Taraaaaa! π
Uishhh..dah lama siap my SOHO nih tapi tak berkesempatan nak update di blog. Finally my SOHO siap diarrange dan dikemas juga. Tak lama pun ambil masa nak kemas. Cuma bila dah mula mengemas, habis satu rumah saya kemas sekali! Alang-alang kan… π Last-last kerja yang boleh siap 2 hari jadi 2 weeks. Sebab semua sudut dalam rumah saya “kerjakan”. Mode terlebih rajin lah pulak…hihi..
Okeh…meh kita cuci mata. Ini gambar sebelum SOHO ini disempurnakan sifatnya :
BEFORE
Okay…nampak tak both my little assistants sangat setia “membantu” saya dalam proses menyusun atur my SOHO? π Anak-anak pun excited macam Omaknye juge kekdahnye… π
Setelah 2 weeks tak berhenti mengemas rumah, maka barulah saya ready nak snap picture of my simple SOHO ni…puas hati sebab akhirnya saya dapat ber”SOHO” secara proper. Tak macam sebelum ni. Menumpang di sudut-sudut rumah yang tak sepatutnya. Tak manis dipandang mata gitu. Nak buat kerja pun tidak selesa…hihi..poyo je…Β
Inilah dia my SOHO yang simple dan best itu. Best itu adalah bagi saya dan mungkin juga bagi anda juge… π
AFTER
Actually SOHO saya adalah merangkap my secondary sewing area. Sebab senang nak buat kerja-kerja memotong kain kat satu bahagian meja tu instead of memotong kain di dining table seperti sebelum ni.
Ramai yang tanya, saya beli perabot SOHO ni dimana. Yang pastinya saya tak beli di IKEA. Sebab kat IKEA tak de meja design begini. Saya beli perabot-perabot ni kebanyakkannya di kedai-kedai perabot sekitar area KL. Macam-macam tempat. Ada juga barang-barang IKEA saya buat tambah-tambah macam wooden rack, table lamps dan Antonius shelves tu confirm dari IKEA. Tapi meja L Shape dan bangku putih merah kesukaan saya tuΒ saya beli di kedai lain.
As for the total cost untuk saya buat proper SOHO begini, tak sampai 1k pun ye kalian. Saya ni jenis boros juga kadang-kadang. Tapi kali ni berjaya berjimat dengan membeli barang-barang yang harganya berpatutan tetapi cantik dipandang mata saya sendiri…hihi…
Okay, breakdown for the cost Β adalah seperti di bawah :
1) Meja L Shape – RM580
2) Bangku Putih/Merah – RM120
3) Wooden rack IKEA (2 pcs) – RM27
4) Lampu Merah & Hitam from IKEA – RM39.90 & RM19.90
5) Antonius Shelves – >< RM100
That’s all! Total cost RM800++ sahaja. And this cost in ONE TIME only. Apa salahnya melabur untuk kebaikan bisnes sendiri dan keselesaan kita kan? After all, kita yang nak berkerja dengan selesa dan we need our own sweet time to really focus doing our business at a proper place.
Yang pastinya saya sangat lega dan terrrrsangatlah happy bila dah ada proper SOHO begini…my dream of having my very own proper SOHO has finally came into reality! π Syukur YA ALLAH… Semangat nak buat kerja dengan bersungguh-sungguh pun sentiasa membara bila dah ada SOHO begini. Mudah-mudahan semangat bekerja dan berusaha akan lebih kuat dengan adanya SOHO saya ni. InsyaALLAH….doakan saya ye kawan-kawan? π
Jadi kalian, apa lagi…jum! BerSOHO kita! π

Latest posts by Harlinda Halim (see all)
- 5 Remedi Alami Ini WAJIB Ada Di Dapur Setiap Rumah - September 22, 2015
- Anak Kerap Sakit? 10 Superfood Ini Bantu Anak Jadi Lebih Sihat! - September 7, 2015
- 11 Cara Rawat Batuk & Selsema Anak Di Rumah Tanpa Ubat - September 4, 2015
so lovely π
inspired
congrats
TQ so much Pia! π