Saya Mengandung dan Masih Menyusukan Danish

Assalammualaikum wbt mommies sekelian…

Apa khabarlah agaknye mommies semua ye…hopefully uols semua sihat wal afiat dalam menjalani rutin harian sebagai seorang ibu, isteri, pekerja, boss etc etc… Saya masih dalam mode tak larat dan tidak berdaya dek kerana alahan yang masih belum berpenghujungnye. Tapi demi mencarik sesuap nasik, ku gagahkan jua diri ini ke opis…huk huk huk…(saje nak wat citer sedih di petang jumat! :p)

Saya bukan tak sempat nak update blog, tapi saya tak larat. Nak buat kerja-kerja opis yang wajib dihadap nie pon tak daya nak buat, apatah lagi nak menaip entry di blog kesayanganku ini. Hari-hari bukak blog sendiri, dengan harapan ada orang typekan entry baru untuk saya! ๐Ÿ˜‰

Oklah, memandangkan dah lama bebeno saya tak update kisah penyusuan saya, hari ni, saya nak kongsikan bersama kalian tentang status perjalanan penyusuan Ku Muhammad Danish Iskandar ku itew…

Ya…Danish masih menyusu susu ibunye…dia adalah seorang bayi yang sangat menggemari susu ibunya even susu ibunye ni dah tak semeriah dulu…namun Danish masih mendambakan susu ibunye untuk menceriakan hari kanak-kanaknye. ๐Ÿ™‚

Sejak saya disahkan hamil bulan Februari yang lalu, saya sedikit pon tak terfikir untuk menghentikan penyusuan Danish. Malah, saya menganggap ianya satu peluang untuk saya melalui pengalaman baru dalam perjalanan penyusuan saya. Kerana ianya bermakna saya akan dapat melalui dan merasai pengalaman berharga menjadi seorang ibu yang HAMIL dan MASIH MENERUSKAN PENYUSUAN SUSU IBU untuk anak saya yang sudah berusia 1 tahun 10 bulan.

Memang pada awal kehamilan, saya noticed yang susu saya sangatlah merudum. Tapi saya still pump seperti biase – 3x sehari di opis. Tak kiralah berapa amount yg saya dapat, saya masih semangat mengepam 3x di opis. Tapi masuk bulan kedua kehamilan, susu semakin merudum walaupun saya masih mengepam sebanyak 3x sesi. Saya rajinkan diri buat power pumping untuk tingkatan hasil. Tapi disebabkan kesibukan kerja, saya tak dapat nak konsisten buat power pumping straight setiap hari. So, resultnye tak berapa nak memberangsangkan. It’s okay…saya masih meneruskan pengepaman di opis dan direct feeding on demand semasa di rumah.

Tapi bile masuk minggu ke-5 kehamilan, saya mula start rasa loya dan dari minggu ke minggu morning sickness saya semakin menjadi-jadi. Saya tak boleh makan dan minum disebabkan keloyaan melampau. Jangan kata 3 liter air sehari seperti yang selalu saya amalkan, seteguk air pun sangat-sangat payah saya nak telan! However, instead of that awful condition, saya masih terus susukan Danish dan sesi mengepam di opis terpaksa saya kurangkan menjadi 2x sesi sahaja. Sebab lepas mengepam saya tak mampu nak minum air dan saya hanya makan biskut kering sahaje untuk alas perut yang kosong…

Sedih memang sedih…dalam keadaan yang sangat tak berdaya, saya masih tak mahu mengalah…saya teruskan rutin saya seperti biase – pump 2x di opis dan direct feeding on demand di rumah. Danish pulak, sejak saya pregnant ni, saya tengok dia makin kuat menyusu. Mungkin sebab susu dah tak banyak menyebabkan dia ingin menyusu dengan lebih kerap.

Bekalan ke taska pulak, kadang-kadang dapatlah saya kirim 2 botol x 3.5oz. Tapi dikala susu drop giler, 2x perah dapat around 4oz sajek. So, banyak tu jelah yang saya kirimkan ke taska. Tapi saya sikit pun tak rasa bersalah sebab saya tau dan saya sudah bersedia menghadapi situasi sebegini. Melaui pembacaan dan maklumat-maklumat yang saya perolehi, apa yang berlaku adalah normal. Stok EBM saya di dalam freezer masih berbaki 3 botol pada bulan Februari yang lalu. Saya tak usik langsung dan seboleh-bolehnya saya bagi susu perahan yang fresh.

