Assalam & hye! 😉
Mode rajin secara tiba-tiba untuk update blog. ;p
Apa khabar ya semua pembaca blog ni? Samada kalian baca blog ini sebab kalian minat dengan isi kandungannya, suka baca bebelan saya, suka dengan tuannya atau saja-saja baca…itu semua terpulang pada kalian. Apa jua sebab musabab kalian menjengah ke blog ini tidak lah menjadi sebarang isu. Yang penting blog ini masih lagi “dikunjungi” dan tidak sepi. Terima kasih ya kepada pembaca dan juga pengunjung yang dikasihi sekelian… 🙂
Update tentang diri saya sendiri sebagai pemilik dan pengendali blog a.k.a blogger kepada blog ini.
Alkisahnya, saya kini sudah pun 12 minggu mengandung. Sedang melalui fasa-fasa mencabar seorang ibu mengandung iaitu – alahan atau nama lainnya  “morning sickness”.
Ya. Alahan. Sebut sahaja perkataan ini semua ibu-ibu hamil yang pernah dan sedang mengalami situasi ini akan dapat merasakan betapa perit dan “trauma”nya fasa ini. Betul?
As for me, sama sahaja. Saya juga trauma dan berjuang melawan perasaan & juga “ketidakselesaan” yang dialami. Saya cuba bersikap positif setiap masa supaya saya tidak rasa “down” dengan situasi yang sangat-sangat mencabar ini.
Bukan mudah untuk menghadapi tempoh alahan ni ye. Tapi, nak tak nak, kena lalui juga. Dan yang paling perit, TIADA sesiapa yang boleh tolong untuk at least kurangkan alahan ni kecuali dengan berdoa dan terus berdoa. Berdoa agar ALLAH SWT berikan kekuatan untuk mengharungi fasa ini dengan jayanya!
Apa-apa pun saya harap, fasa ini bakal berakhir tidak lama lagi memandangkan saya kini sudah pun 12 minggu  mengandung. Jika diikutkan by 2nd trimester alahan semua ni akan beransur-ansur pergi. InsyaALLAH… Doakan saya ye?Â
Setakat ini sahaja dulu update dari saya. Tak berapa best rasanya update tentang diri sendiri. Nanti saya update tentang perkara-perkara lain yang lebih menareks dan berfaedah ye!
Jumpa lagi dan salamssss! 🙂
Latest posts by Harlinda Halim (see all)
- 5 Remedi Alami Ini WAJIB Ada Di Dapur Setiap Rumah - September 22, 2015
- Anak Kerap Sakit? 10 Superfood Ini Bantu Anak Jadi Lebih Sihat! - September 7, 2015
- 11 Cara Rawat Batuk & Selsema Anak Di Rumah Tanpa Ubat - September 4, 2015
Hi Lynn.. Lamanya tak update blog.. Jengah gak kadang-kadang kot ada entry baru. Hmm.. TAHNIAH dah pregnant anak ke-3 kan. Saya jumpa Lyn masa training HEatpress, masa tu Lyn pregnant anak ke2. Hehe. Hmm. kalau rasa nak try set pregnant Shaklee inform ye. Boleh kurang2kan mual 🙂