Dah lame saya tak bercerita tentang my baby boy Danish Iskandar… Mentang-mentang le dah nak ade adik…langsung x mo cerita pasal Danish eyh…hehe…As usual, saya menulis entry ini bukanlah untuk show off atau nak heboh satu kampung tentang kebijaksanaan anak saya. Tapi dengan cara menulisnya di sini lah saya dapat “merekodkan” kisah hidup saya dan family saya agar ianya akan dapat dibaca semula oleh anak-anak saya apabila mereka dewasa kelak…dan dari situlah mereka akan tahu tentang perjalanan hidup kami membesarkan mereka tanpa pernah rasa jemu dan mengenal erti lelah…ewaahh..bermadah pujangga la plak..ehehehe…
Okay, untuk makluman semua budak tecik yang bernama Ku Muhammad Danish Iskandar kini bakal mencecah usia 1 tahun 10 bulan pada hujung bulan ni. So, another 2 months he’s no more a lil’ baby…dah nak jadik toddler pun…and of course akan jadi seorang ABANG pada bulan 10 ni…hehehe…hopefuly dia akan jadik seorang abang yang best dan caring just like his Babah! ๐
So far, Danish punye development and language production skills sangat memberangsangkan. Dah banyak words yang die boleh produce dengan confident dan boleh difahami oleh orang-orang tua disekelilingnya. Sometimes he surprises us when he suddenly mention a new words yang kami tak perasan pun kami pernah ajar.
As for example, everyday setiap kali nak gi keje, saya akan pimpin tangan die sambil menaiki 10 anak tangga yang ada kat depan umah kami. So, setiap kali panjat tangga tu, saya akan counting 1 to 10. And selama saya dok ajar tu lah die tak pernah sekali pun ikut! Geram pun geram. Tapi saya keep on doing that everyday without fail. Dan pada satu hari, tanpa disangka-sangka, while he was playing with batteries (sambil saya perhatikan ye), die mula mengira ONE, TWO, THREE, FOUR, FIVE until TEN! Sangat terkujat lah saya kan…hehehe..rupe-rupenye die dok hafal dalam hati selama ni bile aku dok ajar die mengira time naik tangga tu…ingatkan die tak ambil pedulik pon! ๐
So, tu contoh lah yang die dah boleh buat…so antara lain yang budak tecik tu dah boleh buat ialah :
1) Bile kami nyanyi lagu “If you’re happy and you know it CLAP your hand bla bla bla….” Die akan CLAP, STOMP his feet and TURN AROUND mengikut nyanyian kami tersebut dengan gumbiranye…dan last sekali die akan JUMP sambil jerit “Yeay!” Hat yang tu die tambah snirik… ;p
2) Pandai KNOCK the door dan bagi SALAM bila nak masuk rumah atau nak masuk bilik. Tapi salam die bunyik “KOM” or “ALLAM” je lah…Masuk kedai makan pun die bagi salam! ๐
3) Dah pandai baca ALPHABET…tapi letters hat yang depan2 macam A dan B die selalu lupa. Hat yang belakang die ingat la pulak!
4) Kat umah, kami ajar Danish alphabet menggunakan “Phonics Song”. So, sebab die dah dengar lagu phonics tu berulang-ulang, 1 hari saya buat test lah kat die. Saya mulakan dengan “A is for A,a,a?” Danish sambung, “Apple!”. Saya sambung, “B is for B,b,b?” dan Danish jawab “Ball!” And saya continue lah sampai abes…dan alhamdulillah untuk perkataan yang dua suku kata Danish berjaya sebut dengan lancar. Tapi macam yang tiga suku kata payah sket die nak nyebutnye. Macam “G,g,g, gorilla” tuย die sebut bunyik macam “GILA”! ;p
5) Dan melalui nursery rhymes jugak lah die menghafal nama-nama anggota badan. Alaaaa..lagu yang Head, Shoulder, Knees & Toes tu lah. So, skang die sudah tau mana itu HAIR, NOSE, MOUTH, EYES, HAND, TUMMY, EARS, KAKI (hat yang ni babah die ajar yeh!), CHEEK & CHIN.
6) Bile naik kete, dia akan terjerit-jerit excited bile nampak LOWY (lorry), BUS and CAR.
7) Bile lalu kedai-kedai yang ade signboard or billboard tepi jalan, die akan sebut huruf-huruf yang sempat die ingat. Contohnye die nampak perktaan “SONY” kat kedai kereta aritu. So, die sempat sebut “O” dan “Y”. Lagi dua tak sempat recall sebab Mek La die bawak kete laju sangat!
8 ) Bile nampak mana-mana masjid kat tepi jalan, cepat-cepat die letak tangan kat telinga dan sebut “AZAN, AZAN”. Dan bile kat umah die terdengarย azan pun die cepat-cepat bangun dan tengok kat luar balkoni tu sambil bulat-bulatkan mata cakap “AZAN!”. Hehe..nak jadi ustaz kot anak mak nie.
