Danish bergumbira di Baby Kiz Sport & Gym @ Bangsar Village!

Waaah…di kala mood rajin mengupdate blog menerjah, tak henti-henti tangan ni nak menaip eyh…Kalau dah datang penyakit malas tuh, sampai berkulapuk belog Si Lynn nih! Hehehe…
Al-maklum je lah, tenet dah pasang kat umah. Siok betul nak online! Sebelum ni dok guna broadband je. Slow giler yeh. Sangat busan saya nak buat ape2. Jadi saya cuba re-gain “blogging spirit” yang terkulai layu selama 2 bulan lebih dek ketiadaan internet yang laju…eheheh..ayat tak boleh blah ye korang! =p
Owh..merapu jauh dari topik asal. Okey, nak update tentang Danish Iskandar ku itu. Nak jadi cerita, ada satu weekend tu, kami laki bini ketandusan idea nak meronggeng bertiga-tigaan. Asik-asik gi tengok movie. Dulu-dulu best lah nak nengok movie. Dok dua-dua je. Lani dah ade Tuan Kecik tu, agak payah lah. Payah bukan sebab Tuan Kecik tu satu bebanan. Kalau boleh memang nak hangkut je die ke mana kami pergi. Tapi sebab Danish tak berapa selesa dok kat dalam wayang. Nak tak nak, mak die jugak lah yang terpaksa berkorban tak ikut Babah gi tengok movie dah…
So, nak gi jalan-jalan window shopping or real shopping pun macam tak best. Sebab tak de benda nak dibelikan. Setelah kebuntuan melanda, Babah pon tibe2 dapat satu idea! Babah cakap, “Abang nak tanya Kown lah. Mesti Kown and Shila tau tempat-tempat best nak bawa anak jalan-jalan,” kata Babah. And seperti yang dijangka, memang Papa & Mama Adam Haris expert bab-bab ni. They suggested us to go to Bangsar Village. Coz kat situ ade tempat yang besh untuk anak-anak bergumbira. Time kasih tau Kown & Shila… =)
Maka, dengan excitednye, seperti yang dicadangkan oleh mereka, kami pun gi lah ke Baby Kiz Sport & Gym yang terletak di Bangsar Village. Carik punye carik, akhirnye kami jumpe lah tempat tersebut. Wah..wah…wah…besaunye tempatnye. Ramai lak tu pengunjung-pengunjung comel yang sedang bermain kat dalam. Memandangkan kami ni 1st time sampai, kami pun terus ke kaunter untuk registration.
Nak masuk tempat ni ade bayaran yang dikenakan. Only RM10 je kena bayar & boleh main sampai lah kalian dah rase macam nak tidur kat situ. Syaratnye juz make sure parents & anak kena pakai socks. Dah masuk tu, belum sempat kami bawa Danish ke dalam, die dah bawak diri die snirik. Hehe…excited tengok banyak sangat colorful balls. So, kami pun main lah bersama-sama Danish. Bila dia rase haus nak nyusu, saya susukan. Pastu die continue main balik…sampai la kami laki bini terjelepuk kat satu sudut yang tersorok dan bertilam. Hehehe…
So, mommies & daddies yang dok KL (yang x dok KL pun bleh jer kalau nak mai), sila-sila lah kite bermain bersama anak-anak di Baby Kiz Sport & Gym @ Bangsar Village di hujung minggu ye… Nak cite panjang pun tak larat. Sebab saya rasa macam nak demam tibe-tibe…huk huk…
Bila tengok anak-anak zaman sekarang ni, saya terkenang zaman kanak-kanak saya. Kalau ujung minggu je kami adik-beradik ajak mak & abah bawa kami ke padang permainan yang kami panggil “pon-port”. “Pon-port”??? Apekah??? Yang saya tahu mase tu yang kami panggil  “pon-port” itu  adalah jongkang-jongket or in English we called it as “see-saw”. Mane datang tah term “pon-port” tu…peliksss…. =p!
So, meh “washing eyes”! Muehehe…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

2 Comments

  1. dd October 11, 2010
  2. harlinda halim October 12, 2010

Leave a Reply

*