400 usahawan internet dikenakan tindakan tidak daftar perniagaan

20 Julai 2010


PULAU PINANG: Dalam tempoh dua tahun lalu kerajaan sudah mengambil tindakan terhadap 400 individu yang menjalankan perniagaan menerusi Internet kerana tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kesemua mereka dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.


“Individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan menggunakan laman web atau Internet sebenarnya tidak terkecuali dan mesti mendaftarkan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika Zon Utara, di sini hari ini.


Katanya, langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada unsur penipuan selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan.


Beliau berkata, kerajaan juga menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.


“Kita mahu golongan ahli perniagaan mempunyai kesedaran bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan kod etika yang harus dipatuhi supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan,” katanya.- Bernama.


Sumber : myMetro


Anda dah dapat info ini? Semalam time tengah lunch dengan hubby, saya terdengar berita di radio. So, balik opis cepat-cepat saya google tentang issue nie. So, kepada peniaga-peniaga internet, cepat-cepat la register company anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ye..sebelum kena saman baik cepat-cepat gi…

As for me, sebelum saya decide nak buat business online secara serius, hubby awal-awal lagi dah advice supaya register company secara proper. Bukan ape, better kite buat business yang berdaftar sebab ade “reliability value” di situ. Untuk permulaan anda tak perlu lah terus nak daftar Sdn. Bhd.. Cukup sekadar “Enterprise” sahaja. Jika anda menjalankan perniagaan secara individu atau “sole proprietorship” sahaja, memadai register untuk enterprise company. 

Memang banyak kelebihan jika kite register company Sdn. Bhd.. Terutamanya dari aspek liability. Ini kerana, bile anda mempunyai syarikat Sdn. Bhd. anda dan syarikat anda adalah   dianggap sebagai “separate legal entity”. Selain daripada tu, dari segi tax pun banyak faedahnye.

Tapi, bagi individu-individu yang hanya buat business secara sambilan atau kecil-kecilan & modal pun rendah, tak perlu daftar Sdn Bhd. pun tak per. Nanti business dah kencang, baru lah pikir nak “upgrade” status company ye dak? =)

Untuk mendaftar, anda boleh lah pergi ke SSM atau ade juga company yang menyediakan khidmat pendaftaran secara online. Kalau anda berminat, nanti saya tolong carikan link-link berkaitan ye. Tak lah susah mane pun. Yuran pun tak mahal. Hanya RM60 untuk setahun dan RM150 untuk 3 tahun. 

BAYARAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN

1. Perniagaan milik tunggal menggunakan nama peribadi mengikut kad pengenalan – RM30.00

2. Perniagaan milik tunggal dan Perkongsian menggunakan nama tred – RM60.00

3. Pendaftaran Cawangan – RM5.00 setiap cawangan

4. Salinan Maklumat Perniagaan – RM10.00

So, kepada online entreprenuers, daftarlah perniagaan anda segera okay! Untuk makluman semua, saya dah daftar perniagaan saya pada 17 April 2010 taw. So, i can conduct my business legally already. Dun summon me okay! Hehehe…



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

9 Comments

  1. e.l.i.s.s.m.i.e July 21, 2010
  2. harlinda halim July 21, 2010
  3. Wan Anie July 21, 2010
  4. Khairyna July 22, 2010
  5. Azaidris July 22, 2010
  6. ShaNaz July 23, 2010
  7. harlinda halim July 23, 2010
  8. Ferdy August 8, 2010
  9. sapiah June 6, 2013

Leave a Reply

*