Saya tak risau sebab saya tau, pada usianya yang telah mencecah 1 tahun 8 bulan pada masa itu, susu saya bukanlah makanan dan sumber nutrisi utama buat Danish. Penyusuan susu ibu pada tahap usianya kini adalah more to emotional bonding between him and me. Dia maish mahu menyusu susu saya kerana kami yang putuskan begitu. Saya sendiri MAHU meneruskan penyusuan untuk Danish dan Danish sendiri MAHU menyusu dengan saya. Emotional Bonding di antara kami berdualah yang menyebakan saya tak mahu stopkan penyusuan buat buah hati saya tu…

Masuk bulan ke-2 masalah yang melanda saya ialah, apabila Danish menyusu, nipple saya terasa sangat sakit! Seperti yang kite semua sudah sedia maklum, semasa hamil, breast si ibu akan mengalami perubahan tertentu di mana puting akan menajdi lebih tender dan sensitif. So, setiap kali susukan Danish, saya rasa sakit ya amat! Ada jugak rasa nak marah kadang-kadang…hehehe. Tapi saya tahankan sebab kecian tengok Danish punye muka yang beria-ia menyusu. Tapi, percayalah, menyusukan anak semasa hamil akan menjadikan puting si ibu lebih “tough” untuk menyusukan anak yang bakal dilahirkan nanti. So, saya tak mau fikirkan sangat sakit sekarang ni, sebab saya lebih trauma dengan sakitnye nipple cracked semasa menyusukan newborn baby di dalam pantang dulu! So, actually Danish sekarang membantu saya memudahkan penyusuan adiknya nanti…I should thanks him instead!

Dari minggu ke minggu alahan saya semakin teruk. Sampai saya susut sebanyak 5 kilo dalam masa sebulan setengah! Agak mendadak lah jugak. Sampai saya tak daya nak bangun dari katil. Nak solat pun kepala lutut terketar-ketar. Makan memang tak masuk langsung. Minum apatah lagi. Datang opis just for the sake of attendance sedangkan most of the time saya hanya tidur di surau dan di meja saya! Dek kerana ketidaklaratan melampau tersebut, saya terpaksa berhenti mengepam di opis. Saya masih jinjing breastpump dan coolerbag saya ke opis seperti biase, tapi saya hanya pulang dengan botol-botol kosong sebab saya tak mampu nak mengepam.

Dan masuk minggu ni, dah 3 minggu saya tak bawak peralatan mengepam saya. Mula-mula rasa sangat janggal dan pelik tak bawak benda-benda tu semua. Danish pun saya tak kirimkan lagi dengan fresh EBM ke taska sejak stok yang berbaki 3 botol tu saya gunakan. So, waktu siang, saya hanya bekalkan Danish dengan pelbagai makanan seperti buah, roti, biskut, air milo, air kotak, fresh milk, solivite, vitagen etc etc. Dan Alhamdulillah, die okay jek. Tapi…dari saat saya sampai je ke taska untuk ambil die balik ke rumah dan pada waktu malam sampai la ke pagi esoknye, Danish masih lagi menyusu susu ibunye. Danish akan menyusu sepuas hatinye dan saya sendiri sangat gumbira melihat dia masih mahukan susu saya yang hanya tak seberapa titik bakinye…

Tapi, sejak saya alahan ni, saya selalu sangat MC dan amik cuti. Boleh kata setiap minggu ade je hari-hari yang saya memang tak mampu nak ke opis. Mungkin saya rugi sebab tak dapat ke opis dan melaksanakan tanggungjawab saya seperti biasa. Tapi, lookingย  at the positive side of it, setiap kali saya MC or bercuti, saya berpeluang untuk direct feeding Danish di waktu siang! Dan ianya lebih menggembirakan saya dan saya sangat gembira kerana di dalam kesulitan dan di dalam keadaan saya yang tidak berdaya mengahdapi alahan yang teruk, ALLAH swt memberi saya peluang untuk saya susukan Danish di waktu siang! Syukran YA ALLAH….

Oklah…setakat ini dulu saya kongsikan kisah penyusuan saya semasa hamil…jika masih ada qudrat untuk saya bercerita lagi, akan saya typekan entry untuk perkongsian kita bersama selepas ini…bye kawan-kawan! ๐Ÿ™‚

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

26 Comments

  1. Dania April 8, 2011
  2. along April 9, 2011
  3. mamajong April 10, 2011
  4. mama-miya April 11, 2011
  5. amirah April 11, 2011
  6. ujee April 11, 2011
  7. ida April 15, 2011
  8. Che da April 26, 2011
  9. mama2Q May 1, 2011
  10. put3 May 10, 2011
    • Harlinda Halim May 11, 2011
  11. azimah July 29, 2011
    • Harlinda Halim July 29, 2011
      • azimah July 29, 2011
  12. mommy reem October 3, 2011
  13. jivebumz March 13, 2012
  14. ida June 4, 2012
    • Lynn June 12, 2012
  15. umi June 6, 2012
    • Lynn June 12, 2012
  16. zuhaini August 14, 2012
  17. mija san September 5, 2012
  18. Feeda February 18, 2013
  19. mar February 23, 2013
  20. Eqa Zulaikha August 15, 2014
  21. fatehah December 10, 2017

Leave a Reply to Harlinda Halim Cancel reply

*