Selamat Berpuasa Kepada Semua…. :)

Assalamualaikum wbt kepada semuuuuaaa! 🙂

Terasa lama tangan ni tak menaip entry di blog. So, sempena hari ke-2 berpuasa dan di bulan yang special nie saya ingin mengambil kesempatan untuk post satu entry untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua keluarga, saudara mara dan sahabat handai sekelian. Mudah-mudahan kita semua berjaya mengharungi tempoh berpuasa dengan penuh kesabaran dan kekuatan iman..insyaALLAH…

Alhamdulillah, dah 2 hari berpuasa ni, saya berjaya dan masih mampu menyediakan santapan untuk sekeluarga (keluarga pon 4 orang jek –> saya, hubby, adik & Danish yang x puase). Masak menu simple2 sebelum tidur. Bangun kul 4.30 am dan panaskan jek. Cukup dengan makan nasik goreng, sardin, omelette dan bilis goreng. Tu pun dah kenyang….

Berpuasa kali nie, merupakan pengalaman baru dalam hidup saya sebab this is my 1st time berpuasa dalam keadaan mengandung 7 bulan. Dulu pun masa ngandungkan Danish pun bulan puase gak. Tapi time tu baru nak masuk 2 bulan preggy. So, okey lagi lah. Tapi kali nie, boleh tahan gak la letih dan laparnye. Maklum la..peyut dah memboyot…kalau tak makan tu, terasa gak la pedih-pedih perut. Tapi. setakat nie, alhamdulillah…saya masih mampu bertahan. Tak nak layankan sangat perasaan tak larat tu sebab nak didik anak dalam perut supaya jadi orang yang KUAT dan TABAH.

Sebenarnye, saya rasa sangat beruntung dapat menjalani ibadah puasa sebagai ibu yang sarat mengandung tahun ini sebab di samping dapat berpuasa penuh (insyaALLAH…) saya dapat didik rohani anak yang ada dalam kandungan saya. Terima kasih Ya ALLAH atas perancanganNYA yang sangat INDAH & CANTIK… 🙂

Tentang Danish pulak, alhamdulillah… Dah reached umur 2 tahun 2 bulan ni, dah makin pandai jaga diri, pandai behave, pandai buat hal sendiri etc etc. Tak menyusahkan langsung. And yang paling best, until now, masih “bergayut” dengan saya setiap hari, especially time nak tidur malam. Hehehe…comfort nursing or istilah kampungnye “mengopek”. Saya tak reti la nak wean off kan die. Macam-macam dah mak saya bagi nasihat suh wean off kan dak tecik tu. Tapi saya malas nak buat dan yang utamanya tak sampai hati…sian tengok muka comel Danish tu merengek-rengek nak bergayut..hehehe. Takpelah…bukan efek ape-ape pon kan… 😉

Oklah…saya dengan ini sekali lagi mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa ye kepada semua…apa resepi uols hari nie ye? Kalau rajin, nanti saya sharekan resepi-resepi berbuka yang saya MUNGKIN akan buat sempena Ramadhan kali nie. Al-maklumlah…orang mengandung ni macam-macam teringin…nak makan tu lah, ini lah… So, my mission today ialah nak carik Kuih Badak Berendam! Yum! Yum! Sangat teringin hokeh! ;p


Oppsss…bukan yang ini dong! 😉

Tapi yang ini! Sedapnyeeeeeee….. 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

Leave a Reply

*

CommentLuv badge