Bismillahirrhamanirrahim…
Assalamualaikum wbt & hye buat semua rakan-rakan yang bakal membaca kisahku ini… 🙂
Saya harap PERKONGSIAN KISAH saya ini akan menjadi PANDUAN & PENGAJARAN yang berguna buat semua. Selepas 6 bulan ianya berlalu, setiap saat dan detik yang saya lalui saya sangat-sangat hargai kerana ianya memberi 1001 makna dan hikmah yang sangat bernilai dalam hidup saya sebagai Hamba-Nya.
Saya berkongsi kisah ini dengan NIAT YANG BAIK. Saya mahu ianya menjadi kisah yang bakal memberi manfaat dan bukan sebaliknya. Semoga saya tidak lari dari landasan ini sepanjang penulisan kisah saya ini di blog ini…insyaALLAH…
*********************************************************************************************************************
“Birth Plan”
Semasa kehamilan saya mencecah usia 6 bulan, saya dah mula berfikir-fikir tentang “birthplan” saya. Saya memang mengimpikan ingin bersalin secara WATER BIRTH sejak mengandungkan anak ke-2 lagi. Namun, dek kerana tiada kesempatan masa dan kurang info pada masa tersebut, saya tidak mencari dan menghadiri mana-mana kelas berkaitan untuk merealisasikan impian tersebut.
Semasa kandungan anak ke-3 sudah mencecah 30 minggu, saya menyuarakan hasrat untuk bersalin secara WATER BIRTH kepada hubby. Yang saya tahu, kat Malaysia ni hospital yang ada offer pakej “Water Birth’ hanyalah di Hospital Pantai Bangsar dan Hospital Gleanegles Penang.
Saya ada menghubungi Hospital Pantai Bangsar untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai pakej “Water Birth” yang ditawarkan especially tentang doktor yang terlibat dan caj pakej tersebut. Dari apa yang saya tahu, ada 2 doktor yang akan coach proses “Water Birth” tersebut iaitu Doktor Idora dan seorang lagi doktor lelaki Cina. Dari segi kos, bersalin secara “Water Birth” di Hospital Pantai fee nya adalah dari RM5,000 ke RM7,000.
Dalam pada itu, saya memang ada join Facebook Group yang dipanggil GENTLE BIRTH GROUP (“GBG”) sejak mengandungkan anak ke-2. Dalam grup tersebut memang banyaakkk sangat info dan ilmu berguna yang saya perolehi khususnya tentang proses kelahiran. Saya banyak membaca maklumat-maklumat dalam grup tersebut dan dari grup tersebut juga saya dapat tahu tentang KELAS PERSEDIAAN BERSALIN yang dipanggil AMANI BIRTH PREP CLASS.
Saya tertarik untuk join kelas tersebut selepas saya go thru’ modul-modulnya. Memandangkan saya tak pernah hadiri mana-mana kelas persediaan bersalin sebelum ini, maka saya sangat-sangat teruja nak join AMANI BIRTH PREP CLASS tersebut. Memang pernah terniat nak join kelas HYPNOBIRTHING. Namun, kekangan masa membuatkan saya tak dapat nak join mana-mana kelas pun. Tapi, kalau ikutkan masa yang tak cukup, sampai bila-bila pun saya takkan dapat attend kelas-kelas tersebut. Makanya, saya beritahu hubby dan mohon izin beliau untuk attend kelas AMANI BIRTH tersebut. Alhamdulillah…hubby setuju dan beri keizinan.. 🙂
Amani Birth Preparation Class
Saya join kelas AMANI BIRTH di bawah kelolaan Puan Hayati Muzaffar. Setelah selesai register dan buat pembayaran yuran kelas sebanyak RM500, maka saya pun dengan perasaan yang penuh teruja pergi menghadiri kelas tersebut di Puchong… 🙂
Harga yuran tersebut sebenarnya adalah untuk SUAMI & ISTERI. Tapi, sebab suami terpaksa jaga anak-anak, maka saya hanya pergi seorang. Masa saya pergi kelas terseut, hanya ada 2 couple dan 2 ibu hamil termasuk saya.
