Assalamualaikum wbt & salam sayang buat sahabat-sahabat sekelian… 🙂
Saya nak share sedikit nota tazkirah yang saya dengar baru-baru ini…
Selalunya bila manusia berbuat dosa dan menyesal mereka akan bertaubat dengan :
1) Mendirikan Solat Sunat Taubat
2) Berazam dan berjanji tidak akan mengulangi dosa tersebut selama-lamanya.
Tetapi, manusia hanya akan bertaubat apabila dia TAHU & SEDAR akan dosa yang telah dilakukannya. Bagaimana pula dengan DOSA yang kita lakukan TANPA KITA SEDARI atau DOSA yang kita tak tahu pun ianya adalah DOSA?
Di sini kita dapat melihat dan memahami bahawa MAGHFIRAH atau PENGAMPUNAN ALLAH TAALA itu sangatlah LUAS.
Dosa ni ada macam-macam jenis :
1. Dosa BESAR v. KECIL
2. Dosa LAMA v. BARU
3. Dosa TELAH LALU v. AKAN DATANG
4. Dosa yang dilakukan secara SEDAR v. TAK SEDAR
5. Dosa yang kita KETAHUI v. TAK DIKETAHUI
6. Dosa yang dilakukan secara TERANG-TERANGAN v. SEMBUNYI-SEMBUNYI
Untuk DOSA yang kita lakukan secara TIDAK SEDAR atau kita TAK TAHU IANYA DOSA (disebabkan kejahilan) ini sudah tentu tak boleh dihapuskan dengan melakukan SOLAT TAUBAT dan MEMOHON KEAMPUNAN darinya melalui DOA.
Jadi, bagaimana DOSA-DOSA tersebut ALLAH SWT ampunkan?
Sesungguhnya ALLAH SWT itu maghfirahnya sangat luas. Bagi hamba-hambanya yang melakukan dosa secara tidak sedar atau tidak mengetahui perbuatannya itu dosa, maka Allah SWT timpakan UJIAN & DUGAAN dalam hidupnya supaya dia SEDAR dan FAHAM tentang dosa-dosa yang telah dilakukannya.
Melalui UJIAN & DUGAAN yang diberikan itulah, apabila hambaNya sedar dan mengambil iktibar maka ALLAH SWT ampunkan dosa-dosa yang telah dikalukannya.
Sesungguhnya MAGHFIRAH / PENGAMPUNAN Â ALLAH ‘AZZA WA JALLA ITU MAHA LUAS. Maka kita wajib sentiasa memohon ampun dariNya setiap masa.

Latest posts by Harlinda Halim (see all)
- 5 Remedi Alami Ini WAJIB Ada Di Dapur Setiap Rumah - September 22, 2015
- Anak Kerap Sakit? 10 Superfood Ini Bantu Anak Jadi Lebih Sihat! - September 7, 2015
- 11 Cara Rawat Batuk & Selsema Anak Di Rumah Tanpa Ubat - September 4, 2015