Going Sew Crazy!!! :D

Hola everyone! πŸ˜€

Saje nak kepohchi dalam blog plak…sebelum ni saya kepoh2 kat FB je tentang my new activity a.k.a hobby nie. Asik2 update kat FB tentang projek2 baru. Hehehehe….

Di samping sebuk jaga anak-anak, berbisnes & main FB hari-hari, saya telah terjebak ke satu dunia baru yang sangat-sangat awesome! πŸ˜€ This is what i really wanna do since i was a teenager. So sekarang saya dah dapat peluang keemasan itew…hihihi. Yes..yes…rasanya uols semua dah taw kannn? Ya betoi..betoi…saya sekarang sangat GILA MENJAHITTT! πŸ˜€

Menjahit..menjahit..menjahit…perkataan ni dok ulang-ulang dalam kepala otak saya since saya Β jadi WAHM nie. Setelah berfikir-fikir dan dok hint-hint my hubby, finally i bought my very 1st sewing machine in January this year! Yeay 10000x! πŸ˜€ πŸ˜€ πŸ˜€ Dulu kan masa mula-mula kawen, saya nak beli mesin jahit portable Singer, hubby tak bagi tawww…berkubur je harapan nak menjahit masa tu…

Akceli dari bulan 12 tahun lepas saya hint-hint hubby supaya belikan saya mesin jahit portable jenama Brother NV50 sebab saya ala-ala jatuh chenta at the very 1st time i saw that machine. Comeyl gitu…pastu functionnye not bad la kan. Tapi sebelum saya proceed dengan step membujuk-rayu hubby untuk belikan mesin itu, saya terfikir….lebih baik saya consult Mak saya snirik bab-bab mesin-mesin nak menjahit nie…she is an expert…so better dapatkan opinion from her kannn…supaya tidak menyesal di kemudian hari… πŸ˜‰

Okeh, meh saya story serba sedikit tentang my mom nih… Mak saya adalah seorang tailor di kampung saya. Kalau dikira-kira, Mak saya dah jadi tailor hampir 20 tahun lah camtu. Lama lah tu kan??? Dan al-kisahnye saya merupakan Assistant Mak saya sedari usia saya 14 tahun! Wawawa….hebat tak saya? Hehehehe…. Dolu-dolu Mak saya ambil tempahan menjahit baju kurung, baju melayu, langsir, cadar etc etc. So, untuk hat yang baju kurung tu kan saya jadi tukang sembat dan jahit mata lalat tang leher tuh. Β Uols tahu tak nie apa itu “mata lalat”??? Mesti taw kan…. Alaaa…jahitan corak-corak macam kuih karipap kat leher baju tuuu…comeyl taw kalau ade mata lalat tuh…Contoh macam dalam gambar kat bawah nie…

Gambar saya google…minta ijin ye owner of this pic! πŸ™‚

Nak diringkaskan cerita saya dapat upah RM3.50 untuk sehelai baju. So time raya mokcik Lyn ni la yang paling kaya di antara adek-badek yg lain sebab diorg semuaaaa x taw camne nak jahit mata lalat nih. Hihihi…bayangkan yeh…10 pasang baju dah RM35.00. Time raya Mak saya amik tempahan ada la dalam 100++ pasang baju….tapi bukan semua la nak mata lalat kan. Ada yang nak tekan mesin jek, ada yang nak tulang belut. Hat yang due tu saya x taw buat. So, buat mana-mana yang nak je la…hehehe. Banyak tak banyak la kan..saya pernah dibayar upah RM100 ++ untuk upah jahit mata lalats jek. Zaman tu, untuk budak-budak hingusan cam saya nie, dah kaya-raya la kan. Hihihi…tapi berbaloi la dengan usaha saya. Tidor kul 3 paga dok jahit mata lalat tu. Lepas Subuh sambung lagi sampai kul 2 ptg tak mandi-mandi kekdahnya. Demi nak menyiapkan tempahan yang berlambak-lambaks…kalo tak siap kena marah taw dengan Mak!

So, itulah kisahnye…actually Mak saya masih menjahit lagi sekarang. Tapi dah tak seligat dulu la. Mak saya dah malas nak amik tempahan menimbun cam dulu kala. Sebab sejak balik dari Mekkah & dah bercucu ni, Mak saya lebih fokus untuk attend kelas mengaji jek. Banyak tul aktiviti mengaji yang Mak saya pegi. Baghdadi la, Ustaz Nazri la, Ustazah Hani la, Ustazah Zaiton la…tu tak masuk lagi aktiviti bertadarus kat umah lagikkk…hehehe. kadang-kadang saya pun kagum dengan Mak saya snirik. Sekarang nie Mak saya lagi terror tajwid & hukum-hakam Al-Quran dari saya! Alhamdulillah…I am sooo happy for her! πŸ™‚

Disebabkan ketidakaktifan beliau menjahit, maka segala mesin jahit yang ada dalam bilik jahit kat kampung tu, tak berusik la sangat. Mak saya ada 3 mesin jahit hi-speed/industry. 2 darinya mesin jahit lurus & 1 overlock machine (mesin jahit tepi). So, setelah saya consult Mak saya, beliau pon bagi la opinion beliau mengenai mesin jahit semua-semua nie. According to my mom la kan, bukan tak elok beli sewing machine yang portable tu. Cuma dari segi daya tahannya dan yang worth for money for a long term period, Β better beli mesin jahit industry terus. So, she offerred me to buy one of her machine. Haha! Apa lagi..pucuk dicita ulam mendatang! Saya tanpa pikio panjang terus agree! Hihihi…

Sebelum dihangkut ke KL, saya panggil Apek sorang ni, tokey kedai mesin jahit kat Teluk Intan datang servis mesin jahit tu untuk saya. Tetiba dia offer beli overlock machine 2nd hand sejibik. Saya lak tanpa pikio panjang sekali lagi, sambar terus seketul mesin jahit tepi. Harga??? Huhuhu…saya rahsiakannnn…. πŸ˜‰

So itulah alkisahnye…maka saya nie dah ado 2 bijik mesin jahit hi speed kat umah ni haa…huhuh..terapi jiwa sungguh la dok tengok mesin jahit bersusun sebelah-sebelah kat bilik belakang tuh! Actually, as to date, saya dah jahit macam-macam dah ponn…next time saya update lagi yeh sewing projects saya yang saya dah laksanakan since bulan februari arituh. BESSSSTTTT SANGAT-SANGAT TAWWW! I love sewing very very very much lah! πŸ˜€

The day when the machine arrives at my home… πŸ™‚

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

2 Comments

  1. Q August 13, 2012
    • Lynn August 13, 2012

Leave a Reply

*