Teknik Penyusuan & Lekapan yg Betul

Today nak story mory secara ringkas tentang correct positioning and latching atau dalam Bahasa Melayunye teknik posisi penyusuan dan lekapan yg betul. Sy nak kongsi dengan kawan-kawan semua tentang peri pentingnye posisi penyusuan dan lekapan yg betul kerana ianya merupakan SALAH SATU kunci dan perkara penting yang menentukan keberjayaan (hape ayat nih!) kite semua menyusukan anak dalam tempoh yg lame – 2 years!

Frankly speaking, pd mulenye sy juga x tau-menau tentang posisi menyusu/lekapan yg betul…semasa di hospital dan apabile sampai di rumah sy main taram je nyusukan Danish. Asalkan die menghisap tu bagi saya dah kire okay la. And sy realize dr hari ke hari nipple sy makin sakit and at one time bile bg Danish nyusu je saya terpaksa tahan sakit sampai terangkat-angkat kaki dek menahan kesakitan melampau!

So, macam biase, i did some research on this issue…dan ape yg sy temui ialah antara KUNCI untuk berjaya menyusukan anak dlm tempoh yg lame ialah mengetahui teknik posisi penyusuan (POSITIONING) dan lekapan (LATCHING) yg betul.

Okay…cenggini…cara nak pegang baby semasa nak mulakan proses penyusuan :-

1) Pastikan anda duduk dengan selesa. Betul-betul selesa ye….sbb proses menyusukan baby ni amik mase yg lame (kalau saya 20-minit ke 45 minit)

2) Pegang baby rapat2 dan pastikan badan baby menghadap ke arah kite

3) Perut baby kena bersentuhan dengan perut kite (ade skin to skin contact)

4) Kepala, leher dan belakang badan baby kite ampu elok2 and make sure badannye lurus

5) Jangan membongkok coz ini akak menyebabkan kite rase tak selesa and sakit belakang.

Okay, next, cara yg betul untuk melekapkan/latching baby ke payudara untuk disusukan :-

1) Sentuh bibir bayi dan tunggu mulutnye yg cumil itu terbuka luas. From my reading, ade teknik nak bagi baby buka mulut luas2. Caranye, kite gesel-geselkan nipple kite kat bahagian atas mulut baby, antara hidung dan mulut. So, baby kite akan mendongak sedikit dan menganga luas-luas untuk dapatkan nipple kite. Seriously it works!

2) Bile baby dah nganga luas-luas macam mulut badak kite gerakkan baby ke arah breast kite. Maksudnye, tangan yg mengampu baby td, kite gerakkan untuk tolak kepala baby perlahan-lahan ke arah breast. Bukan kite yg halakan breast ke mulut baby, tapi kepala baby yg harus ditujukan ke breast kite.

3) Bile baby dah start sucking, kite kena make sure yg mulut baby mencakup 2/3 kawasan areola. Setiap orang mempunyai keluasan areola yg berbeza-beza. Ade yg luas dan ade yg x brp luas. Jadi perkara ni subjektif. Kite kena tengok and check sendiri. Maksud sebenar mulut bayi harus melitupi sebahgian besar kawasan areola ialah kite nak memastikan yg baby kite tidak menghisap puting semata-mata. Breasfeeding means “menghisap payudara”, BUKAN nipple-feeding atau “menghisap puting”.

4) Dan bile kite dah cek dan pasti yg baby dah melekap dgn betul, buat pegangan “C” dgn menggunakan tangan yg lagi satu untuk mengampu payudara. Ini akan membantu untuk melancarkan pengeluaran susu dr breast.

Untuk memastikan baby mmg dah melekap dgn betul, kite cube cek perkara-perkara kat bawah ni :-

1. Mulut nye terbuka luas. 

2. Mulut baby merangkumi sebahagian besar kawasan areola.

3. Dagu baby akan mencecah breast.

4. Mulut atas dan bibir bawah baby tak tertutup/terlangkup ke dalam. Kalau terlangkup ke dalam, kite kena betulkan balik ye…

5. Pipi tetomey2 baby nampak menggelembung.

6. Breast nampak penuh dan bulat.

7. We heard the gulping sound…baby akan hisap-telan-hisap-telan susu. 

Kalau kite betul2 ikut teknik ni, takkan ade masalah nipple sakit/berdarah, breast still penuh even dah bagi baby nyusu, engorgement (bengkak susu), baby kembung (colic) dsb.

Okay…take ur time to learn this. Remember..breastfeeding is a learning process… =)

Bleh refer video ni ye…

[kml_flashembed movie="http://www.youtube.com/v/Zln0LTkejIs" width="425" height="344" allowfullscreen="true" fvars="fs=1" /]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

9 Comments

  1. Anonymous November 27, 2009
  2. harlinda halim November 27, 2009
  3. Anonymous November 27, 2009
  4. harlinda halim November 27, 2009
  5. IbuHakimHaikal December 1, 2009
  6. harlinda halim December 1, 2009
  7. yucca May 13, 2010
  8. yucca May 13, 2010
  9. harlinda halim May 13, 2010

Leave a Reply to harlinda halim Cancel reply

*