Jalan-jalan cari makan di RESTORAN ISTANA BAMBU!

Salam kengkawan! Lynn nak habaq mai nie…last week Lyn, hubby & Danish gi jalan-jalan carik makan kat Istana Bambu, Ulu Kelang. Best woooo restoran nie. Meh lyn sharing sket ape yg besh sangat dengan Restoran Istana Bambu nih… =)

Restoran Istana Bambu ni ni terletak di tepi highway MRR2 kat Ukay Perdana. Nak kate strategik tu, bagi saya untuk orang yang datang dari area Gombak ke, Wangsa Maju ke, lebih mudah lah ke Istana Bambu nie. Kalau dari area Ampang, KL, Cheras or yang sewaktu dengannye kena berpusing2 sket lah. Tapi tak lah susah sangat pun nak ke sini. Tepi highway je dah nampak.


Sampai je kat Restoran Istana Bambu ni, kami ambik peluang untuk meninjau-ninjau kawasan restoran ni. Cantek gak lah…masuk-masuk je kiri kanan ade kolam ikan. Penuh ikan dalam tuh. Mendamaikan gitu…


Pintu gerbang Restoran Istana Bambu

Tali air mini…cumil jerr…

Tempat duduk untuk cutomer menuggu turn..kalau seat penuh lah…

Hubby & danish tengah carik tempat duduk yang best

Saya rasa tak perlu saya explain kot nape restoran ni diberi nama “Istana Bambu”. Tengok je lah design dan decorationnye camne. Penuh dengan bambu! Semua benda pun guna bambu. Memang istana untuk bambu lah kesimpulannye!

Baby chair bambu yang besar dan selesa untuk yang ade anak kecik…

Hubby dok pilih menu ape yang nak disantap

Ish..ish…ape ko bondo lah yg hubby tengok bersungguh2 sangat tuh…

Ooo…tengok bahagian syiling ni rupenye..banyak sungguh bambu lah!

Posing camnie macam macho lah kunun yeh??? =p


Errrkkk..sawah padi di tengah-tengah KL???

Danish tertonggek-tonggek tengok ikan!

Dari segi penyediaan makanan agak pantas jugak lah. Mungkin jugak cepat sebab mase kami datang orang tak ramai pun. Lepas kami order makanan baru nampak berduyun-duyun orang datang restoran nih. So, these are the dishes we ordered….Nyum..nyum…

Ni Fishball Tom Yam & Sambal Chili Squid. I loikkkeeee…Hehehe…


Fried Crispy Beef

Brinjal with minced chicken

Dari segi rasa, boleh tahan gak lah. Sodap tom yam nye! Boleh kata semua menu yang kami order tu memang sedap lah! Memang tak mengecewakan. Harga lak, boleh dikategorikan ehem ehem sket lah untuk menu-menu masakkan Thai. Tapi consider okay lah jugak sebab restoran ni dikategorikan sebagai tempat makan eksklusif gak lah…

Haaa…jangan tak taw…Jalan-jalan Cari Makan TV3 pernah datang sini taw! Tak caye??? Gambar kat bawah ni buktinye…

Dah nak balik baru teringat nak snap pic signboard

Ni gambar spesel dari kami…laki bini yg berlemuih baru balik kijo! *Gambar Danish tak masuk sebab die sebuk tengok muke babah die jek!*

So, ape lagi kawan-kawan! Jum serbu Restoran Istana Bambuuuuuuuu! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

12 Comments

  1. Maslina Rosdiana October 31, 2010
  2. jay kay October 31, 2010
  3. apak cikidong November 1, 2010
  4. mama tisya November 3, 2010
  5. kinakOyu November 11, 2010
    • Harlinda Halim November 15, 2010
  6. kinakOyu November 11, 2010
  7. ziela November 11, 2010
    • Harlinda Halim November 15, 2010
  8. Hayati ahmad May 10, 2011
    • Harlinda Halim May 11, 2011
  9. miza April 13, 2012

Leave a Reply to kinakOyu Cancel reply

*