Saya sangat teruja dapat belajar dan cedok ILMU tentang PROSES MELAHIRKAN semasa di kelas AMANI BIRTH tersebut. Sejujurnya, walaupun sudah 2 kali melahirkan, sebenarnya terlalu banyakkkkkk perkara yang saya TAK TAHU tentang proses kelahiran! Saya terasa diri saya sangat JAHIL dan IGNORANCE sangat sebelum ni sebab tak pernah tahu dan tak pernah ambil tahu tentang perkara tersebut.
Dalam kelas AMANI, Kak Yatt (Puan Hayati) banyak berkongsi ilmu tentang bagaimana proses kelahiran terjadi dan bagaimana tubuh seorang ibu itu berfungsi semasa proses tersebut. Dan saya hampir mengalirkan air mata bila saya tersedar bahawa saya sebagai wanita dan seorang ibu, adalah makhluq ALLAH SWT yang sangat UNIK & HEBAT kerana telah diciptakan dengan keistimewaan untuk melahirkan anak secara normal.
Yes, WOMEN’S BODY ARE BUILD TO GIVE BIRTH NORMALLY. Saya sangat-sangat terkesan dengan ayat ini. Saya rasa sungguh teruja dan bersyukur kerana buat keputusan yang betul dengan menghadiri kelas AMANI BIRTH sebelum melahirkan anak ke-3 saya.
Kebenaran Tentang Amani Birth
AMANI BIRTH PREP CLASS bukanlah “gerakan” atau “kumpulan” yang mempromosikan “homebirth” atau “anti-bersalin-hopsital” seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak. Kami tidak langsung “diajar” untuk melahirkan anak di rumah. Modulnya lebih bertumpu kepada topik-topik yang relevan sahaja seperti bagaimana untuk melahirkan secara NATURAL & GENTLE BIRTH tak kira di mana sahaja proses kelahiran berlaku.
Memang ada perbincangan mengenai isu HOMEBIRTH. Itupun sebab saya dan beberapa student lain mengajukan soalan tersebut kepada Kak Yatt. Jadi, beliau ada berkongsi pengalaman beliau melahirkan kedua-dua anaknya di rumah secara “Water Birth”. Kami juga banyak menonton video-video berkaitan untuk lebih memahami konsep bersalin secara NATURAL & GENTLE.
Kesimpulannya, kelas AMANI BIRTH tersebut adalah sangat-sangat BERGUNA & BERMANFAAT buat saya. Saya rasa sangat bersyukur kerana membuat keputusan untuk attend kelas tersebut. Kerana dari kelas tersebutlah saya TAHU & FAHAM tentang diri saya sendiri sebagai seorang wanita & ibu yang bakal melahirkan. Kalau saya tak attend kelas tersebut, saya tak akan tahu sampai bila-bila tentang KELEBIHAN yang ALLAH SWT dah berikan kepada saya… 🙂
Di kesempatan ini, saya nak ucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada Kak Yatt atas ILMU yang telah dikongsikan. NILAI yang saya perolehi dari menghadiri kelas AMANI BIRTH tersebut jauhhhhh lebih berharga dari harga yuran yang telah saya bayar. Ianya adalah ilmu yang dapat saya aplikasikan dan dijadikan panduan seumur hidup! Thanks a lot Kak Yatt! 🙂
Okay, cukup sampai di sini untuk Part 1. Saya sambung lagi kisah HOMEBIRTH saya selepas ini dalam Part 2 okay! 😉
Latest posts by Harlinda Halim (see all)
- 5 Remedi Alami Ini WAJIB Ada Di Dapur Setiap Rumah - September 22, 2015
- Anak Kerap Sakit? 10 Superfood Ini Bantu Anak Jadi Lebih Sihat! - September 7, 2015
- 11 Cara Rawat Batuk & Selsema Anak Di Rumah Tanpa Ubat - September 4, 2015
Assalam puan..maaf, blh sy tau dimana nk dapatkan info berkenaan kelas Amani di Johir Bahru?.. Terima kasih..:)