9) Suka sangat DANCING! Hat yang ni confirm ikut perangai Babah die! Babah die tu memang berangan nak jadik penari professional. Tergedik-gedik menari kat umah sampai kejang-kejang kaki. Muehehehe… So, si Danish ni pun tergedik-gedik menari bile dengar lagu rancak. Paling saya suka tengok die menari lagu “Hot Potato” by Wiggles. Siap tiru gaya mamat-mamat Wiggles tu lagik! ;p
10) Dah hafal nama-nama family members yang close dengan die. Contohnye, Atuk, Opah, Mek La, Mak Kak, Pak Pok, Mek Min, Mak Pah and Abin (Pak Cu Nabil). Ooppsss..ni semua family belah mak dia kat Perak. Pasni kena ajar die hafal nama-nama family kat Kedah la plak. Sebab die tak hafal lagik nama-nama depa. Sebab jarang balik sana kan…x pe, x pe..give him some more times…hehe…
11) Dah pandai nak snap gambar orang guna kamera handphone…siap cakap “Smileeeeeee….” lagik kat kita! Huh…pegang kamera pun ngadap muka dia snirik! ๐
12) Paling saya suke dan terharu sekali, setiap hari bile die tengah main-main, tibe-tibe jek dia akan datang kat saya dan peluk saya kuat-kuat sambil letak kepala die kat dada saya, dia akan cakap “Ayyangggggg….” pada saya! Lepas tu terus die kiss mmuuah kat mak die ni…Hehehe…sebagai mak, saya rasa sangat dihargai oleh anak snirik! Rasa terharuuuuu sgt bile die buat camtu…hehehe…
13) Dan die masih menyusu susu ibunye sehingga hari ini…ALHAMDULILLAH… ๐
Hmmm…macam banyak lagi jek kalau nak dituliskan…x per lah…kalau saya rajin nak rekodkan lagik, nantilah saya sambung pasni. Kalau nak di jot down one by one memang tak abes-abes lah kan. Mak mana yang tak bangga dengan pencapaian anak snirik. I dun want to compare my son with other people’s kids. Setiap orang berbeza-beza. Ada yang lagi bijak pandai. Tapi, pada saya, pada tahap dan usianya kini, perkembangannya adalah NORMAL dan memberangsangkan. So, as his parent, apa yang kami janjikan, kami akan berikan yang TERBAIK untuk anak-anak kami. Semoga ALLAH SWT permudahkan urusan kami sekeluarga…AMIN…
Sajek letak gambaq nie! Time nie Danish baru umur 6 bulan! Hehehehe….BOLAT! ;p
Latest posts by Harlinda Halim (see all)
- 5 Remedi Alami Ini WAJIB Ada Di Dapur Setiap Rumah - September 22, 2015
- Anak Kerap Sakit? 10 Superfood Ini Bantu Anak Jadi Lebih Sihat! - September 7, 2015
- 11 Cara Rawat Batuk & Selsema Anak Di Rumah Tanpa Ubat - September 4, 2015
ishk….lain betol danish 6 bulan dgn Danish skang yg dh berumo 1tahun 10bln kan?
edeh~~confirm danish byk main dari mkn, kan…?
btw..congrates to lynn sbb bijak mendidik danish.
mmg bangga kalau anak kite bijak dan sedikit advances dari kanak2 lain kan…?mgkin sebab fully BF kot..hiihihi…
ape2 pon sy skong penyusuan ibu 100% dari lahir smpai la 2 tahun, chayok!
hensemnyaaa cik abang ni…kalo acik ada anak gegirl, mesti acik dah cop dgn mak danish..huhu
alahai.. anak bujang kak lyn da besar. da na jadi abg pun. hihi. seronok kan kak lyn tgk anak membesar ni. jap je da besar. erm.. nampak susut skit danish ni..
Besar dah Danish…dan tak lama lagi nak dpt adik yer..tahniah masih BF lagi=)
Ank kita sebaya lyn.as a mother saya pun nk ank saya pandai cam ank lyn tp sy rasa saya sendiri yg kurang mengjr ank saya benda2 cam tu. Tq for sharing lyn. Walaupun saya dh nk masuk 4 org ank but still need ilmu2 parenting ni. Hope dapt share more about our kids….
Bucuk bucuk mekla memang setiap hari semakin bijak…aku saksi kepada semua kebijaksanaan nyer..luv u baby!!!
Kebijaksanaan yg diwarisi dari aku…keh keh keh…
Assalam… Terima kasih banyak-banyak kat Lynn, bila mula akan terbukak blog Lynn la akak bertambah ‘celik mata’ fasal penyusuan susu ibu ni. Mak akak ada bagi ilmu gak, tapi bila zaman moden ni terbaca pulak blog Lynn makin bersemangat akak bagi susu ibu kat anak ke-2 akak tu(baby boy). Masa anak pertama sebab tak banyak susu n selera makan akak pun kurang tu yang dapat bagi selama 2 bln lebih je (tu pun dibantu dengan susu tepung, sampai sekarang pun anak pertamaku-girl tu takut bila bagi makan nasi yang banyak-kurus je badannya-tapi dia aktif). Anak ke-2 ni baru je setahun hari tu, tapi berisi sikit la drpd kakak dia. Cuma dia bukan lagi penyusu badan yang tegar skrg ni sebab dia lagi kenyang ngan susu tepung, 1-2 hari sekali la dia nak ‘ngempeng’ susu badan akak.. Walaupun ralat gak dia tak macam Danish(baby Lynn masih menyusu badan sepenuhnya) tapi sekurang-kurangnya my brown boy tu lama la gak menyusu badan drpd kakak dia tu..he2. Key thank u so much Lynn di atas petua-petua penyusuan Lynn tu ngan sume orang..=).