Petua Banyakkan Susu Badan

Entry saya yg ni nak berkongsi tentang petua-petua yg saya amalkan untuk banyakkan susu badan dan Alhamdulillah it works on me…akceli ini adalah ringkasan shj…boleh dikatakan ianya adalah CHECKLIST yg saya amalkan dan mungkin bleh menjadi guidelines kpd kawan-kawan semua. Nah…ni die antara petua-petua & tips-tips yg saya AMALKAN:-

1) DOA

Berdoalah terlebih dahulu sebelum kite nak memulakan sesuatu perkara. Mulakan dengan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM dan mohonlah dari ALLAH swt ape yg kite hajati. Sesungguhnya ALLAH swt itu Maha Mendengar permintaan hamba-hambaNya yg betul-betul ikhlas, khusyu’ & tawaddhu’ memohon sesuatu drpNYA. Jgn abaikan dan lupa pd kuase DOA…anda bleh refer entry ini untuk mengetahui doa-doa yg PATUT dijadikan amalan utk breastfeeding mommies… =)

2)  DIRECT FEEDING

This one is very crucial ya…(exception to exclusive expressing mommies who will have to express their breastmilk exclusively and to bottle feed their babies due to some reason). Kerap susukan bayi anda tanpa had masa yg tertentu. Offer your baby to nurse frequently. Remember that ur baby is the most effective pump machine. Tak de breastpump yg boleh tandingi “kehebatan” bayi anda merangsang dan mengeluarkan susu dari payudara. Tindakan menyusukan bayi anda dgn kerap memberi signal kpd badan bahawa lebih banyak susu diperlukan oleh sang bayi. Hasilnya, susu akan keluar mencurah2!

3) PUMPING

Yup! Discussed this for so many times again n again without fail! The need for pumping ur breastmilk out FREQUENTLY is crucial because it’ll help to empty ur breast more effectively expecially after u nursed ur baby. Sometimes ur baby might not fully removed the breastmilk because he fall asleep while nursing or he got attracted to something else which made him turned away form ur breast. Then, what u’ve to do is to get ur breastpump and start pumping for at least 15 minutes for each breast. Dun worry if u’re only “air-pumping”. The purpose of pumping ur breast after the baby nursed is to STIMULATE ur breast to produce more milk. It is like u’re placing an order from ur body and the body will get the message to make MORE milk!!! Ingat ye –> STIMULATION is importante!

4)  MASSAGE

Rajin-rajin lah mengurut B anda untuk melancar dan menggalakkan pengeluaran susu. Ade tekniknye nak urut B kite ye..bukan simply-simply urut jer…kene dgn berhemah dan bersopan coz B kite ni mempunyai tisu-tisu yg lembut. Tak leh kasar2…Cara yg biase di suggest, ialah urut perlahan-lahan menggunakan keempat-empat jari (telunjuk, antu, manis & kelingking) dari bawah ketiak perlahan-lahan ke arah puting.Lakukan beberapa kali. Lepas tu, urut secara memutar di sekeliling B anda. Buat beberapa kali gaks. Anda boleh juga gunakan sikat rambut dgn menyikat dr bawah ketiak terus menghala ke arah puting. Dah selesai mengurut atau menyikat, “cup”kan kedua-dua B anda menggunakan kedua-dua belah tangan anda, tundukkan badan kedepan skit and goncang secara perlahan-lahan B anda. Tujuannye juz nak bagi graviti sket pd breast tu… =)!

5)  FOODS & DRINKS

Amalkan pemakanan dan minuman yg seimbang. Makan lah ikut pyramid makanan yg di recommended oleh nutrionist. Jangan control makan or berdiet ye! Dun worry about getting fat because mommies yg breastfeed babynye full time tidak mudah jd gemuks.This is because while u nurse ur baby u will burn around 500 chalories per day…

“On average, exclusively nursing mothers burn about 500 calories per day above and beyond the requirement needed to maintain their body weight. And, on average, an exclusively nursing mother transfers 24 ounces of breastmilk to her baby per day. So, a good estimate would be that 20 calories are burned for every ounce of breastmilk produced”.(source : askville.amazon.com)

Senang kan? X yah gi joging or kayuh beskal petang2…dok kat umah sambil baring2 pon bleh bakar kalori! Another one, dun take junk food okay. Boleh nak amik sekali sekala…but dalam kuantiti yg sedikit je la and jgn kerap sgt. Sebulan sekali sudah…bleh ke??? =p Saya boleh je…demi anak…sanggupku tinggalkan segala-galanya yg x berpekdah!

6) MILK BOOSTER/SUPPLEMENTAL HERBS

Sebelum decide nak amik booster, make sure item 1, 2, 3, 4 & 5 dah betul2 fulfill ya! Jangan skip terus amik milk booster tanpa mendisiplinkan diri dgn 5 perkara di atas. Tak de makne,x de pekdah, x de macam2 x de la…Milk booster will only contribute 30% kepada peningkatan susu badan. The rest 70% adalah 5 perkara di atas. Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara…Hehehe….So,anda pilih. Nak susu bertambah 30% je ke ATAU nak 70% pertambahan ATAUPUN 100% pertambahan dgn mengaplikasikan kesemua petua saya yg cantik nie??? Sila refer entry ini untuk maklumat lanjut mengenai milk booster…

7)  SYNTHETIC HORMONE PILLS (PROLACTIN)

Please dapatkan nasihat dan preskripsi drpd doktor sebelum decide nak amik ubat-ubat ni ye :-

a) Domperidone (recommended)

b) Maxolon

c) Metoclopramide (can cause depression)

d) Motilium

e) Raglan (can cause depression)

8) TAWAKKAL

Dah berdoa dan lakukan kesemua perkara di atas, kite sbg Muslimah, bertawakkal lah pd ALLAH swt…kite serahkan segala-galanya kpd ALLAH swt. Pokoknye, rezeki semuanya dtg dari-Nya. Kite sbg hamba, dah doa & berusaha, berserahlah dgn ketentuan yg telah ditetapkan oleh-Nya kpd kite semua….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

8 Comments

  1. IbuHakimHaikal December 18, 2009
  2. Mimie Fazira December 20, 2009
  3. harlinda halim December 21, 2009
  4. harlinda halim December 21, 2009
  5. Anonymous December 23, 2009
  6. harlinda halim December 24, 2009
  7. Anonymous April 20, 2010
  8. harlinda halim April 21, 2010

Leave a Reply to harlinda halim Cancel reply

*