Hari Raya Kitorang Tahun Ini – Part 2 (Baju Biru Laut)

Saje nak update blog..hehehe…so, macam yang saya sebut dalam entry aritu, tahun ni turn hari raya pertama kat Teluk Intan. So, saya adalah manusia paling gumbira dalam family sebab yang lain semua masih belum merasa betapa sedihnye tak dapek berhari raya pertama di kampung senirik sebab kena raya kat kampung hubby…hehehe. Ke saya sorang je rase camtu? Kot orang lain rasa sama jekkkk….errkkk..sorry…saya memang agak “kronisma”…ehehehe…

So, dalam keadaan sarat mengandung pon saya gagahkan diri menolong adik-adik mengemas rumah. Sampai sakit pinggang bagai. Tapi  x per..yang penting saya masih berusaha memberi sumbangan… 🙂

Kali ni barulah saya nak bertema untuk hari raya. Kalau tidak, tak de masa nak fikir tema tahun ni kaler ape lah, itulah, inilah. So, tahun ni saya pilih tema biru laut. Sebab saya jarang pakai kaler biru. Rasa macam comot lak zaman dulu-dulu pakai kaler biru. Sebab sekarang macam dah lawa skit, baru berani pakai kaler biru…hehehe! ;p

Tapi masa raya pertama, saya idok le dapat menyarungkan baju kaftan biru laut tersebut sebab ada tugasan khas didapur. Sat gi pakai baju lawa-lawa, tak leh nak cedokkan kuah lontong dengan sambal ikan bilis untuk para tetamu lak. Nanti terpercik kuah lontong ke sambal ke, abesssss baju mak kotor. So, saya sarungkan je blouse Nur Barakah kegemaran saya sebagai pakaian raya. Hehehe…

Disebabkan tak memakai baju raya biru laut sedondon dengan Babah & Danish pada hari tersebut, maka saya tak dek lah hati untuk berphotoshoot sakan dengan mamat dua orang tersebut. So, saya suruh jelah diorang berdua bergambar-gambar untuk kenangan walaupun ade lah jugak imej saya terselit-selit dicelahan Danish yang segak berbaju melayu biru laut dan bersongkok encem. It’s okay lah kan..at least…ade gak gambar Danish & Babah sedondon di pagi raya…

Rasa tak puas beraya lagi lah! Boleh??!! 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

2 Comments

  1. kown September 22, 2011
    • Lynn September 22, 2011

Leave a Reply

*