Meh nak update sket cerita tentang buah hati intan payung gunung meletop mak sorang tu…Danish dah berusia 10 bulan (OMG!!! Time flies soooo fast man!). Dah ade 6 batang gigi – 4 batang di atas, 2 batang di bawah. Sangat macho tatkala tersenyum…bisa cair dong melihatkan senyuman semanis gule melaka tue..ehehehe…
Since saya dah start intro animal protein kat die since last month, for this month saya bagi die makan ayam lak. Ni yang nak cerita nie… Resepi Bubur Goreng Danish! Baunye sungguh menusuk kalbu! Rasenye sedap la kot Danish nooo… Cume kalau org tua makan nak bagi sedap kene buh garam la. Nah…pada mommies yg anak dah umur 8 bulan ke atas boleh la cube resepi ku ini…. Yum! yum! =)
Bahan-bahan (basah) :
1) Bubur nasi yang dah ditanak
2) Bawang Merah seulas (hiris halus)
3) Bawang Putih seulas (tumbuk sket)
4) Minced Chicken / Beef
5) Frozen peas / mixed veggie (rendam dulu supaya lembut)
6) Celery (chopped)
Rempah Kering :
2) Kayu manis (1-inci)
3) Bunga cengkih (2-3 batang)
4) Lada hitam (3-4 biji)
Cara-cara memasak :
Masak bubur dulu sampai siap. Panaskan minyak bunga matahari atau olive oil di dalam kuali. Bila minyak dah panas, masukkan kesemua rempah kering, bawang merah & bawang putih kedalam kuali dan tumis selama 1-2 minit.
Setelah naik bau, masukkan minced chicken/beef ke dalam kuali dan gorengkan sehingga ayam betul-betul masak (around 3-4 minit).
Setelah ayam tadi betul-betul masak, masukkan kacang peas/mixed veggie dan chopped celery dan goreng sehingga lembut. Bila dah lembut, masukkan bubur nasi yg telah ditanak tadi. Gaulkan sehingga rata kesemua bahan-bahan kat dalam kuali tadi dan boleh tutup api. SIAP! =)
Kalau baby tak banyak gigi lagi or baby masih tak pandai nak kunyah kacang peas/mixed veggie, ubahsuai sket cara masak bubur goreng nie. Instead of masak bubur, masak nasik biase. So, campurkan nasi biase dalam kesemua bahan-bahan yg dah ditumis & digoreng tadi and then bile dah siap masak, anda boleh blend bagi hancur sket bubur goreng nie. Jangan lupe buang dulu kesemua rempah kering ye before blend!
Selamat mencoba kay!
Latest posts by Harlinda Halim (see all)
- 5 Remedi Alami Ini WAJIB Ada Di Dapur Setiap Rumah - September 22, 2015
- Anak Kerap Sakit? 10 Superfood Ini Bantu Anak Jadi Lebih Sihat! - September 7, 2015
- 11 Cara Rawat Batuk & Selsema Anak Di Rumah Tanpa Ubat - September 4, 2015
Salut ngan lyn la bab jg baby nih. mane lyn amek resepi yek? anak Ina br 6mo. br2 nk blaja makan. n tgh cari2 resepi for my boy. 🙂
nk kuar sikit dr tajuk.
semlm kwn Ina ada ckp Ina ni tlalu cerewet dlm bab2 botol susu anak. tkejut gak. ingatkan nk la share citer2 psl penjagaan anak ni. bpa botol la, jangka hayat botol la, bil botol la. last2 kita plak yg kena. tp fahamla sbb dia x BF her son. logik la dia xpaham.
tp bengang + pelikla kenyataan mcm tu.
xpe la dia sekapal. 😉
sori la lyn, xtau la nk ngadu kt sape. hahahaha
sedap2…anak tak makan mak makan lebih…hehe
ina : tu la..kalau org yg x BF mmg akan ckp kite ni fussy sgt bab2 kebersihan la, ape la…sepatutney, penggunaan susu formula perlu lebih cerewet sbb jika dibandingkan dgn susu ibu, susu formula tidak ade antibacterial properties… =)
suzura : hehe..tu la..sbb x cukup rase je maknye tak abeskan!
