Nursing Tips for the Large Breasted Mother

Halu-halu dari Lynn Lawa…ehehe..perasan ajer eyh…Okay, sebagai ibu & blogger yang rajin dan juga effisien, saya telah pun mengkhatamkan research saya tentang topik ini. Uiih…rajin mak buat research taw. Dari hari jumaat lepas dok baca topik ni…hehehe..so, hasil dapatan/findings dari research tersebut, maka saya kongsikan bersama kalian yang sangat saya kasihi…

Okay, topik ini khusus untuk bacaan para ibu yang mempunyai size “B” yang besar. Bagi mommies yang mempunyai B yang dikategorikan sebagai besar atau terlalu besar, mungkin mereka mempunyai sedikit masalah untuk menyusukan bayi secara normal berbanding dengan mommies yang mempunyai B bersaiz sederhana. Ini kerana disebabkan beberapa faktor seperti yang saya listkan di bawah :

1) Susah nak cari saiz nursing bra yang betul-betul fit dengan saiz B yang besar.

2) Susah nak susukan anak free-hand. Meaning to say, kena pegang/”C” cuping the B time anak menyusu untuk avoid “B” menutup bahagian muka baby.

3) Ruam panas di bahagian bawah pelipat or in between the B.

4) Kesan regangan/strecth-mark yang menimbulkan rasa gatal.

5) Kepayahan menyusukan di tempat-tempat awam.

But, ianya bukanlah satu masalah yang besar giler dan menjadi penghalang dalam kite melaksanakan misi penyusuan kite. Yang pastinye, tak kirelah ape pun size kite, semua mommies PASTI akan berjaya dalam penyusuan sekiranya kite betul-betul mempunyai keazaman yang kuat dan mengaplikasikan teknik-teknik serta cara yang betul. Ingat ye…teknik-teknik dan cara yang BETUL taw

Harus diingat ye, size B tidak sama sekali menentukan kuantiti atau kualiti susu seseorang ibu. Tak semestinya, ibu yang mempunyai B kecik mempunyai kuantiti susu yang sedikit dan begitu juga sebaliknye. Ramai je kawan-kawan saya yang bersaiz 32B contohnye, mempunyai susu yang berlambak-lambak. Sampai time mandi pun susu boleh memancut-mancut keluar…haaa…best kan? =)

Okay, kembali kepada topik kite di atas. Apekah solutions yang boleh kite aplikasikan bagi mengatasi masalah-masalah penyusuan yang dihadapi oleh mommies yang bersaiz besar ini ye? Meh baca huraian saya di bawah :

1) Find a nursing bra that really fits / supportive nursing bra is really important.

Penggunaan nursing bra yang sesuai sangat penting ye kalian. Jika kite memakai nursing bra yang tidak bersesuaian dengan size yang sepatutnye, ia akan menyebabkan ketidakselesaan dan juga menyusahkan kite untuk menyusukan bayi. Untuk mommies yang bersaiz besar, dinasihatkan untuk membeli nursing bra yang tidak mempunyai under-wire or bra yang ketat. Ini kerana under-wired bra akan menekan tissue breast dan akan menyebabkan masalah plugged ducts or mastistis (saluran susu tersumbat). Pilihlah nursing bra yang diperbuat dari material seperti cotton dan mempunyai ciri-ciri khusus untuk B bersaiz besar.


2) Experiment with different positions.

Posisi yang selalunye dipraktikkan oleh breastfeeding momies ialah Cradle Hold. Tapi untuk mommies yang bersaiz besar, posisi Football Hold will works better. Ini kerana, dengan mempraktikkan posisi Fotball Hold, baby akan dikepit di bawah underarm or ketiak lah senang cakap yea… =) Dengan cara nie, ibu akan lebih senang untuk control kepala baby untuk memastikan baby latch-on/melekap dengan betul pada breast. N’ dengan cara ni juga pergerakan tangan si ibu pun  lebih bebas. Supaya lebih selesa, jangan lupa untuk menggunakan nursing pillow atau bantal biase untuk support kedudukan baby as well as untuk diletakkan di bahagian belakang pinggang untuk mendapatkan posisi yang selesa dan tidak memenatkan juga menyakitkan pinggang.

3) Make sure to support the breast while nursing.

Support B dengan menggunakan teknik “C” hold untuk menganngkat B anda supaya ianya sama level dengan mulut bayi. Di samping itu, anda boleh juga meletakkan gulungan napkin atau kain dibahagian bawah B untuk memastikan paras B tinggi sedikit dan memudahkan bayi untuk menyusu. Boleh refer di link INI untuk melihat ilustrasi sebenar bagaimana memegang B dengan cara “C” hold.

