How Does Milk Production Work? (Part II)

Salam Rabu To All Mommies…
Okeh..today kite sambung pengajian kite yg seterusnye di bawah topik How Does Milk Production Work – Part II.
Jum kite recall sket tentang pembelajaran kite semalam yeh…Masih ingat lagi tak tentang peringkat-peringkat bagaimana susu ibu terhasil di dalam badan seseorang ibu itu? Ya betul….jawapannye ialah ade DUA ye peringkatnye…PERTAMA, peringkat di mana ianya totally di kawal oleh hormon di dalam badan kite. Dan ini menerangkan mengapa kite mempunyai kuantiti susu yang banyak di awal-awal waktu bersalin. KEDUA, bile susu dah start establish, susu akan terhasil mengikut DEMAND & SUPPLY rule. Di mana pengosongan breast yang KERAP & SEMPURNA yang menjadi faktor pasang surut susu di dalam badan kite ye. Hafal jangan tak hafal ye!
Okie…tipok eh topik arini ialah tentang DUA faktor yang mengawal proses penghasilan susu. DUA faktor tersebut ialah :
1) Feedback Inhibitor of Lactation
2) Prolactin Hormone
Feedback Inhibitor of Lactation (FIL)
Ape kemende la FIL ni yeh…saye ni dak sastera, tak pandai term-term scientific nie. Ehehe..tp takper..saya akan mudahkan topik ni dengan ayat saya sniri yg insyaALLAH boleh difahami kalau tak faham gak tak dapek la den nak nolongnye =). 
Di dalam susu badan kite terkandungannye sejenis bahan yg bernama “whey protein” atau dalam bahasa kamusnye protein dadih. Ehehe..suke-suke haku je wat direct translation! Saya pun tak berapa pasti bagaimana rupenye. Tapi cukup kite cume bayangkan yang kandungan susu kite nie ade sejenis bahan yang bernama whey protein atau yang dipanggil Feedback Inhibitor if Lactation (FIL). 
Peranan FIL ini ialah untuk memperlahankan penghasilan susu di dalam breast kite apabila breast kite penuh. Ini bermakna, penghasilan/produksi susu akan menjadi perlahan apabila ade susu yang banyak dalam breast kite. Sebaliknye, bile selepas breast di kosongkan dan susu berkurang di dalam breast, FIL ini akan mempercepatkan penghasilan susu bagi tujuan mengisi kantung-kantung (alveoli) susu yang kosong tadi.
Juz imagine macam ni. Bile susu penuh dalam breast, FIL ni akan akan memperlahankan penghasilan susu masuk ke kantung-kantung susu kerana susu yang ada dalam breast tu dah overload and tak muat nak masuk. Tapi bile kantung-kantung tu kosong (selepas breast diperah atau dipump) banyak kan ruang untuk susu masuk dan FIL akan memepercepatkan proses membuat susu untuk re-fill balik kantung-kantung tu tadi. Ermm..faham ke??? Hopefuly faham la ye… =)
Prolactin Hormone
Hormon Prolaktin WAJIB ade dalam proses produksi susu ibu. Kerana dengan kehadiran prolaktin lah susu terhasil. Secara ringkasnye, apabila susu kerap diperah dan di pump pada awal-awal kelahiran akan menyebabkan pertambahan receptor prolaktin. Apabila receptor prolaktin banyak, akan lebih banyak hormon prolaktin yang masuk kedalam sel alveoli dan proses inilah yang menyebabkan susu seseorang ibu itu menjadi banyak.
Secara ringkasnye begini…
* FULL
Breast
 =  SLOWER
Milk
Production
* EMPTY
Breast
 =  FASTER
Milk
Production
Perlu diingatkan secara serius ya…susu kite SENTIASA dihasilkan. Di mana kadar kecepatan penghasilan susu itu bergantung kepada keadaan breast itu sendiri, samada kerap dikosongkan atau tidak. The more milk in the breast, the slower the speed of milk production.
Untuk mempercepatkan penghasilan susu dan MENINGKATKAN penghasilan susu sehari-hari, kata kuncinye ialah –> TO REMOVE MILK FROM THE BREAST AND TO DO THIS QUICKLY AND FREQUENTLY. Pengosongan breast yang KERAP iaitu dalam tempoh yang singkat contohnye dalam tempoh 2 jam dan paling lama 3 jam sekali adalah sangat PENTING!
* EMPTY
Breast
 =  FASTER
Milk
Production
Okeh…PETUA SEBENAR untuk meningkatkan susu badan ialah –> Mommies kena aim untuk MENGOSONGKAN breast SEKERAP mungkin sepanjang hari. Jangan terlalu risau dengan amount susu yang dipump, kerana dalam masa 1-2 weeks kite pasti akan nampak perubahan. Kena banyak bersabar ye…
Cara-cara nak kosongkan breast dengan SEMPURNA & KERAP:
1) Pastikan bayi menyusu secara efisien;
2) Urut payudara dan buat teknik breast commpression;
3) Offer kedua-dua payudara dalam satu-satu sesi penyusuan. Tunggu bayi habis menyusu sebelah payudara terlebih dahulu sebelum offer sebelah lagi. “Switch Nursing” membantu jika bayi tidak mengosongkan breast secara efektif;
4) Pump selepas bayi menyusu.
Haaa…tu lah ceritanye…hopefuly uols semua faham lah ye dengan penerangan saya untuk kedua-dua Part I & Part II topik ini. Dan saya harap dengan entri ini saya dapat membantu untuk memberi pemahaman kpd anda semua tentang bagaimana susu dihasilkan dalam badan kite sendiri.
Ok kengkawan..saya nak pump for the second session! Jum pump same2! =)

Source from : www.kellymom.com 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

4 Comments

  1. IbuAzroy May 13, 2010
  2. harlinda halim May 13, 2010
  3. nai May 13, 2010
  4. ayu May 14, 2010

Leave a Reply to harlinda halim Cancel reply

*