Lynn…mmg best resepi ni..akan akak cuba nanti..hehe..thanks Lynn.. 😉
Kak Hasmah : Cuba kak, jangan tak cuba! =)
Lin….
Baby Chot nak masuk 6 bulan…
Chot nk start bg solid la kan…
Chot nak follow la resipi puree lin…cuma nak tanya, kalau kita bekukan puree tu, adakah khasiatnya akan hilang?
Hmmm..sedapnya..nak cubalah nanti resepi ni..thanks lyn.
Wow. I came here to look at the recipe and then in the comments i find sweeping statements made towards non-bf parents. Please la ye. SOME of you bf mommies think that you’re so much better than those of us who don’t. You know what? You should bersyukur that Allah (dengan usaha) izinkan u bf your child bukan look down on the rest of us. “faham la sebab she tak bf her son” “orang tak bf ni memang akan cakap kita fussy bab kebersihan” so sickening. Pandainya buat general statement. You don’t know their struggles, you don’t know how hard some of them tried and how it didn’t work anyway. Fyi, I am a formula mom who struggled so hard to bf her child to the point where i got postpartum depression. I spent years trying to get over the fact that i didn’t bf my first child. It’s comments like these that made me fall deeper into my depression. Reading comments by ignorant, arrogant bf mothers who think that because they’ve been given the gift of bf, they can look down on us. Oh yes, I spent days reading up on which bottles to use and I make sure to clean them very well and sterilise each day. But omg i’m not a bf mom! Surprise, surprise! Check yourselves please. Don’t be so discriminatory towards people who are different from you and make different choices whether they made them freely or were forced. We all do the best we can for our children. Jangan sampai Allah tarik nikmat baru nak sedar. Kbye.
Assalam sis Ariana..
Hye, pertama-tama sekali saya nak ucapkan salam perkenalan ikhlas dari saya sebagai penulis blog.. 🙂
Saya just nak mohon maaf di atas komen yang saya buat 5 tahun lepas sekiranya komen tersebut mengguris hati sis. Sejujurnya saya pun tak ingat dah komen saya tu. Sebab entri blog ni saya tulis lama sgt dah…
Saya tak berniat nak KUTUK non bf mom PENGOTOR etc. Cuma statement saya pada masa tu sebenarnya menuju kpd a few frens saya di pejabat yang ada mempersoalkan ttg kebersihan pengendalian susu perahan semasa di pejabat.
Dan, masa saya tulis entri ni, saya adalah seorang ibu beranak 1 yg sgt passionate ttg breastfeeding dan saya sgt suka berblogging. Masa tu blog saya ni taklah popular pun. Ade la 3-4 orang yg rajin baca.
Saya tak sangka blog saya jadi agak popular utk golongan ibu2 yg mencari ilmu breastfeeding selepas2 tu. Dan jadi bahan rujukan dan panduan mereka. Bila baca gaya penulisan saya 5 tahun lepas, saya sendiri dpt rasakan kepoyoan saya masa tu.. 😉
Saya sekarang dah ada 4 orang anak. Malah dah lalui macam2 pengalaman berharga dalam menyusukan anak. Ada yang berjaya bf sampai 2 tahun. Ada yang tak berjaya bf atas sebab kesihatan.
Jadi, saya totally faham apa perasaannya sbg non bf mom. Komen saya tu pun sikit pun tak de MENGUTUK non bf mom. Tak pasti saya kenapa sis sangat terasa di situ.
Apa-apa pun, saya minta maaf & saya doakan agar sis & keluarga dipermudahkan segala urusan khususnya dalam membesarkan anak-anak sis.
Pendirian saya sbg seorang IBU, tak kisah lah samada kita bf atau tak bf anak kita, saya percaya SEMUA IBU DALAM DUNIA INI NAK BUAT YANG TERBAIK UNTUK ANAKNYA. Semoga kita jadi ibu-ibu yang sentiasa dapat petunjuk & rahmat dariNya dalam usaha menjaga amanah yang Allah Taala kurniakan pada kita…
InsyaALLAH..Ameen.. 🙂 🙂