Bai’ Al-Salam – Konsep Akad Dalam Muamalah Islam

Ada banyak konsep perniagaan dalam Islam dan salah satunya adalah BAI’ AL-SALAM. Penerangan ringkas mengenai konsep akad Bai’ Al-Salam :

Bai’ al-salam (بيع السلم) ialah jual beli sesuatu barangan secara tangguh dengan bayaran harga secara tunai, seperti menjual barangan yang telah disifatkan butiran bentuk, spesifikasi, kualiti dan kuantiti secara terperinci dengan bayaran harganya dibuat secara tunai, manakala penyerahan barang ditangguhkan pada suatu masa yang ditetapkan.

Ulama empat Mazhab telah sepakat bahawa Bai’ al-Salam ini sah dengan enam syarat, iaitu :

1- Hendaklah ia diketahui jenisnya.

2- Hendaklah diketahui sifatnya.

3- Hendaklah diketahui jumlahnya.

4- Tempoh penyerahan ditentukan.

5- Mengetahui kadar nilai harganya.

6- Hendaklah tempat penyerahannya dimaklumi jika membawa barang tempahan ke sana memerlukan perbelanjaan.

Saya rasa ada KEPERLUAN untuk highlight isu konsep urusniaga & hukum hakam jual beli dari sudut Islam kerana saya mahu beri sedikit PENCERAHAN kepada yang kurang jelas dengan perkara ini.

Ada yang menganggap, apabila kita menjual produk yang memerlukan pembeli membayar secara tunai produk yang tidak “ready made” atau “ready stock” adalah salah di sisi agama kerana kita menjual barang yang pada dasarnya tidak ada atau tidak dapat diserahkan pada masa bayaran diterima.

Jika kita lihat pada masa kini, terdapat banyak perniagaan yang dijalankan berdasarakan konsep Bai’ Al-Salam. Seperti contoh produk-produk yang dibeli melalui sistem “PRE-ORDER” atau “MADE TO ORDER” atau secara ringkasnya disebut sebagai urusniaga secara TEMPAHAN.

Kedua-dua sistem jual beli ini secara jelas adalah merupakan konsep Bai’ Al-Salam dimana pelanggan perlu membuat bayaran tunai dalam jumlah yang tertentu kepada penjual, akan tetapi produk yang ditempah hanya akan diserahkan kepada pembeli pada masa yang ditangguhkan.

Sebenarnya, urusniaga jual beli sebegini tidak salah dari perspektif hukum hakam Islam selagi mana rukun2 nya bertepatan dan dipenuhi.

Jadi, saya ingin seru kepada anda semua agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan dalil-dalil tertentu semata-mata untuk “attack” seseorang. Kaji terlebih dahulu sesuatu isu itu khususnya hukum hakam dari sudut agama sebelum menggunakan dalil-dalil tersebut untuk menyokong pendapat yang anda utarakan.

Mudah-mudahan perkongsian saya kali ini bermanfaat.

Wassalam.. 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

3 Comments

  1. hannan ahmad March 18, 2013
  2. Faz February 2, 2014
  3. Faizool November 1, 2014

Leave a Reply to Faz Cancel reply

*