Saya Masih Mommy yang mengepam di mana jua saya berada…

Jumaat yang lepas saya follow hubby ke Sek. Men. Subang di Subang Jaya. Hubby conduct satu program motivasi untuk pelajar-pelajar PMR & SPM 2010. Saya jadi personal assistant saje. Tolong set up laptop & ape sahaje yg diarahkan oleh En. Moderator a.k.a hubby…

Setiap kali tengok hubby conduct program, saya yang ketawa lebih2. Bukan sebab ape, saya rase kelakar tengok hubby snirik. Kalau di rumah, perangai hubby begitu begini..tapi bila jadi moderator saya rase kelakar laks..hehehe…tapi, ape2 pun saya salute & respect pd hubby sebab die mempunyai PR and communication skills yang mantap dan hebat. Bukan senang wooo nak jadi motivator dan apa lagi nak jadi one-man-show moderator dalam sesebuah program. Conduct program straight 4-hours sorang2. Hehehe..proud of my hubby taw!

Saya lak, bile dah setel kije dan tengok hubby ala-ala tidak memerlukan pertolongan dari saya, saya cepat-cepat amik kesempatan lari ke kereta untuk melaksanakan responsibility saya sebagai seorang emak yang penyayang lagi berdedikasi..hehehe… saya amik masa around 30-minutes untuk mengepam di dalam kereta. Seb baik Medela FS ku masih setia menemaniku di mana saja daku pergi…Alhamdulillah…hingga ke saat ini, saya masih pegang title “Pumping Mom”. Dan bersyukur kerana ALLAH SWT masih murahkan rezeki anak saya untuk masih menyusu susu badan ibunye yang cantek di mata, baik di hati ini.

So geng sekelian, nah saya kongsikan tips mengepam bila anda ‘terpaksa’ attend ape2 program :

1) Sebelum keluar rumah, MAKE SURE peralatan mengepam disediakan bagi tujuan mengepam ya…alat-alatan mengepam termasuk lah :

– breastpump parts / motor unit
– botol / liner (6-8 bekas – bergantung kpd berapa kali anda mengepam)
– cooler bag
– ice packs (3-4 unit)
– handkerchief
2) BAWA bersama anda kesemua peralatan yang disediakan (jangan tertinggal lak!)

3) MAKE SURE anda masih mengikut Pumping Schedule anda ye. Kalau betul2 tak boleh nak lari time mane2 slot, it’s okay. Juz make sure time tak lari sgt. Or adjust semula jadual anda. JANGAN biarkan breast anda tidak dikosongkan more than 4-hours ya!

4) Cari tempat yang SELAMAT & SELESA untuk mengepam. Ini penting kerana kalau anda tak rasa selamat & selesa semasa mengepam anda akan berasa resah gelisah & tidak tenang. Ini akan menganggu prestasi produksi susu anda. Yang penting anda selesa dan tenang semasa mengepam, TANPA sebarang gangguan.

5) Pump selama 20-minutes sebelah breast. Kalau pakai double pump (Medela FS or Spectra 3), biarkan shj pump anda on selama 20-minutes.

NOTE :
For Medela FS user, x dak masalah nak cari power point. Juz make sure yg anda dah cas battery pump anda sebelum kuar rumah. Kalau S3 user, kena make sure anda bawa sekali Car Power Inverter supaya boleh mengepam di dalam kereta OR kalau x de/x bawa, boleh pump di surau or tempat yang ade power point.

6) Selesai mengepam, tutup botol ketat2 (untuk elakkan susu tumpah dan menjadi satu tragedi sadis buat anda) dan masukkan ke dalam cooler bag yang berisi ice-packs tadi. Zipkan dan tutup betul-betul cooler bag untuk mengekalkan suhu di dalam cooler bag. Ingat  susu yang disimpan di dalam cooler bag boleh bertahan up to 24-hours. Boleh refer ENTRY ini untuk maklumat lanjut ya…

7) Nah! Selesai..mudah kan? Anda dah bleh berlari-lari anak untuk masuk semula ke dalam program.

Kerana misi saya masih belum selesai, saya masih lagi bersemangat mengepam susu untuk baby Danish…tak kira di mana sahaja saya berada, saya akan PASTIKAN saya menyediakan susu untuk Danish untuk bekalan hari esok. Yang penting, Danish masih dapat minum susu emaknye walau saya tidak dapat bersama Danish dalam sehari…

So, cam biase Pn. Lynn yang besh nak attach gambaq sekitar program ya…. =)!

Barisan participants

Moderator

Handsome kan moderator program nie? =p!

Khusyuk ke dik…

Tunduk jer semua yeh…

Modul paling kelakar! keh keh keh….

Hehehe..sporting dak-dak nih!

Law of Attraction…

Semangat nye moderator nih…



Sesi recall

Adik-adik perempuan yg sebak…



Luv u la En. Moderator! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

2 Comments

  1. deena awanis July 12, 2010
  2. siti nusrat raihan April 15, 2011

Leave a Reply

*

CommentLuv badge