How Does Milk Production Work? (PART I)

Salam To All Mommies…

Rasa dah lame bebeno saya tak menulis tentang something yang informative about breastfeeding. So, today, saya sangat teruja untuk berkongsi informasi bermanfaat untuk bacaan dan pemahaman mommies sekelian.

Mungkin ramai di antara anda yang dah come accross benda ni but i do believe that some of us is unaware and totally not bother to know about it. Bukan ape, kebanyakkan daripada kite, lebih cenderung nak baca and research topik2 berkaitan tentang cara-cara, petua-petua, teknik-teknik untuk menambah atau meningkatkan susu badan. Tidak dinafikan topik-topik ni memang menjadi isu “hot” di kalangan ibu-ibu yg breastfeed. Confirm takkan lari la dari topik increase susu, drop susu, milk booster, power pumping dan yang sewaktu dengannye.
Namun, setelah membuat sedikit research, saya dapati dan telah pun fahami dengan lebih mendalam tentang process sebenar yang menyebabkan turun naiknye susu badan seseorang ibu. Percayalah, sekiranya kite betul-betul memahami issue ini, kite akan lebih memahami sistem badan kite sendiri dan faktor-faktor yang menyebabkan pasang surut susu badan. Bile kite dah betul-betul faham, barulah kite akan mentally prepared jika berlakunye masalah-masalah susu merudum.
Kawan-kawan….
How Does Milk Production actually Works? Bagaimanakah Sebenarnye Proses Produksi Susu Ibu berlaku di dalam tubuh seseorang ibu itu ye? Haaa…ni teman nak cerita…. Perlu diingatkan teman bercerita ni berdasarkan kpd pemahaman dan kajian yg agak terperinci gak la. So if ade contradiction dengan ilmu anda yg lebih expert, mohon diperbetulkan untuk manfaat kite bersama-sama okeis….
Saya bahagikan peringkat-peringkat terjadinya susu ibu di dalam tubuh seseorang ibu kepada DUA peringkat utama yang kemudiannya akan dipecah-pecahkan mengikut bahagian masing-masing.

PERINGKAT PERMULAAN – HORMONAL CONTROL (Lactogenesis I dan Lactogenesis II) 

Lactogenesis I
Ape yang dimaksudkan dengan “hormonal control” di atas ialah, pada peringkat permulaan, yakni, semasa kite pregnant dan beberapa hari selepas bersalin, susu badan dihasilkan oleh hormon di dalam badan seseorang ibu itu sendiri (milk supply is hormonally driven and it doesn’t start out as a supply and demand process). Secara asasnye, jika hormon di dalam badan seseorang ibu itu ok dan balanced, tubuh ibu akan mula menghasilkan colostrum di separuh akhir tempoh kehamilan  dan susu badan akan bertambah selepas 30 – 40 jam selepas bersalin. 
Saya masih ingat lagi melalui pengalaman saya sendiri, 1-2 hari pertama selepas melahirkan Danish, memang tak de susu yang kaler putih tu keluar bile saya picit-picit breast saya. Yang keluar cume cecair jernih kekuningan. Saya tak la plak cuak dan terus bagi baby saya susu formula memandangkan baby saya nampak ok je after di susukan. Kalau nangis pun, saya sumbatkan je breast kat mulut die, and die akan ok. And saya sangat bersyukur sebab takde seorang pun di sekeliling saya yang dok psycho-psycho saya cakap susu takde or tak cukup. Malah saya mendapat sokongan penuh dari Emak saya sendiri. Lepas balik dari hospital, pada hari yang ke-2 bersalin, baru lah susu kaler putih tu kuar and i was sooo excited! Masih teringat-ingat lagi time tu. Dengan bangganye saya gitau kat hubby saya… =p! 

Lactogenesis II
Selepas melahirkan baby, placenta atau uri akan dikeluarkan dari badan kite. Sejurus selepas tercabutnye uri dari badan, kadar hormon progestrone/estrogen/HPL akan jatuh dengan mendadak. Dengan penurunan hormon progestrone secara mendadak ni, bersama dengan kehadiran hormon prolaktin yang tinggi, menyebabkan susu badan menjadi banyak dan melimpah ruah.Tapi, kebanyakkan ibu-ibu hanya akan mengalami rase susu penuh / “breast fullness” selepas beberapa hari bersalin.
Kedua-dua lactogenesis ini adalah disebabkan HORMON ya…ini bermaksud susu akan dihasilkan oleh seseorang ibu samada die menyusukan bayinye ataupun tidak. Ni semua kerja hormon kita. Kita tak terlibat ape-ape pun di peringkat permulaan ni.
PERINGKAT PENGUKUHAN – LOCAL CONTROL (Lactogenesis III)
Lactogenesis III
Pada peringkat ini, penghasilan susu ibu adalah bergantung kepada kekerapan mengosongkan payudara. Pengosongan payudara secara kerap merupakan mekanism paling penting dalam menghasilkan susu yang lebih banyak dan bagi tujuan untuk mengekalkan produksi susu untuk tempoh yang lebih lama. Dalam tempoh berpantang/confinement, pengosongan payudara adalah bergantung kepeda selera bayi anda. Apabila anda kembali berkerja, mengepam/memerah secara kerap adalah sangat penting bagi memastikan penghasilan susu yang optimum dalam tempoh yang lebih lama.

Sila refer chart di bawah untuk mendapat view yang lebih jelas kay…

Cuba fahamkan betul-betul entry ini supaya anda akan lebih faham dengan penerangan saya di dalam entry selepas ini. Jika anda betul-betul faham the gist of the topic, confirm anda akan tahu bagaimana cara-cara yang efektif untuk meningkatkan susu badan! Tunggu ye sambungan entry ini di dalam How Does Milk Prodcution Work? (PART II)…. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

3 Comments

  1. kak ina kl May 11, 2010
  2. wan May 13, 2010
  3. harlinda halim May 13, 2010

Leave a Reply

*

CommentLuv badge