Petua Menambat Hati Suami

*This entry is strictly meant for married people only okay!*
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Ustazah Harlinda Halim, nak bagi tazkirah sket ye…Bukan apa, di bulan yang penuh kerahmatan ni, banyak pahala dan manfaatnye kalau kite bermuhasabah dan koreksi diri. Sebab kite sebagai manusia & sebagai ISTERI khususnye, selalu terlepas pandang perkara-perkara penting terutama bab-bab kebajikan suami. Asyik fikir hal anaaaak je..ye dak? (hehe..refer kat diri snirik nih sebenarnye…=p!). 
Jadi, moh lah kite check balik apa perkara-perkara yang sangat-sangat PATUT kita buat dan juga amalkan untuk menambat hati suami. Walaupun memang suami tu dah “tertambat” pada kite, tapi ade baiknye kite tengok balik, masih ade tak benda-benda lain yang kite belum praktikkan. Seronok taw sebenarnye kalau dapat buat betul-betul tanpa ada rasa segan & silu. Lagipun nak malu ape kan? Suami snirik…bukan suami orang lain ponnn..ehehehe…
So, para isteri solehah…jum kite check petua-petua kat bawah nie. Dapatlah kite semua termasuk diri saya mengkoreksi diri yang serba kekurangan ini… Ingat ye..ANDA BUAT, ANDA DAPAT! =)

39 PETUA MENAMBAT HATI SUAMI
1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain. *Errrmm…payah gak nih..saya suke setelkan kije dulu dari layan suami…*
2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. Jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.*Owh…ini sudah tentu!*
3. Luangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.*30 minit je??? Mesti boleh punye..main ngan Danish 3 jam pun boleh, takkan 30 minit ngan Abg x leh kan…*
4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.*Saya rase saya lebih tahu sebab saya lagi banyak bagi hadiah pada suami dari dulu sampai lani…hehe…*
5. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya).*Selalu yeh…*
6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.*Hmmm..part pujuk & mintak tolong ni memang PERLU improve…a lottt!!!*
7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.*Ohh…jarang sekali! Macam ribut mak bersiap sbb takut/sian kat hubby tunggu lama-lama*
8. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung)*Hehe..bile dah tahu rasa nak marah..boleh takkk??? Siap suruh die balik cepat jugakkkk!*
9. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. (sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).*InsyaALLAH….*
10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.*Makk aaaiiii…part “tunggu sejuk” tu paling payah sekali kottt!!!*
11. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan.(jika boleh) *InsyaALLAH boleh…*
12. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali. *No prob!*
13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.*Macam boleh kire brp kali je pernah buat…tapi nape nak kena tanye eh?*
14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.*Tak sampai 7 kali lagi hari ni…hehehehe*
15. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.*Adoiii…kalau RINDU camne??? Takkan x leh nak call kot? Part “mengalakkannye” x perlu…sebab bini Abg ni dah memang semulajadi galak! =p!*
16. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.*Pernah kah Abg menjauhkan diri dari Lynn dengan sengaja??? Macam tak pernah jeee….(ke aku yg tak taw???)*
17. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.*Hehe..kadang-kadang suke tengok muke die marah!So, nak usik gak!*
18. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.*Ni adalah NASIHAT yang saya paling selalu dengar dari suami…Memang payah, tapi demi kesejahteraan rumahtangga, akan ku cube merubah diriku ini…*
19. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh & gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.*Whattt??? Bagi die pilih kerja yg disukai??? Owh..no-no-no…alamatnye semua die x suke nanti! Bab kerja umah, HARUSku bertegas!*
20. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.*Okay…*
21. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.*Hehehe…”anggun & wangi”? InsyaALLAH, kami akan coba…*
22. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.*Of course my hubby is always RIGHT!*
23. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.*Boleh je..tapi org lelaki bab ni payah la sket…hehe..*
24. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu (walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.)*Suamiku sangat memerlukan wifenye ini ketika memandu. Kalau tak, confirm terlepas jalan!*
25. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.*Mesti la berleter! Jalan tu dah lalu setahun setengah pun bleh salah lagik! Mane mak tak bising..nak bayaq tol 2-3 kali lagi…haih…*
26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.*Okay…*
27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.*Sangat tak suka tukar2 channel time tgk TV okay!*
28. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.*Betul sangat!*
29. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.*Hehe..suke lak statement nie…*
30. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya “Abang nak minum air apa?” atau ” Abang nak minum ke?” *Adussss..terkena sebijik! Pasni confirm terus buat..tak tanye dah!..Abg x minum siap! =p!*
31. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.*InsyaALLAH, this one no prob!*
32. Sentiasa bersegera apabila bersiap & jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.*Tukar baju??? Oh no…nak bukak tudung balik lah bagai…*
33. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak.(jika sesuai) *Errmm….betoi ka statement nie????*
34. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-ke semasa:- tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya. *No hal nye…*
35. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi ” dating” atau ” berbulan madu” sekali sekala. *Ya betul! Memang sangat2 penting ye yang nie…*
36. Jika suami melakukan kesalahan/kesilapan, jangan sesekali menempelak atau “pulangkan paku buah keras “.*Yelah..yelah…tapi kalau die yg selalu pulang paku buah keras kat kite camne??? Ade kelonggran kan??? Hehe…*
37. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa. *As always..*
38. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa.*Baiklah! I will become THE BEST massage girl for my hubby!(jangan muntah okay..hehe..)*
39. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.*Hehehe…boleh je..insyaALLAH…*

40. Ada sape-sape nak tambah??? =)

Sumber : http://www.pengantin.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

11 Comments

  1. mommy icha August 12, 2010
  2. chocolatomuffin August 12, 2010
  3. Mya Syazmaya August 12, 2010
  4. Mastura Mohd Yusuf August 13, 2010
  5. Khairyna August 13, 2010
  6. harlinda halim August 13, 2010
  7. deena awanis August 13, 2010
  8. harlinda halim August 13, 2010
  9. Nana Kuat Merapu August 17, 2010
  10. Cas Ainee August 18, 2010
  11. MamaYatie August 24, 2010

Leave a Reply

*