“Jika diperhatikan, di dalam al-Quran ada 300 ayat yang bermula dengan perkataan ‘Wahai Nas’ yang diturunkan pada zaman jahiliah di Makkah, manakala hanya 82 ayat yang bermula dengan ‘Wahai insan’ yang diturunkan di Madinah. Ini menunjukkan manusia ‘insan’ yang bercirikan kemanusiaan kurang berbanding manusia ‘nas’. Malangnya, manusia hari ini semakin tergolong ke dalam manusia ‘nas’,” katanya yang menyampaikan ceramah bertajuk Menjamin Sahsiah dan Hubungan Sesama Manusia .
Beliau berkata, jenayah yang dilakukan masyarakat hari ini jauh lebih buruk daripada masyarakat jahiliah. Sungguhpun mereka dikenali kerana kekufuran, pada zaman berkenaan tidak ada bapa yang merogol anak sendiri atau membuang bayi yang dilahirkan ke merata tempat.
Tahap ‘kebinatangan’ mereka tidak seteruk masyarakat hari ini kerana mereka tidak memberikan bayi mereka dengan susu binatang lain.
“Peranan ibu yang utama ialah menyusukan anak dengan susu badan seperti yang ditentukan dalam al-Quran. Ini sudah ditunjukkan ibu Nabi Muhammad, Aminah. Selepas lapan bulan Muhammad dilahirkan, susu Aminah kering, tetapi dia tidak terfikirpun untuk menggantikannya dengan susu kambing yang banyak di rumahnya.
“Sebaliknya, Aminah lebih sanggup mengupah Halimatusaadiah untuk menyusukan Muhammad. Melalui kisah Aminah, Allah sengaja hendak mengajar umatnya bahawa wanita lain boleh menyusukan anak orang lain dan mereka digelar ibu susuan yang haram berkahiwn dengan anak dan saudara daripada ibu susuan tadi. Syaratnya, mereka perlu disusukan sehingga kenyang,” katanya.
Ada rahmat terselindung di sebalik persoalan, mengapa susu manusia terlekat pada dada berbanding binatang lain. Ini bagi memudahkan ibu memeluk bayi sewaktu menyusu di mana pelukan ini akan menjana sahsiah si anak dan mengukuhkan ikatan ibu anak.
“Sedangkan haiwan juga ada sifat keibuan dengan sanggup menyusukan anak mereka. Mengapa manusia tidak sanggup, malah tergamak memberikan susu haiwan lain kepada anaknya? Ibu bapa yang memberikan anak susu lembu dan anak membesar menjadi jahat, ibu bapa itu akan dipersalahkan dunia dan akhirat,” katanya.
Anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, tetapi kedua ibu bapa menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Terpulang kepada ibu bapa untuk memilih yang terbaik buat anak mereka.
Latest posts by Harlinda Halim (see all)
- 5 Remedi Alami Ini WAJIB Ada Di Dapur Setiap Rumah - September 22, 2015
- Anak Kerap Sakit? 10 Superfood Ini Bantu Anak Jadi Lebih Sihat! - September 7, 2015
- 11 Cara Rawat Batuk & Selsema Anak Di Rumah Tanpa Ubat - September 4, 2015
masa mengandung anak sulung dulu, pakar laktasi ada cakap benda yang sama.. dan itu lah kekuatan saya untuk menyusukan anak-anak saya sehingga kini.. semoga lebih ramai ibu-ibu menyusukan anak mereka supaya anak-anak melayu Islam kita mempunyai sahsiah yang hebat.. amin.. thank you for sharing this info..!
p/s: minta izin nak copy artikel nie.. saya kreditkan nama linda & blog sekali..
Nur Faziha…
Betul tu…kadang2 kite x terpk akibat dr ape yg kite amalkan sbb kdg2 x cukup info kan…yg penting bile kite dh taw, kite sebarkan info yg berguna camni pd org lain…
Semoga "perjuangan" kite mommies utk BF anak akan di[ermudahkan ALLAH SWT…AMIN…
thumbs up for this article. really inspired me to bf my future baby :-p
ummi_fizah : Alhamdulillah..let us support breastfeeding! =)
Salamunalaikum w.b.t.
Saya pernah mendengar ceramah daripada Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz mengenai hal ini. Kalau tak silap saya, KalamuLLAH yang menyebut panggilan ‘insan’ ada 93 kali dan ‘nas’ pula sebanyak 272 kali…
maaf jika ap yg sya katakan menyinggung perasaan ibu2…
tp x baik la kita menyalahkan sepenuhnya ibu2 yg berikan susu lembu pd anak2 mereka…
hanya mereka yg tahu ap mslhnya…
sya yakin stp ibu pasti ingin susukan ank mereka sendiri dgn susu ibu…
kata2 anak2 akan ikut perangai binatang sebab minum susu lembu sgt2 kasar…
jujur sya katakan…sya juga minum susu lembu ketika kecik…
adakah perangai sya seperti binatang?
hanya Allah shja yg berhak menilai hambanya…
berpada-padala ketika berbicara…
janganla smpi menyinggung perasaan ibu2 lain
Assalam sis Azizah… 🙂
Terima kasih atas komentar…cuma saya nak perbetulkan di sini..artikel ini tidak ditulis oleh saya. Saya sekadar berkongsi artikel ini untuk bacaan ramai. Artikel ini ditulis oleh Halina Mohd Noor. Saya sendiri tidak bersetuju 100% dengan isi kandungan artikel ini. Cuma saya mahu pembaca mengambil point2 tertentu dr angle yang berbeza mengenai isu2 penyususan. Diaharap sis Azizah tidak tersinggung dengan saya ye… 🙂