Resepi Aglio Olio Mudah & Sedap!

RESEPI

Assalamualaikum wbt & selamat petang buat semua sahabat-sahabat saya yang tersayang.. 🙂

Okay…hari ni saya nak “share” satu resepi yang menjadi kegemaran saya. Tak pernah jemu saya makan makanan ni. Memang kena sesangat dengan tekak saya resepi ni tau.. 😉

Resepi yang saya maksudkan tersebut ialah AGLIO OLIO! (dah sebut pun dalam tajuk “post” di atas sana..hihi…).

Saya sangat suka Aglio Olio kerana ianya kaya dengan rasa bawang putih yang wangi dan enak. Tambah-tambah bawang putih ni memang sangat bagus dengan sifat ANTIBAKTERIA & ANTIVIRUS nya. Dan bawang putih adalah “NATURAL ANTIBIOTIC” yang sangat “powerful” dan selamat kerana ianya makanan semulajadi.

Walaupun khasiatnya berkurangan apabila dimasak, sekurang-kurangnya ianya masih berkhasiat juga dan sangat bagus untuk tubuh badan kita.

Okay, cukup dengan khasiat bawang putih tu ye. Let’s get cookin’! 😉 

BAHAN-BAHAN :

❤ Pasta (Spaghetti atau Spirals)

❤ 9 ke 12 ulas bawang putih (dicincang halus…saya cincang guna Slap Chop. Senang sangat!)

❤ 2 tangkai Cili Api (dipotong kecil-kecil)

❤ Udang /  Ayam / Daging (ikut kesukaan kalian atau apa yang ada dalam peti ais)

❤ Minyak Zaitun a.k.a Olive Oil 

❤ “Homemade Chicken Stock” (*optional)

❤ Parmesan Cheese (*optional)

❤ Garam 

❤ Kuali Ajaib / Sauce Pan

CARA MEMASAK :

1. Panaskan air dalam periuk hingga menggelegak dan masukkan spaghetti. Tambahkan 1 – 2 sudu kecil garam ke dalam periuk. Apabila sudah masak, toskan. Tempoh memasak adalah mengikut arahan yang tertera pada “packaging” pasta ye…

2. Panaskan kuali pada suhu sederhana

3. Tuangkan minyak zaitun (EVOO) secukupnya. Banyak tak apa. Sebab EVOO is good for our health… 😉

4. Bila, minyak sudah panas secukupnya, masukkan bawang putih yang sudah dicincang. Kacau sehingga bawang putih nampak kekuningan.

5. Masukkan Cili Api dan gaulkan.

6. At this stage, saya selalu masukkan air sedikit atau “homemade chicken stock” dalam 2 – 3 sudu besar. 

7. Masukkan Udang /  Ayam /  Daging dan kacau sampai masak secukupnya.

8. Bila udang /  ayam /  daging sudah cukup masak, perlahankan api dan bolehlah dimasukkan pula pasta yang sudah direbus tadi dan gaul semuanya dengan sempurna. Kalau nampak macam kering, boleh tambah sikit minyak EVOO tadi ye.

9. Tutup api dan taburkan Parmesan Cheese ke atas Aglio Olio tadi…

10. SIAP dan boleh MAKANNN! Yummsss! 🙂 🙂

Nah..saya share 2 – 3 keping gambar Aglio Olio hasil air tangan saya… 😉

Prawn Aglio Olio

Prawn Aglio Olio

Beef Aglio Olio

Beef Aglio Olio

Chicken Aglio Olio!

Chicken Aglio Olio!

Hmmm…acaner? Sedap tak rupanya? 😛

Kepada yang belum cuba resepi ni, sila silah lah mencuba ye. Kepada yang dah “expert” mohon kongsi resepi kalian dengan saya boleh? Boleh lah saya cuba resepi yang berbeza pula lepas ni… 🙂

Okaylah…cukup dulu buat setakat ini. InsyaALLAH, nanti saya kongsi resepi-resepi lain yang saya “expert” ye. Jemput makan! 😀

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

4 Comments

  1. ros June 26, 2015
    • Harlinda Halim July 30, 2015
  2. olie September 10, 2015
  3. anis February 25, 2018

Leave a Reply to olie Cancel reply

*