Image

REVIEW IKHLAS : Set Skincare Ardini Essentials

Assalamualaikum wbt & salam ikhlas buat kawan-kawanku.. :)

Apa khabar semua? Lama saya tak update blog saya ni kan. Tup..tup…bila update terus buat product review.

Sebenarnya mulai tahun 2017 ni saya nak mulakan menulis kembali secara serius di blog saya ni. Dan antara topik baru yang bakal saya masukkan dalam¬†blog saya nanti ialah SLOT PRODUCT REVIEW. Haaaa..menarik tak? ūüėČ

Tapi, saya hanya akan review produk-produk yang berasaskan bahan-bahan natural sahaja ye. Produk tak selamat saya tak mau review.

Baik, jom kita berkenalan lebih lanjut dengan produk pertama yang saya akan review dalam blog ni iaitu produk SKINCARE ARDINI ESSENTIALS.


Pada minggu lepas, pihak marketing Ardini Essentials dengan baik hatinya telah menghantar 1 set produk skincare Ardini Essentials kepada saya. Sebelum ni saya memang dah tahu tentang produk Ardini Essentials ni. Sebab pengasas produk Ardini Essentials adalah sahabat seperjuangan saya di FB iaitu Puan Siti Natasya Roslan.. :)

Baiklah, saya kongsi serba sedikit tentang apa yang saya tahu tentang produk Ardini Essentials ni ye.

Produk Ardini Essentials adalah produk rawatan kulit wajah yang berasaskan minyak Habbatussauda’. Dan produk Ardini Essentials adalah produk yang bebas bahan kimia terlarang dan ianya mendapat status halal serta perakuan dari pihak SIRIM.

Baik…

Saya rasa lebih baik saya kongsi REVIEW IKHLAS saya tentang produk Ardini Essentials ini selepas 7 hari saya menggunakannya. Saya akan beri komen dari sudut pro & cons.


 

PRODUK 1 : ARDINI ESSENTIALS Deep Facial Cleanser With Habbatussauda’

p_20161124_114902

Pro :

Pertama kali saya menggunakan pencuci muka AE ni, yang membuatkan saya rasa best ialah ianya tidak mempunyai bau wangi langsung! Sebab pencuci muka AE ini tidak mengandungi PEWANGI SINTETIK. Dalam pemilihan produk-produk kebersihan & penjagaan diri, saya memang seboleh-bolehnya cuba elakkan dari menggunakan produk yang mempunyai pewangi kerana ada diantara pewangi yang digunakan dalam produk skincare boleh menyebabkan masalah kulit.

Pencuci muka AE ini juga mempunyai “micro beads” yang mana ianya bertindak sebagai scrub yang sangat lembut pada wajah dan ianya berfungsi untuk membersihkan pori wajah dengan mendalam. Jadi, apabila digunakan secara berterusan, pori wajah akan lebih bersih dan ianya akan menanggalkan “balckhead” & juga “whitehead”.

Seperkara lagi yang saya suka tentang pencuci muka AE ini ialah, ianya tak banyak buih. Bukan apa..produk yang banyak buih ni selalunya mengandungi SLS dan tidak bagus untuk kulit.

Micro beads yang berfungsi sebagai deep cleanser.

Micro beads yang berfungsi sebagai deep cleanser.

Cons :

Bagi saya, pencuci muka AE ini agak¬†cair. Jadi, setiap kali saya buka penutupnya, saya terpaksa buka dengan berhati-hati untuk mengelakkan ianya tak tumpah dengan banyak. Ada beberapa kali saya buka dan ianya keluar sangat banyak dan agak rugi disitu sebenarnya sebab kuantiti yang diperlukan untuk cuci muka hanya sedikit sahaja sudah memadai… ūüėČ

PRODUK 2 : ARDINI ESSENTIALS Facial Treatment Serum

p_20161124_114939

Pro :

Ok, Facial Treatment Serum ini adalah produk “hot” AE sebenarnya. Sebab produk ini telah mendapat review dan feedback positif yang sangat banyak sejak dari ianya mula-mula diperkenalkan. Ianya adalah serum wajah yang mengandungi¬†“concentrated formula with habbatusauda'” dan terbukti berkesan membantu menyelesaikan masalah-masalah kulit wajah seperti :

‚úĒ¬†Mengecilkan pori wajah

‚úĒ¬†Mengekalkan kelembapan kulit

‚úĒ¬†Mengecut dan memudarkan jerawat

‚úĒ¬†Mengurangkan dan memudarkan jeragat

‚úĒ¬†Menganjalkan kulit dan mengurangkan garis-garis halus

‚úĒ¬†Menyamaratakan tona kulit wajah

Yang sangat menarik tentang serum AE ini ialah hanya pakai sedikit sahaja untuk keseluruhan wajah dan ianya cukup berkesan walaupun digunakan pada waktu malam sahaja. Dan paling best ialah ianya sangat cepat meresap kedalam kulit dan tidak meninggalkan kesan berminyak pada kulit muka.

p_20161124_115002

Cons :

Serum AE ini tidak sesuai digunakan pada waktu siang dan kerana ianya akan menyebabkan kulit agak berminyak. Namun ianya tak menjadi masalah kerana menurut pihak AE, serum ini memang hanya perlu digunakan pada waktu malam sebelum tdidur sahaja.. :)


Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dan suka dengan kedua-dua produk Ardini Essentials ini. Selepas 7 hari penggunaan, paling ketara yang saya dapat rasakan ialah kulit muka saya rasa lebih lembap dan lembut. Saya harap lepas dah habis 1 set yang pertama ini, kulit saya akan jadi lebih licin dan cerah…insyaALLAH.. :)

Dannnn…ARDINI ESSENTIALS ADA BERITA BAIK UNTUK ANDA SEMUA…

Ardini Essentials sedang menjalankan PROMOSI YES dan ada tawaran DISKAUN MENARIK buat anda yang nak mencuba produk Ardini Essentials.

Hah…apa lagi? Cepat cepat lah grab seset dua Skincare Ardini Essentials yang best ni ye kawan-kawan! ūüėČ

15135987_1255010884522054_5024426847653265886_n

Nak tengok PROMOSI YES tu boleh terus klik di link ni sekarang ==> PROMOS YES ARDINI ESSENTIALS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

Leave a Reply

*

CommentLuv badge