Popular Posts

“SHOW YOUR TEETH...

Salam and Hello To All Beautiful Mommies, Daddies, Aunties, ...

And the results...

Saya adalah seorang yang sangat-sangat tidak sukakan KETIDAKPASTIAN ... saya ...

Updates – Senarai...

First of all, thanks a lot di atas penyertaan yang ...

Preparing Solid Food...

Salamsss my dear friends....Weekend baru ni adalah weekend yg sgt ...

Special Entry For...

Saya cukup suka “tolong” orang yang sangat kepinginkan ...

Twitter updates

Twitter
  • RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Sekadar tazkirah buat para suami… Bacalah dan cuba terima kenyataan wahai para suami ye… :)

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel.

Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si suami mula meninggikan suara.

Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya sudah melampau. Memandangkan keadaan rumahtangga mereka semakin parah, si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.

Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas. Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku.

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang ke mari?”

Si suami tadi menjawab,”Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu.”

Saidina Umar tersenyum lalu berkata, “Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, bersabung nyawa melahirkan zuriat untukku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).”

Akhir kalam…“JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI!”

Salam Ramadhan! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Responses so far.

  1. mamajong says:

    hhehehe..suke entry lynn pg ni, membuatkan sy terus bersemangat nk swuh hubby bace dan paham sepaham2nyer bahawa isteri anda BERHAK utk membebel sbnrnyer..la..la..la..
    btw, slmt berpose lynn =)

    pst: larat ke nk pose?dh 6bulan kan..keh..?huhuuh
    mamajong recently posted..anak2 kesayangan mama..(2)

  2. mya syazmaya says:

    hihi.. isteri² memang suke membebel kan.. tp bukan suka².. kalo suami pandai amik hati, isteri pun x kuasa sebenarnya nak membebel² ni.
    mya syazmaya recently posted..Salam Ramadhan | Waktu Berbuka Puasa 2011

  3. huda says:

    suka entry ni… kalola hubby dpt baca lagi bez…
    huda recently posted..Masalah perkembangan kanak-kanak

  4. d0d0l says:

    entry dah lama nie :D tp baru lepas kena bebel pg td :) ) bkn dgn bini… kena bebel dgn bakal bini =)) sblm kawen kena praktis dgr dia mbebel. kena biasakan diri dgn suasana bebelan supaya telinga kebal drpd bnanah =)) aku nie actually jenis panas baran. bkn jenis yg bantai org, tp jenis yg hempas barang kalo tgh marah tahap gaban. so… cara terbaik adalah bdiam diri. bebel la 24 jam, aku diam 24 jam :D skali skala nak gak mbebel… tgk leh tahan ke x kaum hawa dgn bebelan kaum adam :p
    d0d0l recently posted..[Video] Konsep Glee / High School Musical dalam Majlis Perkahwinan SchAwal! Terbaek dari CST Production!


CommentLuv badge