My Appointment As The Bling Buubies Ambassador!

Salam Sayang Kawan-kawan!

Huhu…topik yang sangat mengujakan saya! Dah dalam mode teruja since Monday lagik…hehehe. Frankly speaking, saya sangat happy dan sangat-sangat berterima kasih pada Kak Lyna a.k.a Along Nurazlina – MySuperKids selaku penganjur contest My Bling Moment : Breastfeeding.

Actually, saya join the contest pon dah agak lewat. Tapi sebab Kak Lyna bagi chance kat Kumpulan Ibu Menyusu punya FB Group, i grabbed the opportunity secepat mungkin! Hehehe…Seb baik ado lagi peluang mak nak join…

Saya sebenarnye tak banyak gambar BF in public. Sebab most of the time terlupe nak suh orang tangkapkan gambar waktu-waktu spesel camtu. Tapi, sejujurnya saya nak habaq mai kat kawan-kawanku sekelian, BF in public bukanlah perkara asing buat saya. Saya sangat tak hairan dan tak kisah nak susukan buah hati saya tu walau di mana saja dia memerlukan! Apa yang penting, kena berhati-hati dan cover baekkk punye part-part yang berkaitan…kalau tak confident, selungkup je bahagian dada dengan pashmina ataupun sekarang ni yang paling best, dah banyak baju-baju menyusu dijual di pasaran! Antara yang paling menarik dan cantek-cantek designnya adalah dari Bling Buubies Boutique. Bukan sahaja mudah untuk ibu-ibu menyusukan anak, malah ibu-ibu akan tampil menarik dan anggun gitu dengan trend terkini baju-baju menyusu nie… =)

Macam tak percaya masa Kak Lyna informed pada saya yang saya berjaya dalam contest tu. Sejujurnya, antara sebab utama saya join the contest, adalah untuk promote kempen Breastfeeding in Public yang dianjurkan oleh Blog Susu Sihat. Sebab, bagi saya yang dah hampir 1 tahun 7 bulan fully breastfeed Danish, saya dah cukup yakin bahawa untuk menyusukan anak bagi ibu-ibu berkerjaya bukanlah satu perkara yang mustahil, menyusahkan, membebankan apatah lagi melecehkan! Penyusuan susu ibu selama 2 tahun adalah satu perkara yang MUDAH dan PASTI BOLEH bagi semua ibu-ibu yang benar-benar beriltizam untuk melaksanakan misi tersebut! (wah…ni dah ala-ala Wakil Rakyat punye ucapan! Hehehe…).

So, disebabkan terpilih sudah, maka saya telah di lantik oleh Kak Lyna dan Kak Kay (selaku Bling Buubies crew) untuk menjadi DUTA BLING BUUBIES selama setahun. Best wooo dapat jadi duta Bling Buubies nih! Memang siok sangat-sangat lah saya… Dah jadi duta, dapat lak jadi model untuk baju-baju menyusu Bling Buubies yang cun-cun belako! Hehehe… Eksaited tak habes-habes saya… Tapi model-tak-berapa-nak-cun lah ye… =p

So, kalau nak tau lanjut tentang pemenang-pemenang contest ni, boleh KLIK SINI ye. Semua yang join contest ni sebenarnya adalah pemenang. Cuma adat pertandingan, penganjur kenalah buat beberapa pilihan mengikut kesesuaian dan keperluan. Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan TAHNIAH & ALFUN MABRUK kepada semua yang join the contest ya! We are all great mommies! Yeay! Tahniah pada diri kita sendiri kerana memilih untuk BF in Public! =)

Oklah, banyak pulak mengomelnya…Sekali lagi saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada penganjur, Kak Lyna dan Kak Kay dan juga juri-juri yang telah mengadili contest ini! SYUKRAN JAZILAN!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

10 Comments

  1. amirah December 16, 2010
  2. Nik Ha December 16, 2010
  3. azurasamsuddin December 16, 2010
  4. Mommy Aqil December 16, 2010
  5. mya syazmaya December 17, 2010
  6. mummy chot December 17, 2010
  7. Wan Anie December 17, 2010
  8. wani December 17, 2010
  9. adilla December 21, 2010
  10. wan nurul hezrina December 24, 2010

Leave a Reply

*