Posisi-posisi penyusuan

Dear my beloved friends,

Okay…entry saya yg ke-2 hari ni akan menerangkan tentang posisi-posisi penyusuan. Ade pelbagai posisi yg boleh kita aplikasikan mengikut KEADAAN & KESELESAAN kite. Mengikut KEADAAN means di mana kita sedang berada (rumah, shopping mall, kenduri kawen etc) dan KESELESAAN means posisi bagaimanakah kite rasa lebih mudah, selesa dan tidak memenatkan or menyakitkan mana-mana bahagian badan kite seperti terpaksa membongkok, menyenget dsb.
Basically, terdapat 5 posisi yang lazim di praktikkan oleh mommies yg menyusukan baby. Di sini saya sertakan ilustrasi bergambar untuk memudahkan pemahaman kawan-kawan sekelian…
1) Cradle hold / mendukung

2) Cross cradle hold / Mendukung bersilang

3) Football hold / mendakap
4) Lying down/ berbaring
5) Tandem
Okie…meh saya terangkan sket tentang posisi-posisi di atas mengikut experience saya yg best ni :-
CRADLE HOLD
This is the the most common way of holding your baby while nursing. Kire bg saya cara ni adalah cara paling natural seseorang ibu akan pegang baby utk disusukan. Sebab ape sy kate natural ialah masa 1st time saya susukan Danish, tanpa perlu diajar saya terus angkat die and pegang die cara ni. Tapi misi kat hospital tu ade la jugak la betul-betulkan sket cara saya dukung di supaya lebih secure. Dan cara ni saya praktikkan di dalam hampir kesemua keadaan samada saya di rumah, shopping mall, kenduri, umah sedara dan lain2 tempat. In terms of keselesaan –> SANGAT SELESA!
CROSS CRADLE HOLD
Posisi ni plak saya belajar melalui buku. Saya cube praktikkan semasa di dalam pantang. Tetapi kadang-kadang je buat sebab lebih selesa dgn cara cradle hold. Posisi ini sesuai untuk ibu-ibu yg mempunyai saiz payudara yg agak besar ye. Tapi yg “agak kecil” pon bleh gak…
FOOTBALL HOLD
Yg ni pun pnah gak cube buat. Tapi agak sukar tanpa bantuan nursing pillow/bantal menyusu. Sebab kite kena alas baby dengan bantal yg diletakkan di bahagian tepi badan/bawah ketiak kite supaya baby berada sama level dengan breast. And then kite kene kepit badan baby kat bawah ketiak, pegang kepalanya and halakan mulutnye ke breast. Teknik ini sesuai dipraktikkan oleh ibu-ibu yg melahirkan baby secara caeserian untuk mengelakkan bahagian perut tidak tertekan oleh berat baby.
LYING DOWN
Haa kawan-kawan..this is my FAVOURITE POSITION! Boleh kata sepanjang berada di rumah, saya akan susukan Danish dgn posisi ini. Sangat selesa! Benefitnye kite menyusukan baby cara ni ialah kite boleh co-sleep atau berehat sekali dgn baby. Tambahan pula, selepas balik kerja, saya akan mandi, solat dan tidurkan Danish terlebih dahulu sebelum melakukan house chores yg lain. So, saya akan susukan die sambil co-sleep dgn die dan bangun semula apabila die dah tidor nyenyak.
TANDEM
This one is applicable for mommies yg ada twins or mommies yang ada toddler yg masih menyusu dan bayi yg baru lahir. Contohnye Kak Sue (Lunatots) yg baru je dpt baby comel seminggu yg lalu.
In conclusion frenz, try to experiment kesemua position dan cuba kenal pasti posisi yang mana paling selesa dan mudah untuk diaplikasika mengikut keadaan, tempat dan keselesaan. Samada kite menyusukan si manja kite di rumah atau di tempat awam tidak akan menjadi masalah. If kite berada di tempat-tempat awam spt shopping mall atau di kenduri kawen sbg contoh, boleh pergi ke nursing room yg disediakan atau tumpang le bilik-bilik yg ade. Kalau mahu lebih senang dan stylish, boleh gunekan nursing cover yg byk di jual di online shop. Bestkan jadi mommies alaf baru ni? Kesimpulannye, HENDAK 1000 DAYA, TAK HENDAK 1000 DALIH. Tiada lagi alasan bagi ibu-ibu zaman sekarang untuk tidak menyusui anak sendiri….
SELAMAT BER”EXPERIMENT” YE KENGKAWANKU! =)
Gambar ihsan dari  www.babycenter.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

4 Comments

  1. mia Abdul Rahman December 8, 2009
  2. harlinda halim December 9, 2009
  3. umeboshi December 9, 2009
  4. harlinda halim December 9, 2009

Leave a Reply to harlinda halim Cancel reply

*