Hadiah Birthday Paaaaling Special from Hubby!

First of all saya nak counter-wish kepada kawan ucapan kawan-kawan sekelians yang wish happy birthday pd saya semalam. Terima kaseh yg tak terhingga di atas ingatan dan ucapan yang sangat-sangat menggumbirakan hari saya semalam. THANK YOU SOOOO MUCH FOR ALL THE SWEET WISHES!

Heheh..meh mak nak cerita sket tentang “surprise” yang hubby buat kat saya semalam. Memang surprise sungguh! Sepanjang malam dok sengih sampai telinga mak sebab eppy sesangat lar! Huhuhu….

Malam semalam hubby ajak keluar makan-makan. Saje nak celebrate dengan makan-makan dulu. Present can wait. Sebab saya pon tak kisah sangat. So, hubby ajak gi TESCO Ampang. Apakah? Celebrate birthday di TESCO??? Saya tak la kesah sangat nak ke TESCO. Walaupun dalam hati ala-ala rase tak besh! Ehehe…On d’ way ke TESCO Ampang, hubby cakap, tak jadi masuk TESCO. Nak ajak makan di Kedai Nasi Ayam Linda Onn katenye.Ah…x kesah gak la…yang penting we can spend our time together.

So, sampai2 je kat Kedai Nasi Ayam tu, Linda Onn memang ade kat dalam. So, saya tak la excited minta bergambar ke autograph ke. Juz bg senyuman kelat2 je la kat die. Tapi ala-ala jelez la saya tengok hamba ALlah tu kurus menawan je…tak la macam saya yang bergedat-gedat nih! Huh! Pressure tul…Takper..tu cite lain…kiet abeskan cite surprise nie dolu kay! =)

So, kami pon duduk la kat salah satu meja kat bahagian dalam kedai. Tiba2 hubby cakap nak keluaq sat. Saya pon dok la dalam dengan Danish dok langut tengok kedai. Tibe2 hubby masuk dan di ekori seorang wanita comel dan seorang lelaki. Saya tengok2 macam ku kenal je diorang nih! Waaaahhhh..sangat terkujat beruks ye saya bile nampak KAK SUE & ABG SHAZWAN datang dan terus bersalaman dengan saya sambil wish Happy Birthday kat saya. Wah..wah..wah..time bile la laki haku nih dok plan2 nak invite Kak Sue & suaminye datang celebrate birthday aku nih. Terharu sungguh!

Kak Sue & Abg Wan baru je sampai KL dari program mereka di Melaka. Penat-penat tak sampai umah lagi terus datang Ampang dinner harijadi bersama kami. Sungguh la terharu mak rasa. Ape2 pun, lynn nak ucapkan TERIMA KASIH yg tidak terhingga pd Kak Sue & Abg Wan kerana sudi datang untuk meraikan hari lahir saya. Dengan keadaan penat masih sempat meluangkan masa untuk dinner bersama kami.

For Kak Sue & Abg Wan, SYUKRAN JAZILAN WA KHAIRAN KATSIRA di atas nasihat, dorongan & kata-kata semangat yg diberikan pd Lynn & Addy untuk kami berusaha membina business family kami. Kami jadikan Kak Sue & Abg Wan sebagai IKON & CONTOH buat kami untuk kami sama-sama berjuang dalam bidang business. Kami sangat menghargai nasihat-nasihat & dorongan yang diberikan. Walaupun  pertemuannya singkat, kami sangat2 appreciate &  berterima kasih yg tidak terhingga dengan masa yang telah kalian berdua luangkan apatah lagi ianya on my birthday! Ianya akan menjadi antara momento terindah dalam hidup saya! Hehehehe…

Okeh..ni gambaq kejadian ku tepekkan sebagai kenang-kenangan…. =)!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

5 Comments

  1. Mrs. Kown June 30, 2010
  2. kak chah June 30, 2010
  3. harlinda halim June 30, 2010
  4. Wan Anie June 30, 2010
  5. harlinda halim June 30, 2010

Leave a Reply to kak chah Cancel reply

*