Memulakan Penyusuan Selepas Melahirkan

Assalam mommies…

Even dah 2 bulan setengah berlalu, saya nakkkk jugek share dengan mommies semua bagaimana saya memulakan proses penyusuan bayi saya yang ke-2 ni. Dah lama nak share kat blog actually. Tapi macam biase lah…bila mood takdak, jangan kata nak update blog, bukak pon tidak. Yang saya sebukkan sepanjang berpantang aritu ialah ber”online shopping”…Ehehehe…hobby lamaku menjengah kembali. Tak tertahan-tahan nafsu membeli-belahnye… Ok2…lupakan part tu. Kita masuk ke tajuk asal semula… ๐Ÿ˜‰

Seperti yang saya ceritakan dalam entry yang INI, saya bersalin pada 6 Oktober 2011 di Pusat Perubatan Kohilal, Taman Melawati. Saya selamat melahirkan pada jam 3.22 pagi. And as what i have already planned, right after my baby berjaya dikeluarkan, saya nak die disusukan terus tanpa perlu dimandikan terlebih dahulu. So, saya dah inform siap-siap kat my doctor & kakak-kakak bidan supaya letakkan baby pada breast saya sejurus die selamat dikeluarkan. Yes, they did follow my request. Tapi tak dapat nak bagi lama-lama coz saya kena “lekat uri”. So, sebab agak susah uri tu nak keluar, the doctor have to “tarik” uri saya tuh. Sakitnye mak datokkkkk! Lagi sakit kot dari teran baby! So, diorang amik baby dulu untuk dibersihkan sementara saya “dikerjakan” hidup-hidup oleh doctor…huk huk huk…

Lepas dah selesai semua, dalam setengah jam after delivery, saya minta bawakan bayi saya kepada saya untuk saya breastfeed. Maka bermulalah sesi breastfeed secara serius yang mana sesi yang 1st tu tak berapa nak jadi. So, sama macam abangnye dulu, my 2nd baby nie pun agak “malas” nak nganga mulut luas2. So, saya dengan sabarnye dok ajar die nganga luas2 supaya die boleh latch on properly. But please ye mommies…dun expect baby kite tu akan terus pandai menyusu… Kite yang kena ajar die menyusu betul-betul… So, jangan cepat give up kalau baby macam tak nak menyusu kat payudara kita masa mula-mula tu. Kite snrik yang kena TUNJUK AJAR die…ok? ๐Ÿ™‚

Saya request untuk rooming-in dengan baby. Supaya saya senang nak breastfeed on demand. Tapi, nak harap baby saya breastfeed on demand memang tak lah kan. Si tecik tu sebuk tidurrrrrrr jek sepanjang waktu. So, my task is to wake him up every 2 hours so that i can make sure he nurse. Jangan biarkan bayi kite tidak menyusu lebih dari 2 jam di awal kelahiran ye kawan-kawanku. Bayi perlu berada di payudara untuk :

1) Menghisap payudara sekaligus memberi rangsangan pada payudara untuk menghasilkan/mengeluarkan kolostrum yakni cecair jernih (hanya hadir dalam kuantiti yang sedikit) ;

2) Mendapatkan kolostrum tersebut di mana kolostrum tersebut sangat penting kerana ianya ย merupakan makanan PERTAMA bayi. Ia mengandungi kandungan protein, vitamin A dan E. Kolostrum mengandungi faktor pertumbuhan (Growth Factor) yang membantu dalam kematangan usus dan mencegah alahan.

Kolostrum juga penting untuk avoid baby dari kena jaundice. So, kalau kite bagi die menyusu dari awal, kandungan bilirubin dalam hati dia dapat disingkirkan dengan lebih awal. Dan ini dapat mengelakkan dari tahap jaundicenye meningkat. Nanti saya cerita panjang tentang isu jaundice plak yeh… ๐Ÿ™‚

Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk breastfeed bayi saya every 2 hours. But, when he is at the breast, he was too sleepy too nurse & latch on properly. So, saya bagi die berada di breast dalam setengah jam. As long as die dapat suck dah kire okay lah. Jenuh gak nak bagi die betul-betul jaga time menyusu tuh. So, what i did to make sure my breast will get enough stimulation to produce sufficient ย colostrum & milk, saya mula mengepam dengan menggunakan breastpump. Saya pump around 15 minutes for each breast. Mula-mula memang setakat “air-pumping” je lah. Tapi later on, colostrum pun keluar.ย 

So, sebelum discharge, saya sempat mengepam 2 kali sebab saya lebih semangat nak direct feed bayi saya. Even he is too sleepy to nurse, saya paksakan jugak..hehehe.ย 

And Alhamdulillah, dipendekkan lah alkisahnye, pada malam ke-3 selepas bersalin, saya kena bengkak susu! Sakit ya amat! Susu dah start penuh giler dalam breast. Even sakit sikit, saya rasa happy sangat! Happy sebab boleh bagi susu banyak-banyak dekat my baby. Saya siap tandem nursing lagi… Sangat best ye.. ๐Ÿ™‚

So, TIPS penting untuk mommies & peringatan untuk diri saya sendiri juga :

1) Susukan bayi seawal mungkin selepas bersalin iaitu dalam tempoh 1 jam pertama selepas melahirkan agar rangsangan pada payudara dapat dilakukan seawal mungkin bagi memastikan kolostrum dapat dikeluarkan;

2) Susukan bayi setiap 2 jam di awal kelahiran. Kejutkan bayi sekiranya bayi tidur melebihi 2 jam;

3) AJAR bayi anda cara melekap dan menyusu dengan betul. Dun expect ur baby dah expert menyusu selepas keluar dari perut kite ye… ; DAN

4) Please remember, BREASTFEEDING IS A LEARNING PROCESS between you and your baby… Jangan terlalu cepat give up & rasa down. Kena banyak2 bersabar & kuatkan semangat. Menjadi seorang IBU kita wajib jadi insan yang kuat & tabah! ๐Ÿ™‚

Akhir kalam…Selamat menyusukan ye ibu-ibu sekelian! ๐Ÿ™‚

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

4 Comments

  1. anz May 31, 2012
    • Lynn June 12, 2012
  2. siti January 9, 2013
  3. siti January 9, 2013

Leave a Reply

*