Taska haram punca kes dera
Penubuhan TASKA dan Pusat Jagaan
Bagaimanakah proses penubuhan TASKA dan Pusat Jagaan?
Jabatan Kebajikan Masyarakat bertindak sebagai ‘final agency’ bagi pengeluaran Perakuan Pendaftaran TASKA atau Pusat Jagaan. Ini bermakna sebelum suatu Perakuan itu dikeluarkan, kelulusan dari agensi-agensi teknikal yang lain perlu diperolehi seperti kelulusan Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan.
Satu Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA bolehlah didapati daripada mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri atau Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, pada harga RM10.00.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pemohon bolehlah mendapatkan penjelasan dari mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah terdekat.
Antara dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama Borang Permohonan Pendaftaran TASKA ke PKMD adalah:
* Kelulusan tiga agensi teknikal terkini / masih sah tempoh lakunya.
* Pelan lantai beserta pengiraannya (dalam ukuran meter)
* Senarai menu mingguan
* Senarai aktiviti mingguan
* Senarai pekerja (nama penuh, No. K/P dan kelulusan)
* Sijil Pendaftaran Syarikat / Pertubuhan
* Senarai aktiviti bersama ibubapa
* Wang Pos / Kiriman Wang bernilai RM50.00 atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia.
Bagi permohonan pendaftaran baru TASKA, borang permohonan terdapat di bahagian belakang Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA, sementara bagi permohonan pendaftaran semula, 1 set borang permohonan boleh didapati pada harga RM4.00 di mana-mana PKMD atau negeri atau Ibu Pejabat.
Bagi borang permohonan Pusat Jagaan pula, ianya boleh didapati secara percuma di mana-mana PKMD atau negeri atau Ibu Pejabat. Dokumen-dokumen yang perlu disertakan bagi tujuan pendaftaran adalah sama dengan TASKA, hanya wang pos / kiriman wang adalah bernilai RM10.00 sahaja
Dikemaskini Pada ( Friday, 02 October 2009 15:57 )
Source from : www.jkm.gov.my/jkm/ind…mp;lang=ms
Prosedur Pendaftaran TASKA
Baru/Pendaftaran Semula
- Pemohon membeli Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA pada harga RM10.00 (Pendaftaran Baru) atau Borang Pendaftaran Semula pada harga RM4.00 dari PKMD/JKMN/JKMM
- Pemohon mendaftarkan perniagaan/pertubuhan
- Pemohon mendapatkan kelulusan dari 3 agensi teknikal iaitu Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan
- Pemohon mengemukakan permohonan yang lengkap ke PKMD yang berhampiran beserta wang pos/cek bernilai RM50.00 atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia
- Permohonan disemak oleh Pegawai TASKA di PKMD
- Permohonan dikemukakan ke JKMN
- Permohonan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri di JKMN
- Permohonan dimajukan ke pihak JKMM (Ibu Pejabat)
- Permohonan diproses dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk dipertimbangkan kelulusannya
- Perakuan Pendafataran TASKA yang tempoh sahnya selama setahun dikeluarkan
NOTA:
- PKMD: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
- JKMN: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri
- JKMM: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat)
Source from : http://pmr.penerangan.gov.my
Okey, jika ade sesiape yang betul-betul interested nak jadi pengurus taska, boleh refer to this website –> www.mytaska.com OR www.rahsiabisnestaska.com. Dan yang ini checklist untuk pendaftaran taska –> Checklist Dokumen.
Latest posts by Harlinda Halim (see all)
- 5 Remedi Alami Ini WAJIB Ada Di Dapur Setiap Rumah - September 22, 2015
- Anak Kerap Sakit? 10 Superfood Ini Bantu Anak Jadi Lebih Sihat! - September 7, 2015
- 11 Cara Rawat Batuk & Selsema Anak Di Rumah Tanpa Ubat - September 4, 2015
Salam pn Lyn,masa mula-mula htr anak saya ke taska/tadika,saya mmg tiada pilihan kerana hanya 1 sahaja taska yg berhampiran dgn rumah memandangkan kawasan perumahan baru….memang risau la masa tu sbb seblm ni hantar anak ke rumah orang dan anak2 baru berumur 3 dan 2 tahun tapi alhamdullilah dah 6 tahun berlalu anak2 elok terjaga dan diajar dgn baik….walaupun skrg ada taska/tadika yg lagi dekat dgn rumah,saya tidak terfikir nak tukar mereka kesana sbb dah biasa dgn cikgu-cikgu di taska lama….
Wslm Pn. Azeima : Kalau mmg taska yang lain terrrlalujauh sehingga mengyusahkan kite utk hantar, mmg wajib lah hantar ke taska yg berdekatan. Mmg seboleh-bolehnye hantar ke tempat yg dekat dgn kite supaya senang kalau nak amik anak in case die demam ke ape kan…but kalau byk pilihan, selain dari faktor dekat, kite cari yg bagus…
saya ni kan, rasa macam nak pindah rumah sebelah taska shaz tu sebab benci nak drive 5 minit ke sana setiap kali nak amik Danish petang2! Hehe…
Salam Lyn,huhu..bertambah risau akak lepas baca n3 ni..nampaknya projek nak survey taska baru mesti disegerakan ni..
Wslm Kak Yatie : Jangan risau kak..if taska sekarang ni okey, should be no problem… If mmg ade masalah n x de permit, WAJIB carik tpt lain! =)
Salam..Lynn,saya ni silent reader blog Lynn..suka nak dapat info ttg parenting kat sini..nak tanya,kenapa Lynn hantar Danish ke taska?and mcamana cara Lynn cr taska utk danish?boleh tak danish adapt dgn suasana baru? sorry banyak tanya,sebab maybe next year saya akan pindah ke perumahan baru jd nampaknya kena cr taska utk baby saya..risau jgk dia tak boleh nak adapt..thanks ya..
@mimi
Soo sorryy dear…lambat sgt menjawab soklan Mimi..maaf ye…
Lyn anta Danish ke taska sebab lyn pindah rumah Mimi. N then, to be frank, kami x brp berpuas hati dgn cara BS kami jg dansih sblm ni. So, kami buat keputusan utk antar Danish ke taska.
Mula-mula 1-week b4 berpindah Lynn carik kat internet taska yg ade di area wangsa maju. bile dh dpt contact, lyn trus call n gi tgk tmpt…
Kalau Mimi nak pindah thn dpn, skrg dah boleh start carik…
Danish akceli smp skrg pon masih nangis bile pg2 kami anta die ke taska. Tp, pengasuh taska ckp, kejap je. Pastu nnt die okay. Sebenarnye ikut budak tu sniri Mimi. Kalau die jenis cpt adapt, x de lah prob ape pun… =)
salam lyn… bleh bagi contact num taska yg u antar danish tu. TQ
Sory ye azimah…lmbt reply…ni contact no taska shaz tuh –> 012-3173479 (Shaz)
shaz ni kat area mana
Kat seksyen 6, Wangsa maju… =)