4) Pay careful attention to latch on.

This one is considered as very important ya. Make sure baby latch-on/melekap dengan betul. Latch-on yang betul ialah apabila mulut baby merangkumi hampir kesemua bahagian areola dimana terletaknye saluran susu. Walaubagaimanapun bagi ibu-ibu yang mempunyai keluasan areola yang luas, tidak semestinya baby kena cover keseluruhan kawasan. Just make sure yang mulut baby menganga dengan luas (seperti menguap) semasa menyusu.

5) Gently massage your breast while nursing.

Semasa menyusukan, rajin-rajinlah massage B untuk melancarkan pengaliran susu. B yang besar mempunyai lebih banyak tisu-tisu yang mudah engorge (bengkak) dan (lumpy) berketul-ketul. Jadi, dengan urutan, ianya akan membantu susu dikeluarkan dengan secukupnya (B betul-betul dikosongkan).

6) Set up a nursing station in the areas where you will be spending a lot of time.

Pilihlah ruang tamu atau bilik tidur sebagai tempat untuk kite duduki setiap kali nak susukan baby. Make sure semua benda yang diperlukan seperti, diapers, wet tissue, face cloth etc etc ade berdekatan dengan kite. Ini akan memastikan suasana dan keadaan yang selesa ketika sesi penyusuan berlangsung.

7) Try to find a way to nurse while you are sleeping with your baby.

Baby paling kerap dan lama menyusu pada waktu malam. Oleh itu, adalah dinasihatkan supaya si ibu belajar teknik/cara menyusukan baby semasa berbaring (lying down position). Ramai ibu yang berpendapat teknik ni adalah sukar untuk dilakukan. Tapi sebenarnye, ibu-ibu yang mempunyai B yang besar lebih mudah untuk mempraktikkan posisi ni berbanding ibu-ibu yang mempunyai B bersaiz kecik. Boleh klik SINI for further details ya

8 ) Use nursing cover while you are at the public area.

Bagi ibu yang bersaiz sederhana or kecik, menyusukan baby di tempat awam bukanlah masalah yang besar. Tak perlu pakai nursing cover pon takper kalau untuk ibu-ibu yang beragama Islam sebab tudung tu dah boleh jadi cover untuk tutup bahagian yang sepatutnye. Tapi, untuk ibu yang size besaq ni, payah sket sebab tak tercover dek tudung pun. Jadinye akan timbul masalah untuk menyusukan anak di tempat-tempat awam yang tidak mempunyai nursing room. So, nak senang dan selamat, juz gunakan nursing cover je. Banyak je jual kat online store =)

9) Practice good breast-hygiene.

Untuk avoid kene heat rashes, skin irritation or yeast di bahagian pelipat B, juz make sure yang bahagian pelipat dibasuh bersih-bersih dengan air biase dan lap dengan towel kering-kering. Nak senang lagi, boleh guna hair dryer dan setkan pada suhu yang tak berapa panas untuk memastikan area tersebut betul-betul kering.

10) If you need to use a breastpump, make sure you buy the bigger size flanges which will fit your breast nicely.

Untuk penggunaan breastpump, belilah corong pump yang bersesuaian dengan saiz B. Kalau tak sesuai/kecik nanti akan menyakitkan dan tak selesa. Susu pun tak boleh express dengan sempurna. Macam breastpump Medela, ade jual flanges/corong ikut size B ibu. So, boleh tengok diameter flanges yang mana sesuai dengan saiz B kite.

In the nutshell, bagi ibu-ibu yang mempunyai saiz B yang extra sket, mungkin menghadapi cabaran-cabaran yang agak spesel seperti yang telah saya huraikan di atas. Namun, jika kita betul-betul mempelajari dan mempraktikkan teknik yang betul, tidak akan ada sebarang masalah yang menghalang kite daripada melaksanakan misi penyusuan eksklusif  selama 6-bulan dan penuh selama 2-tahun! Chaiyok chaiyok ye Mommies! =)

Sources:

1) www.lli.org

2) www.storknet.com

3) www.breastfeeding.asn.au

4) www.ameda.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

11 Comments

  1. lailasani October 19, 2010
  2. harlinda halim October 19, 2010
  3. Mrs. Kown October 20, 2010
  4. harlinda halim October 20, 2010
  5. mrsdjones October 22, 2010
  6. harlinda halim October 22, 2010
  7. Anonymous October 26, 2010
  8. harlinda halim October 28, 2010
  9. rozita November 12, 2010
    • Harlinda Halim November 15, 2010
  10. hizza zazali January 5, 2016

Leave a Reply

*