Seminar Early Child Education (ECE) di GBOB…SUPERB!

Hear ye! Hear Ye!

Wahai warga ibu bapa yang prihatin! Harlinda Halim ada perkabaran baekkk punye untuk anda semuaaaa! Nak tau apekah perkabaran itu??? Teruskan membaca entry ku ini…hehehe…(saje je mak mau bikin gempaksss! Jgn marah ye uolsss…muehehehe).

Untuk makluman anda sekelian, dua ahad yang lalu (9 Januari 2011), saya telah menghadirkan diri saya ke satu seminar hebat yang sangatlah superb! Saya sangat teruja untuk menghadiri seminar ini sampai anak yang tak berapa nak sihat pon ku hangkut sekali. Bukan senang wooo nak gi jauh-jauh time cuti-cuti malaysia nih. Tapi sebab saya sangat excited untuk belajar menjadi seorang ibu yang prihatin dan berilmu tinggi, maka saya gagahkan kaki dan badan hubby saya untuk drivekan saya ke Wisma Bling Lustre di Puchong nun...macam lah jauh sangat eyh Puchong tuh…hehehe…

Kenapa ye saya ke sana??? Haaaa..nie yang cek nak habaq mai nih. Macam yang saya gitau tadi, saya kesana sebab saya attend this one seminar. Seminar apekah? Seminar yang sangat-sangat membuka mata saya sebagai seorang ibu yang mana saya akui saya a bit ketinggalan dan ter”overlook” sikit this part. Sikiiiitt saje ye kalian…tak lah ter”overlook” sangat!

Sepanjang tempoh membesarkan Danish, saya banyak memfokuskan diri saya, Danish dan orang-orang di keliling saya tentang kepentingan dan kehebatan penyusuan susu ibu. Dan disebabkan itu saya menjadi seorang yang sangat obses dengan breastfeeding issues! Ape saje berkaitan dengan breastfeeding menjadi favorite topik saya. Saya sangat-sangat happy setiap kali mommies call saya, e-mail or chatting dgn saya untuk bertanyakan tentang breastfeeding, saya akan jadi sangat-sangat excited! Over lak tuh..hehehe.. Tapi kalau ade di antara kalian yang saya tak dapat entertain disebabkan hal-hal tertentu, saya mohon maaf ye kalian…call je lagi next time..CONFIRM saya akan cakap! =)

Breastfeeding memang tidak dinafikan adalah perkara yang terbaik untuk anak-anak kite. Namun, memberikan yang terbaik dengan menyusukan anak dengan susu badan tidak cukup untuk menjadikan anak kite seorang yang bijak pandai atau genius sekiranya kite tidak benar-benar berusaha untuk mengajar anak-anak kite dengan teknik dan cara yang betul. Bukan main hentam keromo saje nak ajar anak-anak. Kalau ikut cara dan teknik yang betul, insyaALLAH hasilnye sangat memeranjatkan ye!

“Setiap bayi dilahirkan genius. Namun, kita sebagai ibu-bapa mengambil masa 3 tahun pertama hidupnya untuk menjadikan dia tidak genius”. Sedih tak baca ayat nie??? Serius saya terpukul! Nasib baik saya diberi peluang untuk sedar tentang perkara ini ketika Danish berusia 1 tahun 7 bulan! Bile saya tau anak orang lain boleh membaca seawal usia 5 bulan……serius saya rasa ketinggalan! Tapi, selagi die masih bawah 3 tahun, saya masih ade peluang untuk pulun abes ajar Danish macam-macam. So, i’m gonna utilize that opportunity!

Semasa seminar di Genius Baby On Board (GBOB), saya banyak menimba ilmu daripada Pn. Norhidawati (Kak Watie) mengenai Early Child Education (ECE). Nak mengajar anak atau dalam istilah ECEnya –> memberikan stimulasi kepada anak hendaklah dimulakan seawal kite dapat tahu yang kite mengandung hokay! Bukan bile anak nak masuk darjah 1! Stimulasi bermula dari saat anak berada dalam kandungan ibu dan berterusan sehingga sampai bila-bila.

Kagum saya dengan kebijaksanaan anak-anak Kak Watie (Qarissa & Quzayra). Siyes jelesss…hehehe..Jeles sikit jek ye Kak Watie… Yelah, sape tak jeles tengok anak orang lain lebih hebat dan bagus dari anak sendiri ye dak? Kalau tak jeles tu, mungkin kategori mak bapak yang tak sayang anak lah kott…sory…mungkin kasar bunyiknye…tapi itulah hakikatnye…

Semasa seminar, Kak Watie memberi banyak input-input PENTING & SANGAT-SANGAT BERGUNA untuk dipraktikkan terutamanya teknik-teknik dan cara-cara stimulasi yang perlu diberikan kepada anak semasa mengandung dan selepas kelahiran. Saya sangat teruja semasa sesi seminar dijalankan.

Yang hadir pada hari tersebut pun bukan calang-calang parents ya… Semua yang hadir saya lihat adalah ibu-bapa yang benar-benar serius dalam mempraktikkan ECE dalam family masing-masing. Even mereka memang dah praktikkan pun. Tapi mereka masih lagi hadir ke seminar ini untuk menimba lebih banyak ilmu dan berkongsi pengalaman dengan parents yang lain. Sangat impress!

Jadi, kesimpulannya wahai ibu-ibu dan bapak-bapak sekelian…saya ingin menyeru kalian semua agar berfikir sejenak secara mendalam tentang peri pentingnya ECE dalam kehidupan kita sekarang. Juz imagine, anak-anak zaman sekarang boleh dikatakan semuuuuuaaa bijak pandai. Kecik-kecik dah fluent speaking English. Nak compare dengan kite zaman dolu-dolu? Ade ke pernah mintak nasik dengan mak camnie, “Mommy, i want to eat rice”… Ado??? Saya takdo..tak tau la korang kan..ehehehe…

Saya NAK anak-anak saya bijak dan genius! Bukan dari segi akademik, malah dari segi agamanya dan juga moralnya. Tapi siapa yang nak tolong saya untuk make sure yang anak saya akan jadi bagus sebegitu???? Mestilah saya dan suami saya sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak kami sendiri kan… Parents are the best teachers to their own kids!

Justeru, kalian, saya menyeru anda sekali lagi dan ingin mengajak anda semua untuk sama-sama menimba ilmu bersama-sama GBOB dengan menghadiri seminar Early Child Education ini! Mari-mari wahai semua pasangan yang sedang menunggu kelahiran anak mahupun yang dah ada anak, jom lah kite sama-sama jadi ibu-bapa yang PRIHATIN. Berikanlah yang terbaik untuk anak-anak kite SEKARANG supaya kite tak menyesal di kemudian hari. Tatkala anak orang lain semua pandai speaking dan hebat-hebat performed disekolah, jangan menangis dan menyesal kalau anak kita BUKAN DARI GOLONGAN SEPERTI ITU!

Kalau berminat nak menyertai seminar SUPERB ini, anda boleh hubungi Pn. Norhidawati ditalian 016-2033340 atau sila layari http://www.geniusbabyonboard.com untuk maklumat lanjut! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

5 Comments

  1. deena awanis January 21, 2011
  2. amirah January 21, 2011
  3. Farah January 21, 2011
  4. mama hani February 7, 2011
  5. fadillah March 1, 2011

Leave a Reply to mama hani Cancel reply

*