BF story in "Gelora di Hati Sara"

Malam kelmarin while packing Danish punye stuff for nursery use, saya menonton drama  “Gelora di  Hati Sara” TV2 pukul 9.30 malam. Actually, saya taklah follow sangat cerita ni. Tapi biasenye, akan “ter”tengok jugak setiap minggu sebab memang saya akan berehat sambil melipat kain or buat kije lain dalam waktu yg sama setiap malam. N’ malam tersebut saya tak larat nak bersolat tarawih sebab saya demam & MC. Kepala pusing & badan rasa lemah semacam. Hmm..x tau lah..puasa tahun ni saya agak lemah sikit. But i still fasting & of course pumping during the day. That is a MUST!

Okay berbalik kepada cerita “Gelora di Hati Sara” tadi. Ada something menarik perhatian saya dan saya nak kongsikan dengan mommies semua. Episod malam tadi menceritakan yang bini no.2 Asrul (lakonan Rosyam Nor), Rina (lakonan Wati Elite) telahpun selamat melahirkan anak sulungnye. Asrul sebagai suami sangatlah gembira sebab dah dapat anak. And untuk pengetahuan semua, wife No.1 Asrul, Sara (lakonan Fauziah Latif), tak boleh mengandung sebab mase die accident, rahimnye telah dibuang (x silap saya la). So, memang die x de peluang untuk mengandung sampai bile-bile. But still Asrul lebih sayangkan Sara berbanding Rina kerana Sara adalah wife pertamanya & Rina plak seorang isteri yang sangat “rebellious” dan mengada-ngada! Huh! Menci sangat tengok watak Rina dalam cerita tu. Rasa macam nak sepak-sepak jerrr…Grrrr…
So, bile Rina dah bersalin, of course la sebagai suami yang memang menanti-nantikan saat bergelar bapa, Asrul sangatlah happy & excited. Namun, jauh di sudut hati Sara, walaupun die gembira untuk suaminya, die sangat sedih sebab die menyedari hakikat yang dirinye sebagai seorang wanita tak mampu untuk melahirkan anaknye sendiri. Sedih tau saya tengok die nangis….uhuk uhuk…
Kalau ikutkan, si Rina ni, die tak nak mengandung (walaupun die mampu). Dan mase mula-mula dia dapat tahu yang die pregnant, die pernah merancang untuk menggugurkan kandungannye atas pengaruh Iskandar (lakonan Norman Hakim) dan disebabkan die risau dirinye dah tak cantik bile mengadung & beranak nanti. Tapi, plan die tak berjaya sebab diketahui oleh Asrul. So, dalam erti kata lain, Rina ni terpaksa teruskan mengandung & bersalin sebab takutkan Asrul. So, faham-fahamlah…bile dah terpaksa, bila anak tu keluar pun die tak suke. Die tak nak jaga anak die (baby Asyraf) and Asrul la yang terpaksa mengambil alih tanggungjawab buat susu semua. Asrul dah cube berkali-kali suruh si Rina ni untuk bagi susu badan pada baby Asyraf. Tapi macam-macam alasan si Rina ni  bagi. Letih la, penat la, ngantuk la, takut menggelebeh la…So, nak tak nak, terpaksa baby tu minum susu formula. Bukan disebabkan kemudaratan & ketidakmampuan ibunye memberi susu ibu, tapi sebab ibunye sendiri TAK MAHU bagi. Lain la kalau memang tak mampu sebab ada masalah-masalah tertentu ke, tapi sebab KEENGGANAN ibunye itu.

So, masa Asrul pi jumpa Sara, die pon cerita la kat Sara tentang hal ni. So, Sara ni dengan baik hatinye offer untuk susukan Asyraf. Yang Asrul ni lak macam tak pasti boleh ke Sara susukan sebab die tak bersalin. Dengan confidentnya Sara bagitau kat suaminya yang die boleh susukan Asyraf dengan bantuan dan nasihat doctor. Sebab die percaya susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi. Memandangkan Asyraf selalu sangat kembung dan menangis tengah-tengah malam, so Sara dengan sifat keibuannye tu, sanggup menawarkan dirinye untuk menyusukan anak madunye itu.

Walaupun sikit je scene tentang isu ni, saya sebagai ibu yang fully breastfeed merasakan yang ianya satu scene yang sangat bermakna. Rasa ala-ala “kembang setaman” bila tengok dan dengar (even dalam lakonan), orang bercerita tentang kebaikan susu ibu. Saya rasa tentu mommies yang lain pun share the same feelings with me. 
Alhamdulillah, pada usia Danish 1 tahun 3 bulan, dia masih menyusu susu ibunye. Dan Danish adalah bayi yang sihat & COMEL disebabkan susu saya! (boleh x claim camnie??? =p!)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

6 Comments

  1. DayBab August 20, 2010
  2. mommy icha August 20, 2010
  3. harlinda halim August 20, 2010
  4. deena awanis August 22, 2010
  5. harlinda halim August 23, 2010
  6. cas August 24, 2010

Leave a Reply to mommy icha Cancel reply

*