SUBHANALLAH…
Seawal usia kandungan saya 1 bulan saya cuba untuk membiasakan janin di dalam perut saya sentiasa di alunkan dengan zikrullah & kalimah-kalimah suci ALLAH swt. Kebetulan ketika saya mengandung ada satu drama bersiri lakonan Shiela Rusly, Fizz Fairuz, Maya dan bbrp org lagi pelakon yg saya tak brp ingat bertajuk Anak Betong. Di permulaan dan akhir drama tersebut barisan pelakon utama akan menyanyikan Selawat Syifa’ di tepi sebuah sungai. Dari situ la saya bertambah2 suke dengan Selawat Syifa’ ni…Tambah2 mendengarkan suara vokalis utama kumpulan Hijjaz (Munif) mengalunkan selawat tersebut membuatkan saya bertambah2 laaaaaa suke dgn selawat tersebut.
Hampir setiap hari saya akan dendangkan Selawat Syifa’ pada baby dengan meletakkan Nokia Express Music saya di perut yg memboyot sambil saya turut mengikut dengan penuh semangat!
Kuasa ALLAH swt mmg tiada tolok bandingnye…sehingga ke hari dan saat ini, si comel saya Danish Iskandar, CONFIRM akan tersenyum dan tergelak kecil apabila saya mendendangkan Selawat Syifa’…die akan tersenyum gembira sambil merenung tepat ke mata saya..seolah-olah dia ingin memberitahu saya bahawa dia masih ingat lagi alunan ini di dendangkan kepadanya suatu ketika dulu (ketika masih di dalam rahim ibunye yg lawa nie…).
Sedikit ILMU nak di kongsi dgn kwn2 sekelian ttg Selawat Syifa’ nie…ade byk khilaf/percanggahan pendapat ttg amalan membaca Selawat Syifa’ nie. Tapi saya ambil yang pada hemah saya reasonable dan tidak terlalu extreme. Selawat syifa’ ni menjadi amalan ulama’-ulama’ dan masyarakat kite kerana ianya mengandungi makna yg baik di dalamnya. Jika kawan-kawan semua berminat nak tau lebih lanjut tentang pendapat ustaz-ustaz mengenai selawat ni, bleh klik kat forum ni ye!
Didiklah anak-anak kite sedari dalam kandungan lagi…. =)
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .
Latest posts by Harlinda Halim (see all)
- 5 Remedi Alami Ini WAJIB Ada Di Dapur Setiap Rumah - September 22, 2015
- Anak Kerap Sakit? 10 Superfood Ini Bantu Anak Jadi Lebih Sihat! - September 7, 2015
- 11 Cara Rawat Batuk & Selsema Anak Di Rumah Tanpa Ubat - September 4, 2015