Allah Beri Aku Melihat Dua Dunia Yang Berbeza

Allah Beri Aku Melihat Dua Dunia Yang Berbeza

Assalamualaikum wbt dan salam ukhwah fillah sahabat-sahabat semua… 🙂

Izinkan saya berkongsi pengalaman yang bagi saya sangat berharga dalam hidup saya…


Saya perasan dah hampir 32 tahun hidup ni, sepanjang perjalanan hidup saya, Allah Taala selalu beri peluang pada saya untuk lihat DUA DUNIA yang berbeza…

Masa jadi Chambering Student di salah satu firma guaman di KL dulu, saya dapat pergi buat visit ke PENJARA, interview ramai penjenayah dewasa dan juvana.

Masa tu saya selau terfikir, “Ya Allah…selama ni aku hidup dalam golongan orang-orang yang baik-baik belaka, bernasib baik dan hidup bahagia. Tiada masalah yang berat-berat, ada mak bapak yang bertanggungjawab, ada tempat tinggal yang sempurna, makan minum semua cukup…”

Bila tengok mereka-mereka yang duduk dalam penjara tersebut, saya ada rasa takut dalam hati. Tapi, jauh di sudut hati, saya rasa sangat simpati sebab mereka berada di situ kebanyakannya disebabkan masalah kesempitan hidup, tak cukup wang, keluarga porak peranda dan hidup terabai tanpa perhatian keluarga serta pelbagai lagi masalah yang berat sehingga menyebabkan mereka terjerumus ke kancah jenayah.

Saya rasa sangat bersyukur sebab saya hidup bebas dan bahagia. Tiada masalah yang berat sehingga menyebabkan saya nak buat sesuatu yang terdesak demi sesuap nasi atau sesuatu yang merosakkan akhlaq. Berbanding mereka yang dipenjarakan, mereka sudah tidak lagi dapat menikmati kebebasan hidup seperti biasa. Terpaksa hidup terkurung sahaja dan menanti saat menjalani hukuman yang ditetapkan.

Sedih! Serius saya sedih masa tu. Disebabkan itu, saya selalu berdoa agar orang-orang yang saya sayang khususnya, akan sentiasa dilindungi Allah Taala dan tidak terjerumus ke kancah jenayah.


Masa anak ketiga saya di tahan di wad HKL beberapa kali, saya diberi peluang lagi sekali oleh Allah Taala untuk melihat satu lagi dunia yang berbeza buat saya. Sebelum melahirkan anak ketiga, saya tak pernah tengok anak-anak orang lain sakit teruk dan tak pernah duduk wad yang ramai orang. Tapi, semasa di Wad Pediatrik HKL, saya melihat betapa ramainya anak-anak kecil yang sakit kronik ditemani ibu masing-masing di wad.

Saya dapat melihat kasih sayang ibu terhadap anak-anak yang sakit. Saya dapat melihat betapa agung dan besarnya pengorbanan seorang ibu menjaga dan menyelesakan anak yang tidak sihat di katil hospital. Ya, saya juga adalah salah seorang dari ibu-ibu tersebut. Akan tetapi, saya lebih asyik melihat dan memerhati ibu-ibu lain dek kerana saya merasa kagum dengan insan yang bergelar ibu.

Situasi tersebut membuatkan betapa bersyukurnya saya memegang status seorang ibu. Betapa hebatnya “jawatan” yang Allah SWT beri pada saya ini.


Saya bersyukur kerana Allah Taala beri saya “peluang-peluang” ini. Kerana saya dapat melihat dan membezakan dua dunia yang jauh berbeza. Yang bahagia dan yang derita. Yang lapang dan yang sempit. Yang beruntung dan yang kurang bernasib baik. 

Kerana apabila saya diberi peluang melihat DUA DUNIA YANG BERBEZA ini, saya belajar jadi HambaNya yang lebih BERSYUKUR. Bersyukur atas nikmat yang Allah Taala berikan kepada saya.

Terima kasih Ya Allah. Terima kasih atas segala NIKMAT yang Engkau hadiahkan buat Hambamu yang lemah lagi berdosa ini…

“Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah , maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa disesatkan oleh Allah, maka merekalah orang-orang yang merugi “.

                    [ Al a’raf , 7: a.178 ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

Leave a Reply

*

CommentLuv badge