerja-kerja anda yg melambak-lambak tanpa perlu menghiraukan ape yg terjadi di bawah baju anda. Kalau yg pakai FS, juz check je motor untuk pastikan dah berapa minit pump di on kan. Bagi yg meggunakan Spectra 3, kena pandai-pandai set timer selama 20-minit. Kadang-kadang saya terlajak gaks sampai 25-minit. Tapi tak pernah la sy biarkan hingga 30-minit. Agak-agak dah nak sampai 20-minit tu, bleh la bersedia untuk turn your pump off….

 

Semasa proses pengepaman berlangsung….
Abaikan lelemaks manjeku itu ye..tengok susu sudah…
Nak tempek gak pic ni coz bersusah payah daku menangkapnyee…. =p!
Okay..setel 20-minit! Turn off your pump. Untuk pengguna FS boleh simply press button on/off tu. But for Spectra3 user, my advice is, anda pusingkan knob perlahan-lahan ke suction yg rendah terlebih dahulu sebelum off kan pump. Rasionalnye, FIRST, supaya untuk penggunaan yg seterusnye, tak la anda terkujat bile on kan pump dgn scution yg tinggi. CONFIRM sakit! Dan SECONDLY, supaya pump anda tidak rosak. Sebab kalau kite selalu matikan pump dalam keadaan suction level yg tinggi, dikhuatiri knob tersebut akan stuck di situ dan x bleh di adjust lagi…so, sayangilah pump anda dgn menggunakannye sebaik mungkin ye… =)
Bile dah setel, sy cabutkan pump dari B dan tanggalkan flanges/corong dari botol. Tutupkan botol-botol yg berisi susu tadi ketat-ketat ye…kalau tumpah rugi woooo…..setitis susu ibu, ibarat segunung emas taw…mahal…x dapek di beli di mane2 kedai mahupon shopping complex…. =)!
Tutup leklok camni yeh…comel je EBMku berposing….

As for flanges/corong laks, saya masukkan ke dalam tupperware untuk di bawa ke pantry untuk di bilas dengan air paip ATAU jika x de mase atau dalam erti akte lainnye “malas”, boleh lah terus ditutup tupperware tadi dan simpankan corong2 tadi di dalam peti ais di opis anda atau pun di dalam cooler bag yg ade ice-pack. Tak basuh pon x pe sebab susu badan kite ni ade anti-bacterial properties yg boleh bertahan selama 24-jam! Tapi seelok-eloknye bilas le…baru la besh nak pump untuk next session kan…
Tupperware untuk letak flanges/corong breastpumpku

Okay..next step…simpan lah hasil tenusu itu tadi di dalam fridge opis (fridge taw bukan freezer). Kalau boleh, letak kat bahagian/level paling atas fridge. Kalau nak lebih privacy boleh bungkus dalam plastik baru letak dalam fridge. Selamat…..

Sopan je EBMs saya berbaris kat dlm fridge…

Bagi yg rajin bilas-membilas macam saya, lepas dah bilas tu air-dry kan kesemua parts. Cara saya adalah begini…saya memang bawak siap2 satu towel kecik dalam beg breastpump saya. So, towel ini saya bentangkan diatas sebuah bekas (supaya tinggi sket dari bahagian atas meja yg berhabuk tu). And then, saya arrangekan cantek-cantek breastpump parts saya untuk di keringkan….kalau tak faham, sile nengok gambor bawah nun…cara camni confirm cepat kering parts breastpump ni…bleh terus assemble and pakai untuk next pumping session….

Haaaa..dah pon setel…untuk next pumping session, silalah ulangi langkah seperti di atas…..

Selamat mengepam dengan gaya yg cun seperti saya ye! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

27 Comments

  1. casainee December 9, 2009
  2. harlinda halim December 10, 2009
  3. unlisted_one December 10, 2009
  4. harlinda halim December 11, 2009
  5. puan punyer December 11, 2009
  6. harlinda halim December 11, 2009
  7. Anonymous December 16, 2009
  8. harlinda halim December 16, 2009
  9. NAI December 31, 2009
  10. harlinda halim January 3, 2010
  11. my name is mukhsin February 6, 2010
  12. harlinda halim February 10, 2010
  13. khalafis February 21, 2010
  14. Anonymous March 5, 2010
  15. Anonymous May 13, 2010
  16. harlinda halim May 13, 2010
  17. Anonymous June 27, 2010
  18. harlinda halim June 30, 2010
  19. Khairyna July 20, 2010
  20. harlinda halim July 20, 2010
  21. shyeye August 23, 2010
  22. Qider November 22, 2010
    • Harlinda Halim November 24, 2010
  23. maria November 26, 2010
    • Harlinda Halim November 30, 2010
  24. dilla June 7, 2011
  25. Rozanna Binti Che Hassan October 25, 2018

Leave a Reply

*

CommentLuv badge