Kisah Bersalin Anak Ke-2 Harlinda Halim & Ku Addy Fazly, 6 Oktober 2011

Assalamualaikum wbt mommies, my beloved frens & readers! 🙂

Masuk hari ni, dah 23 hari saya berpantang di kampung saya di Teluk Intan, Perak. Sakit-sakit badan pun Alhamdulillah dah semakin berkurangan. But still, memandangkan saya masih dalam tempoh berpantang, segala “pantang-larang” masih perlu dijaga…takleh nak wat sesuka hati lagi…so, bersabooorrrrr jelah banyak2….hehehehe…

Dalam entry ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan sekelian tentang kisah & saat-saat saya bersalin tempohari. Bersalin kali ni, saya lebih banyak bersedia berbanding dulu yang memang x tahu ape-ape. Saya siap buat reasearch bagai tentang teknik-teknik bersalin yang sepatutnya saya buat. Kunun nak attend class hypnobirthing…tapi x nyempat2 nak gi. Jangan kata kelas hypnobirthing, antenatal class pun x dapat nak pegi…hehe.

So, ape yg sempat, hanyalah membaca tips2 bersalin yang boleh dipraktikkan semasa melalui proses “active labour” tuh. Rasenye x perlu nak cerita panjang lah kot tentang isu tuh. Simple jek. Yang payahnye adalah masa nak keluarkan baby tuh. Mak aaaiiiii….habes nyawa dah…ALLAH swt je lah yang tahu sakitnye camno..kan mommies? 😉

Actually saya dijangka bersalin selewat-lewatnye 14/6/2011. Itu kire EDD sekiranya cukup 40 weeks lah. But. ade problem di situ apabila pada 5/10 saya gi checkup at Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju & i was informed by the obgyn yang my baby yang after all this while dah elok kepala kat bawah, all of sudden berpusing ke atas dalam keadaan “breech” or songsang. So, according to my obgyn, Dr. Kamaria Idris, it’s quite difficult at this stage kalau die suddenly breech bcoz die dah besar & ade possibility yg die nak flip down semula agak payah. And she adviced, on that afternoon, saya kena melalui c-section.

Saya seriusly x mo sgt2 kena c-sect! So, setelah berbincang dgn hubby, saya decide x mo undergo c-sect & i wanted to wait until my baby pusing bawah balik. Risau gak dalam hati kot2 baby mmg x mo pusing dah…tapi saya kuatkan semangat & buat semua tips2 untuk encourage baby dalam peyut supaya pusing bawah semula. Alhamdulillah, berkat doa & tips2 yg saya dapat dan pernah buat before this, keesokkan harinya, baby dalam peyut PUSING ke bawah semula! Syukur YA ALLAH….seb baik la saya tak ikut advice obgyn tu untuk undergo c-sect semalamnye. InsyaALLAH, nanti saya kongsikan tips2 untuk mommies praktikkan dalam kes bayi songsang yeh! 😉

Oklah, cut the story short! Saya berjumpa dengan sorang lagi obgyn/pakar wanita yang bernama Dr. Marsita Mansor untuk dapatkan 2nd opinion mengenai condition baby saya yg breech. And she was the one who scanned & confirmed that my baby has flipped down. But, she said, at that time, even the baby has already turned his head down, but dia still x fully engaged or the condition is called as “unstable lie”. So, in order to avoid baby saya pusing atas (breech) semula, she advised me to speed up the labour. But not by inducing me lah. Since saya memang dah ade mild to medium contraction 2 hari sebelumnya & saya dah dilate 3 cm at that time, she conducted a “membrane sweep” on me. Ya ALLAH, punye lah sakit time die swipe & strecth kat bawah tuh. Rase nak nanges okay! Under normal circumstances, kalau dah buat membrane sweep, normally si ibu akan merasakan contraction yg lebih kuat & will deliver within 48 hours.

So, Dr. Marsita advise lagi supaya kitorang terus ke Pusat Perubatan Kohilal, Taman Melawati untuk tunggu waktu bersalin. So, after Isyak prayer, saya, hubby, Danish, adik-adik saya – Amy & Siti pon terus gi Kohilal. Sampai2 jek terus register & siap2 salin baju & dok kat dalam labour room sambil ditemani hubby terchenta! hikhikhik..hubby punye lah letih, tapi terpaksa tahan mata tunggu saya bersalin. TQ soooo much my love!

Saya sampai Kohilal around 9.00 pm. Masuk2 labour room terus kena augmentation (drip). Contraction jap kuat, jap pelan. So, saya & hubby abeskan masa berbual & bergurau senda..hehe. Saya suruh hubby jadi photographer tulun tangkapkan gambar2 kejadian. Hehehe…

Dok menunggu Dr. Marsita…dah almost 3 hours waiting…sakit main2 je lagik time ni…

Augmentation..midwive tu cakap urat tangan saya halus sgt! Sbb tu drip x jalan. Sampai 2 tempat die cucuk tgn saya. Sakit tawwww…

ECG…

Peace…. 😉

Air selusuh…Pak Cik Hamdan tolong buatkan… 🙂

Haaaa….masuk jek kul 2.00 am, Dr.Marsita datang. She broke my water @ 2.15 am. Mase nie dah start contraction yg kuat…

Hubby dah nampak letih giler…mata dah merah2 tggu bininye nak bersalin..sian hubby… 🙂

Scary aku nengok alat-alat neh! 

Waiting for the time…

Start kul 2.45 am camtu, contraction dah makin kuat. Air ketuban pun melimpah2 kuar setiap kali contraction. Dr. Marsita datang siap2 pakai apron & sarung tgn..hehe. Cuak sikit la. Tapi sebab x sabor nak bersalin, rasa takut & cuak tu hilang. Cuma time meneran tu, toksah citer la…dah dua kali beranak ni, tengah-tengah meneran & bile baby x kuar2 tu, saya rasa sangat2 give up & harap doctor tu buat jelah ape yg die suka asalkan anak kuar. Tapi, terpaksa teruskan perjuangan gak lah kan. Selagi ade nyawa, memang teran habes-habesan! Seb baik ade hubby kat sebelah yang bagi semangat. TQ soooo much to him. Tak taw camne kalau die x de kat sebelah support kite kan? 🙂

And finally at 3.22 am saya berjaya melahirkan baby yang ditunggu2… Sangat legaaaaaaaa & happy x terkata! Menitik air mata gumbira. Hubby terus azan & iqamatkan baby….Alhamdulillah…. 🙂

Sejurus selepas dikeluarkan….

Ini lah die buah hati kami yang ke-2! Darwish! 😉

Sangat happy ade anak kecil & berpantang dengan gumbira di kampungkuuuuu… 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

9 Comments

  1. shye October 28, 2011
  2. shye October 28, 2011
  3. amirah October 31, 2011
  4. Mya Syazmaya October 31, 2011
  5. zaidah January 13, 2012
  6. linda ayim January 13, 2012
    • lyn80 March 27, 2012
  7. qenn June 27, 2012
    • Lynn July 18, 2012

Leave a Reply

*