Resepi Bubur Goreng Untuk Danish!

Meh nak update sket cerita tentang buah hati intan payung gunung meletop mak sorang tu…Danish dah berusia 10 bulan (OMG!!! Time flies soooo fast man!). Dah ade 6 batang gigi – 4 batang di atas, 2 batang di bawah. Sangat macho tatkala tersenyum…bisa cair dong melihatkan senyuman semanis gule melaka tue..ehehehe…

Since saya dah start intro animal protein kat die since last month, for this month saya bagi die makan ayam lak. Ni yang nak cerita nie… Resepi Bubur Goreng Danish! Baunye sungguh menusuk kalbu! Rasenye sedap la kot Danish nooo… Cume kalau org tua makan nak bagi sedap kene buh garam la. Nah…pada mommies yg anak dah umur 8 bulan ke atas boleh la cube resepi ku ini…. Yum! yum! =)

Bahan-bahan (basah) :

1) Bubur nasi yang dah ditanak

2) Bawang Merah seulas (hiris halus)

3) Bawang Putih seulas (tumbuk sket)

4) Minced Chicken / Beef

5) Frozen peas / mixed veggie (rendam dulu supaya lembut)

6) Celery (chopped)

Rempah Kering :

1) Buah pelaga (2-3 biji)

2) Kayu manis (1-inci)

3) Bunga cengkih (2-3 batang)

4) Lada hitam (3-4 biji)

Cara-cara memasak :

Masak bubur dulu sampai siap. Panaskan minyak bunga matahari atau olive oil di dalam kuali. Bila minyak dah panas, masukkan kesemua rempah kering, bawang merah & bawang putih kedalam kuali dan tumis selama 1-2 minit.

Setelah naik bau, masukkan minced chicken/beef ke dalam kuali dan gorengkan sehingga ayam betul-betul masak (around 3-4 minit).

Setelah ayam tadi betul-betul masak, masukkan kacang peas/mixed veggie  dan chopped celery dan goreng sehingga lembut. Bila dah lembut, masukkan bubur nasi yg telah ditanak tadi. Gaulkan sehingga rata kesemua bahan-bahan kat dalam kuali tadi dan boleh tutup api. SIAP! =)

Kalau baby tak banyak gigi lagi or baby masih tak pandai nak kunyah kacang peas/mixed veggie, ubahsuai sket cara masak bubur goreng nie. Instead of masak bubur, masak nasik biase. So, campurkan nasi biase dalam kesemua bahan-bahan yg dah ditumis & digoreng tadi and then bile dah siap masak, anda boleh blend bagi hancur sket bubur goreng nie. Jangan lupe buang dulu kesemua rempah kering ye before blend!

Selamat mencoba kay!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

9 Comments

  1. ina April 8, 2010
  2. suzura April 8, 2010
  3. harlinda halim April 8, 2010
  4. IbuHakimHaikal April 8, 2010
  5. harlinda halim April 8, 2010
  6. Mrs. Masykur April 9, 2010
  7. Maslina Rosdiana April 10, 2010
  8. Ariana March 23, 2016
    • Harlinda Halim March 25, 2016

Leave a Reply to IbuHakimHaikal Cancel reply

*