My Homebirth Journey – Part 2 | The Preparation!

Ketemu kita di Episod Kedua! 😉

Okay, dalam Part 1 saya menceritakan tentang kelas persediaan bersalin AMANI BIRTH. Kelas yang sangat bermanfaat untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan dan yang ingin tahu lebih mendalam tentang proses kelahiran alami. Saya sangat recommend rakan-rakan & sahabat handai saya yang bergelar ibu atau bakal ibu untuk attend this class. Empower yourself with the knowledge from it. Sangat-sangat penting untuk kita tahu tentang ilmu yang disediakan dalam kelas Amani Birth tersebut.

Okay, saya sambung kisah HOMEBIRTH saya yea… 🙂

*******************************************************************************************************************

Keputusan Untuk Homebirth 

Alkisahnya, selepas saya menghadiri kelas AMANI BIRTH, saya dengan sesungguh hatinya telah mengambil keputusan yang sangat BESAR dalam hidup saya…iaitu saya telah decide untuk melahirkan anak saya secara alami di rumah! Yes…i decided to HOMEBIRTH my baby…and i chosed to Water Birth! 🙂

Apabila saya maklumkan keputusan tersebut kepada hubby, hubby agak terkejut. Tapi, hubby tidak pula melarang. Namun, sebagai suami, beliau agak risau dan seperti kurang yakin dengan keputusan tersebut. Saya sejujurnya FAHAM dengan respon dan reaksi hubby. Bukan mudah nak ambil keputusan untuk HOMEBIRTH begitu sahaja. Kerana ianya melibatkan 2 nyawa – saya & anak yang bakal dilahirkan.

Tapi, saya yakinkan hubby yang HOMEBIRTH bukanlah perkara yang MEMBAHAYAKAN dan ianya bukan satu “event” yang perlu ditakutkan. DENGAN SYARAT segala persediaan yang sepatutnya telah dilakukan. Baik dari segi KESELAMATAN, ILMU, FIZIKAL, MENTAL, SPIRITUAL dan lain-lain lagi.

Ingin saya TEGASKAN di sini, memilih untuk “homebirth” bukan perkara yang perlu diambil mudah. Saya tidak mengambil keputusan untuk “homebirth” kerana mengikut “trend”, mahu cuba-cuba, bereksperimen atau suka-suki. Sebelum saya decide untuk “homebirth” banyak perkara yang saya pertimbangkan dan fikir semasak-masaknya. Saya punyai sebab PERIBADI kenapa saya memilih “homebirth”. Mungkin ada sesetengah pihak yang TAK BOLEH TERIMA sebab tersebut.

Tapi, apa yang saya pegang, OTHER PEOPLE HAS NEVER WALKED IN MY SHOES. Jadi, orang lain takkan TAHU & RASA bagaimana traumanya pengalaman saya bersalinkan anak pertama dan kedua sehingga menyebabkan saya memilih untuk bersalin dengan cara yang lebih baik buat saya dan anak, iaitu “homebirth”.

Persediaan

Setelah yakin dengan keputusan yang diambil, saya pun mula membuat persediaan yang sepatutnya. Saya banyak membaca buku-buku berkaitan “natural birth”, research artikel-artikel di internet, menonton video-video berkaitan dan consult dengan Puan Hayati Muzaffar dari masa ke masa. Saya cuba sehabis baik untuk equipped diri saya dengan ILMU yang secukupnya agar keputusan yang saya ambil itu adalah INFORMED CHOICE. Bukan membuta-tuli.

Dari hari ke hari, saya semakin yakin dengan keputusan yang saya ambil & along the way, saya tidak berhenti mencari ilmu berkaitan “natural birth” sebab saya tak mahu miss mana-mana point yang penting.

It was a ver wonderful moments for me. Masa tu saya sangat bersemangat baca pelbagai buku khususnya buku HYPNOBITHING dan AMANI BIRTH. Saya praktikkan semua perkara yang perlu dilakukan sebelum bersalin seperti pregnancy exercise, breathing technique, visualisation etc etc. How i miss those moments! Mengandung ni sangat best kan? 😉

Selain dari memperkasakan diri saya dengan ILMU berkaitan “natural birth”, saya buat persediaan yang complete untuk menyambut kelahiran bayi saya dirumah. Nak kata banyak benda yang nak dibeli dan disediakan tak juga. Setakat beberapa barang penting yang perlu ada untuk memastikan keadaan & suasana yang lebih SELESA dan SELAMAT.

Persediaan-persediaan tersebut termasuklah persediaan SEBELUM melahirkan, SEMASA melahirkan dan SELEPAS melahirkan.

Sebelum Melahirkan :

– Minum Raspberry Leaves Tea (untuk menguatkan “uterine muscle”).

– Minum Virgin Coconut Oil

– Makan madu & kurma

– Minum air kelapa muda

– Minum air zam-zam

– Exercise dengan Gym Ball setiap hari (pagi & malam)

– Menonton video berkaitan “natural birth”, “home birth” dan “water birth”

– Daily affirmations

Untuk semasa melahirkan  :

– Birth Pool

– Shower Curtain

– Incontinence Pad / Under Pad

– Siever to capture and keep the placenta

– Mattress protector

– Tumbler

– Dental floss

– Rosemary Herbs for Lotus Birth (tapi tak buat pun! ;p)

– Water Thermometer

Selepas bersalin :

– Luggage Scale (untuk timbang baby)

– Yunnan Baiyao (remedi untuk ubat luka bersalin. Saya tak guna langsung)

– Pati Ikan Haruan + Gamat

– Set bersalin Nona Roguy + Bengkung

– Set Pengurusan Uri Grandma Secret

***Saya masukkan gambar-gambar kat bawah ni untuk lebih clear yea..***

1402127_10202934422068289_955380224_o

Books

page1

page2

page3

page4

Nanti saya akan ceritakan in details tentang beberapa perkara yang penting dalam list persediaan di atas. Sebab ada a few things yang sangat-sangat membantu dalam mempermudahkan proses bersalin saya hari tu. Dan saya nak share sangat-sangat supaya semua kawan-kawan yang baca entry ini akan dapat manfaatnya.. 🙂

Okay, cukup setakat ni untuk Part 2. Nantikan KISAH HOMEBIRTH saya yang sebenar di entry selepas ini! Stay Tune! 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

5 Comments

  1. Anne September 5, 2015
  2. Aisyah November 23, 2015
  3. wan April 15, 2016
  4. Farah Hana July 26, 2016
  5. mia October 21, 2016

Leave a Reply

*

CommentLuv badge