Hehehehe..LOVESSSSS this topic damn much…eventho’ i’m still in the process of mastering the so-called “art” itself. Why do i call it as an “art”? What is so “art” about it? Hehehe…continue dlm Malay Language la…lagi senang saya nak terangkan…ayat x confident dgn English sniri =)
Cam biase, saya akan terangkan isu nie berdasarkan kepada PEMBACAAN & PENGALAMAN saya sendiri ye…what i’ve been practised throughout my breastfeeding journey works wonderfully on me…and InsyALLAH on you…
Okay…x perlu berceloteh mak nenek panjang…ni die “Seni Memerah Susu Menggunakan Pump” yg saya maksudkan :-
FIRST…Saya akan khatamkan manual/instruction yg disertakan sekali bersama pembelian breastpump dan baca la bab yg menerangkan tentang panduan pembersihan breastpump. Bab tersebut akan explain in detail camne nak cuci breastpump for the very 1st time kite nak gune…
Biasenye, dalam instruction akan gitau camnie–>”Wash all parts of your pump kit that come into contact with the breast and breastmilk in warm, soapy water”. Saya akan gunekan cecair pencuci/liquid cleanser khas utk basuh baby bottle & teat brand Pureen. Lebih CONFIDENT ye… =) Dah settle part nie, untuk pump kits/bottles/teats yang baru 1st time nak gune, saya akan STERILIZE gune sterilizerku yg cute –> Little Bean (ku tempekkan gambarnye di blog ini utk tatapan semua…=p!). Untuk barang2 yg dah pernah digunakan, lps basuh spt care di atas, sy akan bilas dgn air suam yg agak panas…juz to be confident again. Dah settle sume ni, kite gi ke step yg seterusnye!!!
SECOND…NORMALLY, the instruction will say “Wash hands before touching breasts or bottles and avoid touching the inside of containers or lids.”
My practise is i will wash my hands with soap 1st. Saya akan basuh mcm cara yang ditunjukkan kat dalam TV tu! N’ keringkan kedua2 tgn saya sblm saya bersihkan sekali lagi tangan saya dengan Dettol Instant Hand Sanitizer…juz to make myself confident…terpulang pd diri masing2 whether nak gune sanitizer or not…
After that, saya akan “air-dry”kan kesemua parts tu td OR lap dengan towel kecik (face towel Danish yg belum gune ye!) supaya all the parts betul2 kering sblm digunekan…pls make sure kering yeh..kalau tak, akan menyebabkan wap2 air masuk ke dalam pump motor melalui tubing and merosakkan pump anda! (For medela FS user, x de masalah back flow camnie…).
THIRD…Saya akan assemble sume parts elok2 and make sure sume parts di pasang dgn betul kay…
FOURTH…Duduk dgn seselesa mungkin…make sure u guys dptkan satu posisi yg x menyebabkan anda rase x selesa…sbb ianya akan effect pumping session…kite memerlukan suasana yg tenang dan gembira semasa mengepam ye!
FIFTH…Stimulate your nipple and massage your breast. Beri rangsangan pd nipple anda dan urutan pada payudara anda..Urutan & Rangsangan nie akan mencetuskan hormon oxytocin. Ini bertujuan utk dapatkan let-down refleks (LDR) yg mane ianya sgt penting utk kite dapatkan amount susu yg banyak. At the same time, stimulation pd nipple ni boleh increase our milk production tau! For me, amalan nie sgt membantu utk dptkn LDR and it helps a lot in increasing my production…x caye cubelah!
SIXTH…Posisikan puting payudara ke dalam corong flanges/breast shield. Make sure yg nipple betul berada di tengah2 corong untuk mengelakkan ketidakselesaan semasa proses pengepaman berlangsung…
SEVENTH…Turn on your breastpump. Mulakan dengan suction yg slow n slowly2 increase kpd suction yg lebih tinggi..Jgn terus2 gune suction yg kuat. Suction yg terlalu kuat tak semestinye akan mengeluarkan lebih banyak susu malah akan menyebabkan tisu payudara rosak. Adjust kekuatan suction pada level yg selesa n tidak menyakitkan…Remember, pumping is not supposed to be painful…but ENJOYABLE! =)
Kalau wat single-pumping, pump selama 10-20 minit untuk sebelah breast. Depend pada individu itu sendiri. Contohnye, 20-min sebelah kanan & 20-min sebelah kiri…(saya sendiri perlukan 20-min utk betul2 kosongkan breast sebelum berhenti mengepam).
Kalau wat double-pumping, on kan je pump selama 20-min & stop bile susu dah x kuar lagi.Ade satu lagi teknik yg saya dapat dari pembacaan saya. Anda pump selama 7-8 minit and stop. Rehat selama 2 minit. Kemudian on kan semula pump anda selama 8-10 minit. Rasionalnye kite stop selama 2 minit tadi adalah untuk memberi masa kepada breast kite utk rest sebentar and reset. Bile anda mulakan semula sesi mengepam anda akan dapat LDR sekali lagi dgn teknik ini!
Please take note! Double-pumping will cut the pumping time to half as compared to single-pumping. Furthermore, it will also help to increase milk production because the breast is being emptied effectively simultaneously.
EIGHT….Yg paling BEEESSSSST sekali ttg “art of pumping” nie…nie yg saya nak cerita kat sini…kuasa ALLAH swt mmg x de sape yg bleh challenge…TENGOK LAH GAMBAR BAYI ANDA SEMASA MENGEPAM…it really work wonders on me! Bile tgk gambar Danish je, trus dapat let-down and tibe2 susu kuar mencurah-curah..SUBHANALLAH…x percaya? Cube lah sniri…kalau x de gambar, bleh dengar rakaman suare bayi atau tgk video bayi anda sambil pumping…bayangkan saat2 indah bayi anda menyusu…
And lastly, masa mengepam jangan stress or nak cepat siap je..kena bertenang, selesa and gumbira…percaya atau tidak…susu anda akan keluar dgn gumbiranya jugak…hehehe…
* i like the fact that since dapat title Mommy ni, saya jadi seorang positive thinker and tdk hot-tempered mcm dulu… =)
Latest posts by Harlinda Halim (see all)
- 5 Remedi Alami Ini WAJIB Ada Di Dapur Setiap Rumah - September 22, 2015
- Anak Kerap Sakit? 10 Superfood Ini Bantu Anak Jadi Lebih Sihat! - September 7, 2015
- 11 Cara Rawat Batuk & Selsema Anak Di Rumah Tanpa Ubat - September 4, 2015
bagus2..org pregnant nak kena massage breast dier tak? along belum lg ada baby dah excited tgk ehem2 ni ada keluar sthg :p
org preggy x digalakkan massage2 B la gnola…kecuali kalau dah overdue..sbb bile massage or wat nipple stimulation, otak release hormon oxytocin..hormon oxytocin akan mnyebabkan contraction..sumthing like that…mcm inda dulu overdue doc suh wat stimulation supaya ade contraction and encourage bb kuar cpt… =)
wah! mcm tu ke? nsb baik along tak bt pape..krg terberanak lak..huhu